Tiada Lagi Lagu Kita

Nama Pena : Qaseh Nur Iman

Radio usang itu masih setia menemani Fiqah.Mendendangkan lagu2 dan suara2 juruhebah radio
kegemarannya.Fiqah mengeluh sendiri.Hati berlagu sepi.Jiwa kosong walau suara dari radio tadi rancak berkumandang.

Kakak,andaiku tahu erti pergorbanan kau padaku,tak mungkin aku lukakan hatimu.Bisik hati kecil Fiqah.Dibiarkan airmata mengalir ke pipi,turun membasahi baju kurung kakak yang dipakainya.

'Fiqah,kan kakak dah cakap dari dulu lagi.Kakak tak suka Fiqah berkawan dengan Johari ?'ujar Fitriah dalam nada marah tetapi masih lembut tutur katanya.
'Kakak ni kan,tak boleh langsung tengok Fiqah senang sikit.Ada je yang tak kena pada mata kakak.Fiqah dah besarlah kak.Tak perlu nak susun atur hidup Fiqah'bentak Fiqah tanpa ada rasa hormat pada kakaknya.
'Bukan macam tu maksud kakak.Kakak tak mahu Fiqah hanyut dalam dunia Johari.Fiqah sendiri tahu dia siapa kan?Dah berkali kena tangkap.Fiqah hampir-hampir terbabit sama kan?Fiqah lupa?'sambung Fitriah lagi.
'Sudahlah kakak.Fiqah malas nak dengar ceramah free kakak tu.Fiqah nak keluar.Kalau Fiqah balik lambat,maknanya Fiqah tidur rumah kawan!'jawab Fiqah dan terus berlalu tanpa menoleh pada Fitriah.

Hanya keluhan berat yang mampu Fitriah lepaskan.Sudah puas dia menasihati Fiqah akan namun tetap tiada perubahan.Makin teruk lagi adalah.Kalau tidak kerana pesan arwah ibu dan ayahnya,tak mungkin dia akan kisah tentang Fiqah lagi.Bila teringat pesanan meraka,Fitriah menangis sendiri.Bukan tak mahu digalasnya beban itu tetapi sudah tak larat rasanya bahu untuk terus menggalas.Dia tak mampu.Dikesatnya airmata,lantas bangun untuk menerusakan tuntuan agama sebelum mata terlena.

Petang keesokan harinya barulah Fiqah pulang.Si Johari yang menghantarnya.

'Malam ni keluar lagi?'tanya Johari.
'Tak kot.Nanti kakak bising.Malas nak dengar!'balas Fiqah.
'Hmmm…ala yang U nak takut sangat dengan dia tu kenapa?'hasut Johari.
'Itu I tahu,lagipun I letih lah.Esok je kita keluar ye syg'jawab Fiqah manja.
'Janji tau,esok I datang ambik U ok?'Johari membalas dan terus berlalu dengan kereta mewahnya.

Fiqah mencari kelibat Fitriah.Masih belum balik kot,pikirnya dalam hati.Fiqah terus ke bilik.Tanpa mandi,dia terus membaringkan diri dan akhirnya terlelap akibat keletihan yang tiada faedah.

'Fiqah'kejut Fitriah.
'Ada ape?Kacau jelah.Orang nak tidur pun tak senang!'marah Fiqah.
'Dah Maghrib ni.Bangunlah.'pujuk Fitriah lembut.Fiqah masih lagi tak endahkan kakaknya.
'Kakak ni kan,macam mak nenek.Membebel tak habis-habis.Jap lagi,orang bangunlah.'rungut Fiqah sambil menarik selimut.

Fitriah menggeleng kepala.Dia putus asa mengejutkan Fiqah.Dia sendiri masih belum solat Maghrib lagi.Tanpa berlengah dia terus ke bilik air.Selesai mandi dan solat dia ke dapur.Perut terasa ingin diisi.Tiba-tiba kepalanya terasa sakit yang amat sangat.Mahu pecah rasanya.Hampir jatuh Fitriah tapi digagahi diri untuk melangkah.Dia berbaring di ruang tamu.Memicit kepalanya yang berdenyut.

