Terimakasih Cikgu

Nama Pena : WIEDANE7012

I

Hari itu seperi biasa selepas menyiapkan persediaan untuk eksperimen sains di makmal , aku bercadang hendak merehatkan badan sekejap, sebelum pelajar 5D masuk ke kelas. " aduh!,penat betul hari ini"keluhku. Otak menerawang entah kemana."Ah! biarlah hendak kemanapun" hati kecil berkata. "Badan pun seperti mesin, perlu berehat" ngomel hatiku lagi.. Kebetulan Pembantu makmal tiada di dalam bilik. Kalau tidak,malulah juga takut takut keluar "siaran radio,berbunyi krohhhhhhhh"

"Cikgu!,cikgu!, ada budak beertumbuk kat kantin". Satu suara kecil kedengaran. "la! Dalam mimpi pun ada budak bergaduh" hati kecilku berkata lagi."Cikgu!,Cikgu!, "makin kuat pula bunyi tu.

"Oh!,awak,Izat. Awat? Aku bertanya seorang pelajar yang tercegat dihadapanku. Seorang pengawas berada dihadapanku dengan muka berpeluh. "Buat terkejut cikgu la hang ni?.Awat? " aku bertanya lagi. " Lain kali jangan tepuk belakang,nasib baik tak kena tumbuk". Aku masih terkejut,nasib baik pengawas tersebut tidak kena penumbuk aku. Sedang aku bermimpi, tiba-tiba bahuku ditepuk,apa lagi terkejut juga aku.

"maaf cikgu!, ada budak bergaduh kat padang.Cikgu Zaini suruh panggil cikgu" kata Izat."Teruk ka?" Tanya aku. "teruk juga cikgu"balas izat. "berdarah muka", kata Izat lagi

Aku bergegas ke padang yang terletak di tepi bangunan bengkel . Ramai pelajar mengerumuni pelajar yang bergaduh. Suasana gamat, seperti ada pesta . Cikgu Zaini sedang membasuh luka pada muka Azrul, Agak serius juga tetapi syukurlah kerana tidak melibatkan mata,Cuma kening yang terkoyak.

‘’ Semua orang balik ke kelas !" ,aku mengarahkan pelajar yang mengerumuni beredar.Mereka akur dengan arahan.Suasana disitu kembali reda.

‘’ Hang lagi ! ,tak habis habis hang dok buat perangai’’. Izat hanya diam. ‘’dah la dalam kelas malas, dengan kawan-kawan pun tak boleh berkira’’,aku mula berleter. ‘’jom kita pi bilik Pengetua, ". Tanpa banyak bicara, Izat mengekori aku ke bilik Pengetua di Tingkat Dua. Sepanjang perjalanan, pelajar-pelajar lain mencuri pandang melihat kearah kami.

II

‘’Duduk!, ‘’ Izat akur dengan arahan Pengetua. Aku dan Cikgu Zaini sama-sama memasuki bilik pengetua. ‘’ Izat!, Sudah banyak kali awak buat masalah di sekolah ini’’ Pengetua membelek fail disiplin dihadapannya. Fail bewarna biru itu mempunyai rekod-rekod disiplin pelajar ." Kali ini dah lima kes gaduh melibatkan awak’’.’’Apa masalah awak?’’ Pengetua bertanya Izat.Tanpa memandang muka pengetua,Izat mendengus."Jawab la! , Pengetua Tanya tu’ Aku mula meradang dengan sikap Izat. ‘’Awak tahu!, ia akan menjejaskan masa depan awak,kalau saya tulis rekod awak dengan kelakuan sederhana, susah nak dapat kerja’’.

‘’Bukan saya nak kerja dengan kerajaan, cikgu sibuk buat apa?’’, Jawab Izat. Hati aku makin meradang dengan sikap kurang ajarnya . Berani dia menjawab di hadapan pengetua.Kalaulah aku,sudah lama budak ni kena penampar.Aku menahan sabar."kita tengok!’,guman hatiku.

"Syiappppp!", air muka Izat berkerut tatkala rotan hinggap dipunggungnya. Aku rasa begitu pedih tetapi bagi pelajar sepertinya, sudah mangli. Tiap-tiap minggu, mesti berhadapan dengan guru disiplin. Pendek kata perbincangan utama dikalangan guru-guru ialah tentang sikap Izat. Seorang pelajar miskin,datang daripada keluarga nelayan,ibunya bekerja disebuah kilang di daerah ini. Bapanya bekerja sebagai nelayan, jarang berada di rumah kerana mengikut bot menangkap ikan. Seminggu baru pulang kerumah. Semua urusan berkaitan persekolahan anak-anaknya seramai enam orang diserahkan bulat-bulat kepada isterinya."ingat Izat!,jangan ulang lagi. Ini kali terakhir,kalau berlaku lagi, saya tidak teragak-agak untuk menbuang awak dari sekolah,walaupun saya tahu awak akan menduduki peperiksaan pada hujung tahun ini" ,sempat Pengetua memberi nasihat. Izat ,tanpa mengucapkan sepatah ucapan berlalu keluar. Aku semakin meluat dengan perangainya, tetapi aku bertekad akan mengubah tingkahlaku Izat. Aku sedar, tugas sebagai pendidik, mendidik anak bangsa supaya mereka berjaya,walaupun mereka tidak menghargai usaha guru. Aku masih ingat kata-kata seorang pengetua semasa menjalani praktikum dahulu.

