Pelangi Cinta


Hari ini merupakan hari pertama aku berada di alam sekolah menengah dan hari ini jugalah merupakan hari pertama aku berada di asrama.Melihatkan ramai rakan baru yang tidakku kenali,sedikit sebanyak menimbulkan rasa gementar di dalam hati.Maklumlah,baru menjejakkan kaki ke dunia baru ini membuatkan aku tidak dapat menyesuaikan diri bersama mereka.Aku lihat ramai pelajar baru sepertiku ini berpelukan seakan-akan tidak mahu melepaskan keluarga masing-masing,begitu juga dengan diriku sendiri.Aku tidak mahu berpisah dengan keluargaku walaupun cuma seketika.

Selepas selesai menunaikan solat Maghrib dan Isyak di surau asrama dan mendengar sedikit ceramah dari Ustaz Hussien,aku kembali ke bilik semula untuk mengemas barang-barang keperluanku yang masih berselerakan di atas katil.Banyak betul barang-barang yang aku bawa,padahal aku berada di asrama hanya dua minggu,kemudian datang semula seperti biasa. “Hai,saya Norhafizah.”Aku sedikit terkejut bila disapa begitu.Aku tersenyum memandangnya.
“Hai,saya Dania.Panggil apa?”
“ Ohh…panggil Noha cukup je laa...”Aku mengangguk dan kembali menyambung kerjaku.Dia asyik memandang aku mengemas barang-barang yang akan dimuatkan ke dalam locker.Sebentar kemudian,aku disapa lagi dengan dua suara yang berbeza.Aku menoleh ke arah suara tersebut.
“Hai,saya Fazira.Panggil Iera je..”
“Saya Ateh..”
"Saya Dania..."Aku pula memperkenalkan namaku kepada mereka.Kedua-duanya bertubuh sederhana kecil.Melihatkan rambut Iera yang panjang separas bahu itu mengingatkanku kembali kepada sepupuku,Farisya.Ateh pula berambut panjang ikal mayang dan memiliki lesung pipit di sebelah pipi kirinya.Berbeza pula perwatakannya dengan Noha yang tinggi dan kurus serta berambut pendek.Kalau memandang sekilas ke arahnya,tidak hairanlah ada yang mengatakan dia seperti lelaki.

0 budak Comel:

Related Posts with Thumbnails

Anniversary Cik Myla ♥

Daisypath Anniversary tickers