Ya Allah,kenapa sakit sangat ni?ucap Fitriah sendiri.Airmata keluar lagi.Hendak memanggil Fiqah,dia bimbang bising adiknya semakin melarat.Fitriah hanya mampu menahan.Ubatnya masih tersimpan dalam beg tangannya di dalam bilik.Tanpa sedar kerana terlalu sakit,akhirnya Fitriah terlena di ruang tamu.
*****

'Penyakit awk ni dah sampai tahap kritikal.Jangan buang masa lagi.Awak harus segera buat keputusan.'terang Doktor Zulaikha.
'Tapi doktor,saya masih ada adik yang mahu dijaga.Kalau pembedahan tu tak berjaya,macam mana?soal Fitriah.
'Fitriah,ajal maut Tuhan yang tentukan.Kita hanya buat yang terbaik.'Doktor Zulaikha cuba menenangkan Fitriah.Lama Fitriah terdiam.Di pandangnyna wajah doktor muda itu.Fitriah hanya tersenyum hambar.

Pulang dari hospital,Fitriah kembali ke tempat kerjanya.Fitriah hanya seorang operator kilang.Lepas tamat SPM,dia sudah bercita-cita untuk sambung belajar tapi apakan daya tiada rezeki untuknya.Ayah dan ibunya terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa mereka.Fiqah pulak,masih kecil lagi.Secara tak langsung tanggungjawab menjaga Fiqah terletak pada Fitriah.Dia tak mahu menyusahkan saudara mara yang lain.Fitriah tiada pilihan.Hanya bekerja sebagai operator kilang saje yang memberikan dia dan Fiqah menyambung kehidupan.Bukannya tiada kerja lain tapi semua jauh di kota besar.Duduk di kampung,dia lebih senang.Hari-hari boleh berulang alik.Dia bimbangkan Fiqah.

'Kau sehat tak hari ni.Kalau sakit,balik je.'Aina menghilangkan khayalan Fitriah.
'Eh,aku sehatlah.Kau ni tiba-tiba je muncul.Terkejut aku!'balas Fitriah senyum.
'Muka pucat macam ni kau kata sehat.Kau jangan nak tipu akulah.'sambung Aina lagi.
Fitriah senyum lagi.Memang begitulah sifat Fitriah.Kaya dengan senyum walau hati tersirat seribu rahsia.Kerana senyum itulah,Faizul jatuh hati padanya.Anak muda satu tempat kerja dengannya.Tapi cinta Faizul telah Fitriah tolak.Alasan Fitriah,dia belum bersedia lagi.Tumpuannya hanya pada Fiqah.Faizul kecewa.Mereka hanya kekal sebagai kawan biasa.

****
Jam 10 mlm,barulah Fitriah sampi ke rumah.Rumahnya gelap gelita.Manalah Fiqah ni agaknya.Desis hati Fitriah.Sakit kepalanya memikikirkan Fiqah.Malam itu Fiqah tidak pulang ke rumah lagi.Puas Fitriah menunggunya.Telefon tak dijawab,sms tak dibalas.Fitriah hampa.

'Maafkan kakak,ibu..ayah.Kakak gagal mendidik Fiqah.Kakak tak mampu!'sendu Fitriah sendiri.Dia menngis lagi.Gambar ibu dan ayah ditatap.
'kalaulah ibu dan ayah masih ada…'kata-kata Fitriah terhenti di situ bila deringan telefon mengejutkannya.

'Assalamualaikum Fitriah.'Faizul bicara di hujung talian.Fitriah membalas lemah.
'Kenapa awak telefon saya malam-malam ni.Ada ape?'tanya Fitriah.
'Erm..erm…saya terasa nak bercakap dengan awk malam ni.Lagipun kat kilang,awk selalu elakkan diri dari saya.Saya bukan niat tak baik pada awak.Hanya mahu berkawan,itu saja'terang Faizul walau ada rasa malu dalam dirinya.
Fitriah hanya membisu.Tidak tahu apa yang harus dikatakannya.
'Awk dengar tak?'soalan itu mengejutkan Fitriah.
'Ye,saya dengar.Saya…saya….'.talian terputus.