‘’Apa tugas cikgu?" luah kata Cikgu Lee semasa aku mengadap di biliknya.Sambil menyerahkan sebuah buku bewarna merah ,agak tebal kepadaku,"saya berpegang kepada buku ni",kata cikgu Lee. Aku membelek tajuknya. FIRST DAY AT SCHOOL."Menarik", komen pertama hatiku."Ambillah, saya dah tolong phostat,"pelawa cikgu Lee."Terima kasih" Aku meminta diri untuk beredar kerana ada kelas selepas itu.Aku membelek helaian demi helaian buku itu dan aku mula faham tugas seorang guru. Pepatah mengatakan guru menerangi kehidupan,kekadang ditiup angin, jangan dipadam lilin kerana jika terpadam, gelaplah sebuah penghidupan.

Kini peperiksaan SPM bermula. Semua pelajar telah hadir."Mana Izat?" tanya Cikgu Lili, guru bertugas hari itu. Semua pelajar menoleh kearah Cikgu Lili. Seorang pelajar,Zaki memberitahu,"cikgu, tadi Izat ada kat Kedai Ikan,dok tolong ayah dia", "La!, bertuah punya budak", lekas pi panggil dia",cikgu Lili menyuruh Cikgu Saiful pergi menjejaki ."La!, apasai nak pi panggil pulak,kan dia dahj tau",protesc cikgu Saiful."Pergi la, "rayu cikgu LIli. "baiklah darling", Cikgu Saiful mengalah, Cik Lili yang comel, menjadi perhatian guru-guru lelaki tersipu-supu, malu kepada anak murid yang ramai tu.

Suatu hari,aku memerima SMS dari seseorang yang tak kukenali.:Hai!,lama tak dengar cerita?",terus capai telefon dan saja mendail nombor yang tertera. "Assalamualaikum!,siapa disana?"suara dihujung gagang srak-serak basah,seperti kukenal. Tak sempat memberi salam,suara dalam telefon terlebih dahulu memberi ucapan suci itu. "Waalaikummusalam ....siapa ni?"."Hik!,Hik!,Hik!, ",suara yang agak biasa kudengar.Lama kucuba mengingati kenangan lama."La........!mimpi apa ni. Dah lama tak contact,Lepas pindah balik kampung, dah tak message dengan kita",ngomel aku. Aku baru dapat mengecam. Suara ‘trade mark’Cikgu Zaini, sahabat baik semasa di sekolah lama dahulu.’Mai kita pi makan",suara dihujung talian terus bersuara."Lama tak dengar berita?,Dah kawin ke?, "Soalan cepumas daripada sahabat lama."Mentang-mrntanglah depa dah kawin,tak bagitau pun","Sorry, tak dan,nanti kita sembang,jumpa kat kedai Ton". Kedai Ton terletak di. hadapan stesen bas Kangar.,tempat kami menikmati laksa dan ais kacang,selepas pulang dari sekolah.dan sebelum sampai kerumah

Hari Selasa, aku pun pergi ke tempat yang dijanjikan. Dari jauh kelibat sahabat lamaku kelihatan tersegih-segih.Badannye agak berisi,selepas berkahwin semula,hidupnya kembali ceria."Apa khabar?,Sihat",aku menyapa.

Tiba-tiba ,dihadapan kami sedang bersembang, kelihatan satu susuk tubuh sedang mengutip tin-tin kosong yang dibuang oleh peniaga disebuah gerai."Zaini,Zaini,Cuba tengok tu?" Aku menunjukkan kearah kedai. "Mana?,"Tu!,"aku terus menunjuk kearah susuk tubuh. Entah kenapa dalam banyak-banyak susuk tubuh yang mundar mandir dihadapan kami, perhatian aku terarah kepadanya. Seperti pernah kelihatan. Otak aku ligat berfikir. Susuk tubuh itu kianmenghampiri meja kami."Kita perhati jer",Cikgu Zaini pun mula perasan kehadirannya."Cik!, dah habis minum ayaq tu, bagi tin kat saya",mintanya tanpa rasa malu.Demi terpandangnya wajah kami,budak itu terkejut yang amat sangat dan hendak melarikan diri. Aku lihat mukanya merah padam. Disebalik pakaian yang tidak terurus,memakai selipar sebelah biru dan sebelah merah, rambutnya panjang separas bahu dan berbau hapak,keringat mengalir laju dari tengkuk,kukira teruk budak ini bekerja.Badannya menampakkan tulang rusuk,kurus

