Kisah 11 Bintang, Matahari dan Bulan Sujud Kepada Nabi Yusuf...



INGATLAH ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: Wahai bapaku, sesungguhnya aku bermimpi melihat 11 bintang dan matahari serta bulan. Aku melihat semua mereka tunduk memberi hormat kepadaku. (Yusuf: 4)

Nabi Yusuf merupakan putera kepada Nabi Yaakub dan merupakan anak yang paling disayangi oleh ayahnya. Pada suatu malam, Yusuf bermimpi melihat kemunculan 11 bintang, matahari dan bulan yang sedang sujud kepadanya. Apabila bangkit daripada tidurnya, baginda menceritakan mimpi tersebut kepada ayahnya, Nabi Yaakub.

“Wahai ayahku, semalam aku telah bermimpi melihat 11 bintang, matahari dan bulan sedang sujud kepadaku. Apakah maksudnya mimpi itu?” soal baginda.

Nabi Yaakub hanya tersenyum gembira apabila mendengar cerita daripada anaknya itu. Nabi Yaakub tahu bahawa itu merupakan satu berita gembira buat dirinya dan juga Nabi Yusuf.

Sambil membelai-belai rambut anaknya dengan penuh kasih sayang, Nabi Yaakub pun berkata: “Wahai anakku Yusuf, ini adalah satu berita yang sangat gembira.

“Ketahuilah olehmu anakku, berita itu adalah khabar daripada Allah. Allah menyatakan bahawa dirimu adalah insan terpilih. Sebelas bintang itu membawa maksud 11 saudaramu, matahari adalah bapamu dan bulan adalah ibumu. Allah mengurniakanmu keistimewaan sebagaimana datuk-datukmu Nabi Ibrahim dan Nabi Ishak.”

Nabi Yaakub seterusnya berkata: “Jangan kamu ceritakan perkara ini kepada saudara-saudaramu yang lain kerana mereka ini berniat tidak baik kepadamu, melainkan Bunyamin seorang.

“Apabila mereka mengetahui bahawa kamu telah dipilih oleh Allah, maka mereka akan mencuba melakukan sesuatu yang tidak baik kepadamu. Kamu hanya boleh bercerita kepada Bunyamin.”

Nabi Yaakub mempunyai 12 anak lelaki. Melalui Laiya iaitu kakak kepada Rahil, baginda mendapat enam anak. Daripada Rahil pula, Nabi Yaakub mendapat dua orang putera. Melalui perkahwinan dengan pembantu Laiya pula, baginda mendapat dua orang anak lelaki sementara melalui perkahwinan dengan pembantu Rahil, Nabi Yaakub mendapat dua orang putera lagi.

Kedua-dua belas putera Nabi Yaakub itu ialah Rawabil, Syamun, Lawaa, Yahuza, Aisakhor, Zabalun, Yusuf, Bunyamin, Daan, Naratany, Jaad dan Asyir. Menurut para ulama, daripada kedua-dua belas putera Nabi Yaakub itu hanya Nabi Yusuf yang dilantik oleh Allah sebagai rasul-Nya.

Bunyamin merupakan adik seibu sebapa dengan Nabi Yusuf. Ibu mereka iaitu Rahil telah meninggal dunia ketika melahirkan Bunyamin. Sebab itulah Nabi Yaakub sangat menyayangi kedua-dua anaknya itu.

Oleh kerana pada waktu itu Yusuf dan Bunyamin masih kecil, mereka banyak menghabiskan masa bersama ayah mereka. Mereka tidak mengikut saudara-saudara yang lain menggembala lembu dan kambing. Adik-beradik Nabi Yusuf yang lain sangat membenci baginda kerana Nabi Yusuf menjadi anak kesayangan kepada ayah mereka.


Gurindam buat seorang yang bergelar pelajar..