****

Fitriah hanya sedar setelah beberapa di hospital.Aina dan Faizul ada ketika dia membuka mata.
'Mana Fiqah?Dia tak jenguk saya?Dah berapa lama saya kat hospital ni?'bertalu-talu soalan Fitriah pada Aina dan jugak Faizul.Mereka berdua berpandangan sesama sendiri.
'Aku nak balik Aina.Aku risaukan Fiqah!'pinta Fitriah.
'Awak kan sakit,berehat dulu kat sini.Pasal Fiqah tu,awk jangalah risau.Dia dah besar,pandailah dia jaga diri'cepat-cepat Faizul menghalang Fitriah.
'Betul kata Faizul.Kau tu sakit.Perlu banyak rehat.Nanti aku tengok2kan Fiqah eh?'pujuk Aina.


Fitriah akur.Berlinang airmatanya bila teringatkan Fiqah.Di manalah adiknya sekarang.Bimbang hatinya meronta-ronta.Kalau tidak ada Aina dan Faizul tentu dah lama dia cabut dari situ.
'Aina…Faizul..tolong jagakan Fiqah untuk aku?'tiba-tiba Fitriah bersuara.
'Eh,kau nak ke mana pulak?Nak ke oversea ke?tanya Aina hairan.Faizul hanya mendengar.Matanya tak lepas dari memandang wajah lesu Fitriah.Ada tarikkan di wajah lesu itu.
Fitriah senyum.
'Lebih jauh dari oversea lah!'sempat lagi Fitriah bergurau.Bertambah hairan Aina.
'Haaa..kau ni kenapa lak tiba buat muka confused?Aku cakap macam tu je dah terkejut.Belum aku pergi betul2 lagi'sambung Fitriah sambil mencubit pipi Aina.
Mereka bertiga tergelak.Walau senyum Fitriah segar tapi hati dan pikirannya masih risaukan Fiqah.
'Kalau aku pergi betul2,kau bagikan sampul surat ni pada Fiqah eh?sekali lagi Aina buat muka confused,Faizul jugak begitu.Huluran Fitriah Aina sambut.
'Awak,jangan cakap yang bukan-bukan.Awak masih banyak ada masa untuk Fiqah'ujar Faizul pula.Aina tahu maksud Fitriah.Doktor Zulaikha dah pun menerangkan tentang penyakit Fitriah.Penyakit Fitriah sudah semakin teruk.Dia tak punya banyak masa lagi.Jika pembedahan dibuat sekalipun,harapannya tipis.Fitriah senang dengan hidupnya sekarang.Walaupun sakit,dia tetap mahukan yang terbaik buat Fiqah.
Aina menahan sebak di dadanya.Beruntung sungguh Fiqah punya kakak seperti Fitriah tapi saaing,Fiqah buta hati tentang kakaknya.Sepi mereka bertiga,mungkin melayan perasaan sendiri.

****
Saudara mara penuh di dalam rumah.Aina dan Faizul ada sama.Bayangan Fiqah masih tidak nampak lagi.Hari semakin petang,jenazah harus dikebumikan sebelum Maghrib.Deruman kereta mewah Johari tidak pun sedikit mengganggu bacaan yassin ketika itu.Fiqah berdebar bila melihat rumahnya dipenuhi orang kampung.
'Kakak U kawen ke?'sinis saje kata-kata Johari.Fiqah senyum kelat.Dibiarkan Johari di situ.Jantung semakin kuat bergedup.Langkah semakin laju.Kelibat kakaknya masih tidak lagi kelihatan.
'Kakak!'panggil Fiqah.Aina menoleh.
'Fiqah!'terjerit kecil Aina.
'Mana kakak?Kenapa ramai orang?Ini siapa?tanya Fiqah sambil jari telunjuknya ke arah jenazah Fitriah.Aina memandang Fiqah.Faizul hanya berdiri jauh.Wajahnya suram.
'Kakak Fiqah dah takde lagi.Dia meninggal pagi tadi selepas subuh.Lama Fitriah tunggu Fiqah tapi Fiqah tak datang jumpa kakak.Mana Fiqah pergi?'tersedu-sedu Aina menerangkan pada Fiqah.
'Ya ALLAH kakak!!Bangun kakak.Bangunlah.Fiqah dah ada depan kakak sekarang.Ampunkan Fiqah kakak.Jangan tinggalkan Fiqah.Siapa nak jaga Fiqah nanti?'tangis Fiqah seperti terkena histeria.