"Kalau tak silap hang ni Izat kan?",Cikgu Zaini menyoal."Awat jadi macam ni?"bertalu-talu Cikgu Zaini menyoal. Aku hanya mampu bersimpati ketika ini."Dah makan?"aku berpsikologi."Emmmmm…."."Awat?......mai duduk sini!",Cikgu Zaini menarik sebuah kerusi kosong dan memberi kepada Izat.. "Tak pa la cikgu,ada banyak kerja ni", Izzat memberikan alasan. "Mai duduk dulu". Akhirnya Izat mengalah dan duduk di hadapan kami.Aku lihat keadaan dirinya begitu kurus, berbeza semasa berada di sekolah dulu. Badannya yang agak besar, menbuatkan pelajar lain begitu takut kepadanya,ditambahi dengan sifat nakalnya."Aku menarik Izat untuk memilih lauk .Izat hanya memilih lauk telur rebus dan kuah kari sahaja. "Awat ambik sikit?,,tambah lagi". aku bermain emosi. Lantas aku masukkan ayam goreng bermadu, tiga ekor sotong dan sayur bendi. " Tak mau cikgu",Izat cuba menolak"."Ambik la", akhirnya dia mengalah

Aku memilih lauk ikan goreng dan telur asin,manakala Cikgu Zaini memesan air Nescafe O.. Kami memilih meja yang agak selesa,dihujung jalan, senang untuk berbual atau untuk psiko budak ini.Aku berkata dalam hati."Makan la,jangan malu",kelihatan Izat seperti tidak berselera untuk makan.Selepas agak lama, kelihatan begitu lahap dia makan. Aku tahu, memang dia lapar.Kelihatan air jernih mengenangi kelopak mata dan akhirnya mengalir menuruni melalui pipinya.

:"pasai apa nangis ni?, Tersipu-sipu Izat mengesat air mata. Dia tidak perasan kami memerhati Izat makan. ‘’cikgu…… ‘’,lama juga bait-bait kata muncul daripoada bibirnya.Cikgu Zaini memberikan kertas tisu. ‘’Ish….apa ni ,budak lelaki nangis’’ ‘’Cikgu……saya minta ampun cikgu.Kalau la saya dengar kata cikgu dulu,…… ‘’Izat tak dapat meneruskan kata-katanya. Air mata tidak mampu disekat, mengalir terus. ‘’sudah la tu Izat,benda dah lepas’’,pujuk Cikgu Zaini.’’.’’Tapi cikgu, saya betul-betul insaf…,saya tak dapat kerja …semua tempat yang saya pi, tak mau ambik.,lepas depa tengok sijil berhenti sekolah,depa kata pi cari tempat lain…’’ rintih Izat.’’Abis, la dok buat pa ?’’,aku bertanya pula..’’Saya kutip apa yang boleh dijual la.,dapat sekupang dua,buat makan nasi ‘’.

‘’Nah Izat !, buat belanja ‘’aku menghulur sekeping not RM 50.’’Tak apa la cikgu’’Izat teragak-agak menerima sumbanganku.Cikgu Zaini menyeluk poket baju dan turut memberi sekeping not RM 50. ‘’Buat belanja, ingat !, jangan perabis beli rokok pulak !’’,nasihat Aku. ‘’Tak cikgu,saya tak merokok. Nak beli macam mana,nak makan pun tak ada duit’’,wajah Izat kembali ceria.’’Bagus la, hang belajaq meniaga,’kata Cikgu Zaini.’’Terima kasih cikgu, saya tak sangka cikgu baik hati,saya ingat cikgu marah kat saya,saya budak jahat’’. Sambil memeluk bahu Izat,aku memberitahu.’’Izat, tak ada cikgu yang akan marah kat anak murid dia, depa saja yang anggap cikgu tak suka.Sebab ikut hati muda.CIkgu-cikgu semua dah lama’makan garam daripada hangpa semua.Kami gembira kalau tengok hangpa semua berjaya dalam hidup. Tugas kami mendidik anak murid supaya berjaya. Kami tak mengharap apa-apa balasan,hanya Allah yang membalas’’,nasihat aku kepada Izat. ‘’Terima kasih cikgu,saya pi dulu’’ ,Izat bergegas pergi dengan gembira

III

'Inilah kisah daripada cikgu untuk awak semua. Sekarang dia menjadi seorang nelayan laut dalam,ada sebuah bot dan ada pekerja sendiri.Ingatlah pesanan daripada cikgu atau orang yang lebih dewasa daripada awak semua.Saya mendapat hadiah ini semalam,sungguh beerti pada diri dia,kata Izat dalam kad ucapannya.Cikgu akhiri ucapan ini,SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU.',sambil aku menunjukkan hadiah sekeping pinggan !

0 budak Comel:

Related Posts with Thumbnails

Anniversary Cik Myla ♥

Daisypath Anniversary tickers