Jika anda jadi pelajar,
Jangan malas hendak belajar.
Jika anda menuntut ilmu,
Jangan sekali berasa jemu.
Jika rajin mengulang kaji,
Mudah jawab apa diuji.
Jika anda hendak berlatih,
Mesti tahan penat letih.
Jangan asyik berangan-angan,
Tekun gigih jadi pegangan.
Jika berusaha sambil lewa,
Tidak hairan kalau kecewa.
Jika belajar tidak jemu,
Banyak ilmu akan ditemu.
Apa gunanya banyak bercakap,
Jika kerja tidak cekap.
Jika suka ponteng sekolah,
Ilmu tidak dapat tentu rugilah.
Berusaha dengan bersungguh-sungguh,
Jangan suka tangguh-tangguh.
Jika tak mahu dengar nasihat,
Apabila besar jadi jahat.
Jika tulisan terang dan bersih,
Hati pemeriksa sayang dan kasih.
Banyak membaca fikiran kaya,
Rajin berusaha pasti berjaya.
Jika tulisan tidak boleh dibaca,
Mata pemeriksa akan berkaca.
Masa itu emas dan wang,
Walaupun sedikit jangan dibuang.
Jangan nanti esok lusa,
Masa beredar tanpa dirasa.
Jika leka sering bersuka,
Tidak hairan datang celaka.
Jika rajin membaca buku,
Otak cerdas tidak beku.
Jangan mudah putus asa,
Semua harapan hancur binasa.
Jika anda bekerja kuat,
Banyak perkara boleh dibuat.
Budi bahasa amat berharga,
Tingkah laku wajib dijaga.
Sudah tahu belajar lagi,
Banyak untung tiada rugi.


Menjadi Pelajar Berjaya


RAMAI pelajar ingin berjaya sebagai pelajar. Pelajar yang berjaya sering dikaitkan dengan keputusan peperiksaan yang baik, dapat melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi dan mendapat pekerjaan yang baik. Ada juga yang berpendapat pelajar yang berjaya seharusnya mempunyai ketrampilan diri yang baik. Soal berjaya sebagai pelajar perlu dinilai daripada pelbagai sudut.

Kejayaan akademik semata-mata tidak akan memastikan pelajar itu turut cemerlang dalam menghadapi dunia kehidupan sebenar. Bagaimanapun, kita tidak dapat menolak kepentingan pendidikan yang menjadi asas kejayaan individu. Proses pendidikan tidak hanya terhenti di dalam bilik darjah sahaja malah manusia sentiasa perlu belajar sehingga ke akhir hayat. Barulah kejayaan dan kecemerlangan akan sentiasa mengikut diri kita.

Pendidikan juga tidak hanya berkisar kepada pendidikan formal yang hanya melibatkan kertas, pen, syarahan dan peperiksaan. Perhubungan luar antara rakan sebaya, guru, keluarga dan masyarakat perlu diberi perhatian oleh pelajar sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran. Andalah yang akan menentukan sama ada anda bergerak, membesar dan membangun dalam suasana yang akan membentuk kecemerlangan sebagai seorang pelajar.

Terdapat pelajar yang beranggapan mereka tidak boleh berjaya kerana tidak dianugerahkan dengan kebolehan hebat seperti rakan-rakan yang lain. Ada yang beranggapan bahawa setiap manusia dilahirkan dengan mempunyai kebijaksanaan semula jadi yang tersendiri. Mungkin sudah takdir mereka dilahirkan dengan serba kekurangan. Pernahkah anda mengeluh dengan kata-kata berikut:
``Saya tidak pandai – sejak dulu lagi saya lemah Matematik,''
``Kawan saya memang pandai, baca sedikit pun boleh mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan,''
``Kenapa saya tidak pandai berbahas? Saya selalu berasa takut apabila bercakap di khalayak ramai,''

Mungkin kita sentiasa mengeluh. Kita menyesali dengan pelbagai kekurangan yang ada pada diri kita berbanding dengan rakan-rakan yang lain. Selalunya kita akan berpuas hati dengan apa yang telah kita dapat. Kita beranggapan itulah sahaja kemampuan yang mampu dijana oleh kita. Kenapa anda tidak bertanya soalan-soalan berikut pada diri sendiri:
``Bagaimana saya boleh pandai dalam Matematik?''
``Bagaimana kawan saya belajar sehingga mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan?''
``Bagaimana ingin menghilangkan rasa gementar apabila bercakap di depan khalayak ramai?''