Suasana Bertambah pilu bila Fiqah meraung-raung begitu.Aina cuba menenangkan Fiqah.Ada kesal yang teramat pada wajah Fiqah saat itu.Kesal kerana tidak sempat memohon ampun dari kakaknya.Kesal jugak kerana bersifar biadab dengan Fitriah.Segalanya sudah terlambat.Fitriah sudah jauh pergi menghadap Ilahi.
Sesudah Asar,jenazah Fitriah selamat dikebumikan.Fiqah masih menangis di pusara kakaknya.
'Jumlah kita balik Fiqah.Dah lewat ni.Fiqah ikut Kak Aina ke rumah ye?'usul Aina.Fiqah masih sepi.Hanya esakkannya yang kedengaran.Beberapa minit selepasa itu,Fiqah bangun.
'Fiqah nak balik rumah kami.Terima kasih kak Aina.Fiqah balik dulu.'balas Fiqah dan terus berlalu walau hati tak sanggup meninggalkan pusara kakaknya.

****
Seminggu selepas kematian Fitriah,Fiqah membuka sampul surat pemberian Aina.

'Buat adik kesayanganku:
FIQAH....

Jangan menangis bila Fiqah membaca surat dari kakak.
Kakak mahu Fiqah senyum seperti kakak.
Kakak sayang sangat dengan Fiqah
dan mahu Fiqah jadi seorang adik yang berguna.
Kalau kakak takde lagi satu hari nanti,kakak nak Fiqah sambung belajar.
Dalam akaun kakak,ada sedikit wang simpanan selama kakak berkerja.
Mungkin Fiqah tak tahu semua penat lelah kakak hanya untuk Fiqah.
Hanya Fiqah saje adik kakak.Kakak mahu yang terbaik dari Fiqah.
Penyakit kakak sudah sampai ke hujungnya.
Semuanya kakak rahsiakan dari Fiqah.
Doktor kata,kakak dah tak punya banyak waktu dan kakak sendiri tahu.
Barah yang merebak dalam otak kakak semakin teruk.
Kakak redha jika itu takdir untuk kakak.
Fiqah jangan sedih.Walau sendirian,kakak yakin Fiqah mampu untuk teruskan hidup.
Fiqah doakan kakak di sana ye?
Kakak selalu ada walau destinasi kita berbeza.

Salam sayang dari kakak….'

Bercucuran airmata Fiqah.Menyesal dihati bukan kepalang.Surat dan buku akuan Fitriah dipeluk
Kemas.
'Fiqah takkan hampakan harapan kakak.Fiqah mahu senyum seperti kakak walau hati penuh duka.Maafkan Fiqah,kakak'keluh Fiqah yang masih bersisa tangis.
Tiada lagi lagu kita.Lagu bebelan kakak,lagu pujukkan kakak,lagu masihat kakak untuk Fiqah.Fiqah rindukan semua tu'jerit hati Fiqah.Hanya radio usang itu yang setia melagukan segalanya untuk Fiqah.

Khabar terakhir yang Fiqah dengar tentang Johari,dia ditangkap sekali lagi.Fiqah tekad tidak mahu meneruskan hubungannya yang sia-sia dengan Johari.Amanat kakak lagi penting buatnya.
Ya Allah,kau tempatkan kakakku di sisi hamba-hambaMU yang beriman,ucap Fiqah dalam hati.

0 budak Comel:

Related Posts with Thumbnails

Anniversary Cik Myla ♥

Daisypath Anniversary tickers