Orang yang bijaksana malu apabila perkataannya melebihi kesanggupannya. Sebenarnya, tiada siapa yang dapat mengubah tingkahlaku, keupayaan atau kebolehan seseorang kecuali orang itu sendiri mahu berubah. Ibu bapa, guru dan rakan-rakan itu sendiri mahu berubah. Ibu bapa, guru dan rakan-rakan hanya boleh membimbing dan memberi tunjuk ajar. Anda sendiri yang dapat menentukan sama ada ingin berjaya dengan cemerlang dalam kehidupan atau sebaliknya.

Setiap orang boleh berjaya dalam bidang yang ingin diceburinya. Manusia tidak dilahirkan dengan kebolehan tertentu. Mungkin ada orang yang bernasib baik kerana mempunyai kecerdasan semula jadi yang luar biasa tetapi bilangannya tidak begitu ramai.
Kecerdasan yang tidak terjaga juga akan hilang mengikut masa. Kalau kita membaca sejarah orang terkenal yang telah berjaya, kebanyakan daripada mereka hanyalah pelajar biasa – seperti kita juga. Setiap orang boleh mencapai kejayaan dengan syarat kita inginkan kejayaan tersebut. Bagaimanapun, setiap kejayaan memerlukan jalan yang tersendiri.

Lihatlah komen mereka yang telah berjaya dalam matematik peringkat SPM
``Saya memang meminati Matematik dan melakukan banyak ulangkaji. Dalam satu minggu saya tetapkan, empat atau lima hari untuk ulangkaji. Dalam satu minggu saya tetapkan, empat atau lima hari untuk ulangkaji Matematik''
``Sekiranya tidak mahir dalam sesuatu persoalan atau topik, tanpa segan silu, saya akan mencari guru yang mengajar dan meminta lebih penjelasan''
Aspek yang paling penting dalam menentukan kejayaan pelajar ialah keperibadian pelajar itu sendiri. Pelajarlah yang perlu menilai, melihat dan cuba pula untuk membentuk diri mereka dengan sempurna...


Selawat Syifa'

Inilah Rumah Saya

Hidup tanpa peralatan canggih dan kemudahan sempurna bukan penghalang untuk seseorang menempa kejayaan. Malah kesukaran dan kekurangan itulah yang menjadi pendorong kepada usaha untuk mengubah nasib ke tahap lebih baik sambil membahagiakan ibu bapa.

Siapa sangka rumah yang kelihatan hampir roboh ini menyimpan sebutir permata berharga yang bakal menyinar suatu hari nanti.

Bahkan tidak seorang juga yang terfikir bahawa permata yang berlindung di rumah ini telah mencipta sejarah dengan memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan kelmarin. Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2.

Kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang agak senang.

Dia yang pernah menjadi antara pelajar terbaik peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat kebangsaan 2006, bertukar menjadi selebriti sekelip mata kerana kecemerlangannya itu.

Malah wartawan yang berpusu-pusu untuk menemu bualnya terpaksa menunggu giliran untuk memasuki rumah yang disewa bapanya dengan harga RM90 sebulan kerana ia terlalu sempit dan agak uzur.

Rumah kecil itu menjadi gambaran kehidupan sukar mereka sekeluarga malah bilik kecil yang dilindungi almari di ruang tamu yang menjadi tempatnya untuk berehat manakala ruang tamu yang mampu memuatkan kira-kira empat orang itu menjadi bilik belajar tetapnya pada setiap hari.
Imbang Penuh
Related Posts with Thumbnails

Anniversary Cik Myla ♥

Daisypath Anniversary tickers