How to say "I Love You" in 100 Languages

English - I love you
Afrikaans - Ek het jou lief
Albanian - Te dua
Arabic - Ana behibak (to male)
Arabic - Ana behibek (to female)
Armenian - Yes kez sirumem Thank
you Ani!
Bambara - M'bi fe
Bengali - Ami tomake bhalobashi
(pronounced: Amee toe-ma-kee bhalo- bashee)
Belarusian - Ya tabe kahayu
Bisaya - Nahigugma ako kanimo
Bulgarian - Obicham te
Cambodian - Soro lahn nhee ah
Cantonese Chinese - Ngo oiy ney a
Catalan - T'estimo
Cherokee - Tsi ge yu i (Thanks Nancy!)
Cheyenne - Ne mohotatse
Chichewa - Ndimakukonda
Corsican - Ti tengu caru (to male)
Creol - Mi aime jou
Croatian - Volim te
Czech - Miluji te
Danish - Jeg Elsker Dig
Dutch - Ik hou van jou
Elvish - Amin mela lle (from The Lord
of The Rings, by J.R.R. Tolkien)
Esperanto - Mi amas vin
Estonian - Ma armastan sind
Ethiopian - Afgreki'
Faroese - Eg elski teg
Farsi - Doset daram
Filipino - Mahal kita
Finnish - Mina rakastan sinua
French - Je t'aime, Je t'adore
Frisian - Ik
Gaelic - Ta gra agam ort
Georgian - Mikvarhar
German - Ich liebe dich
Greek - S'agapo
Gujarati - Hoo thunay prem karoo choo
Hiligaynon - Palangga ko ikaw
Hawaiian - Aloha Au Ia`oe
Hebrew (Thanks Lilach)
Hebrew to male: "ani ohev otcha" (said by male) "Ohevet ot'cha" (said by female)
Hebrew to female: "ani ohev otach" (said by male) "ohevet Otach" (said by female) Hiligaynon - Guina higugma ko ikaw
Hindi - Hum Tumhe Pyar Karte hae
Hmong - Kuv hlub koj
Hopi - Nu' umi unangwa'ta
Hungarian - Szeretlek
Icelandic - Eg elska tig
Ilonggo - Palangga ko ikaw
Indonesian - Saya cinta padamu
Inuit - Negligevapse
Irish - Taim i' ngra leat
Italian - Ti amo
Japanese - Aishiteru atau anata ga daisuki desu
Kannada - Naanu ninna preetisuttene
Kapampangan - Kaluguran daka
Kiswahili - Nakupenda
Konkani - Tu magel moga cho
Korean - Sarang Heyo atau Nanun tangshinul sarang hamnida
Latin - Te amo
Latvian - Es tevi miilu
Lebanese - Bahibak
Lithuanian - Tave myliu
Luxembourgeois - Ech hun dech
Macedonian - Te Sakam
Malay - Saya cintakan mu / Aku cinta padamu
Malayalam - Njan Ninne Premikunnu
Maltese - Inhobbok
Mandarin Chinese - Wo ai ni
Marathi - Me tula prem karto
Mohawk - Kanbhik
Moroccan - Ana moajaba bik
Nahuatl - Ni mits neki
Navaho - Ayor anosh'ni
Norwegian - Jeg Elsker Deg
Pandacan - Syota na kita!!
Pangasinan - Inaru Taka
Papiamento - Mi ta stimabo
Persian - Doo-set daaram
Pig Latin - Iay ovlay ouyay
Polish - Kocham Ciebie
Portuguese - Eu te amo
Romanian - Te iubesc
Russian - Ya tebya liubliu
Scot Gaelic - Tha gra..dh agam ort
Serbian - Volim te
Setswana - Ke a go rata
Sign Language - position of fingers when signing'I Love You')
Sindhi - Maa tokhe pyar kendo ahyan
Sioux - Techihhila
Slovak - Lu`bim ta
Slovenian - Ljubim te
Spanish - Te quiero / Te amo
Swahili - Ninapenda wewe
Swedish - Jag alskar dig
Swiss-German - Ich lieb Di
Surinam - Mi lobi joe
Tagalog - Mahal kita
Taiwanese - Wa ga ei li
Tahitian - Ua Here Vau Ia Oe
Tamil - Nan unnai kathalikaraen
Telugu - Nenu ninnu premistunnanu
Thai - Chan rak khun (to male)
Thai - Phom rak khun (to female)
Thai (informal) Rak te (thx CAF!)
Turkish - Seni Seviyorum
Ukrainian - Ya tebe kahayu
Urdu - mai aap say pyaar karta hoo
Vietnamese - Anh ye^u em (to female)
Vietnamese - Em ye^u anh (to male)
Welsh - 'Rwy'n dy garu di
Yiddish - Ikh hob dikh
Yoruba - Mo ni fe

Adab Bercakap


Rasulullah S.A.W bersabda, "Janganlah bercakap melebihi dari zikrullah. Sesungguhnya dengan banyak bercakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras maka ia akan menjadi semakin jauh dari Allah".

1.Bercakaplah dengan nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan dan jangan bercakap dengan nada yang samar-samar

2.Bercakaplah di depan dengan cara bertentangan mata dan jangan bercakap di belakang, ini untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.

3.Jika seoarng sedang bercakap tentang sesuatu tajuk dan tajuk itu belum habis dibincangkan maka janganlah mengutarakan tajuk baru atau memotong perbualannya itu.

4.Jika seseorang sedang makan maka janganlah bercakap tentang sesuatu yang menjijikkan atau tentang sesuatu yang tidak disukai olehnya.

5.Jangan bercakap di depan orang yang sedang sakit tentang sesuatu yang mendukacitakan sebaliknya ucapkanlah tentang sesuatu yang memberangsangkan.

6.Jangan sesekali meniru gaya percakapan atau telor orang yang jahil dalam agama

7.Jangan bercakap secara berkumam mulut

8.Jangan bercakap mengenai hal orang lain, membuat fitnah serta mencaci-maki orang

9.Jangan memanggil orang yang lebih tua dari kita dengan panggilan nama, seeloknya pangillah dengan nama yang memuliakan mereka.

10.Jangan memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkannya

11.Jangan bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri masih kurang pasti mengenainya.


25 langkah atasi gementar...

Imbang Penuh

Bagi membendung rasa takut dan gementar semasa berucap, berikut adalah 25 langkah yang boleh dijadikan panduan dalam mengatasi masalah anda:


* Berdoa kepada Tuhan agar anda diberi ketenangan dan kejayaan ketika berucap.

* Tarik nafas dalam-dalam bagi mengurangkan ketegangan pada tubuh. Langkah ini dapat mengurangkan rasa gugup anda ketika berhadapan dengan orang ramai.

* Anggap khalayak sebagai rakan anda dan angan terlalu risau dengan jumlah hadirin yang ramai.

* Elakkan menjalin pertemuan mata dengan setiap orang sebaliknya melihat kearah aras kepala setiap orang seolah-olah anda melihat mereka.

* Datang lebih awal ketempat anda berucap supaya anda dapat mengenali dan menguasai lokasi terdekat. Dekati hadirin anda dan berbual dengan mereka kerana secara psikologinya ia memberi keyakinan apabila anda mila berucap.

* Jalin hubungan mata dengan khayalak yang mesra dan melemparkan senyuman kepada anda atau mengangguk kerana dengan cara itu anda tidak merasa tertekan berbanding melihat wajah yang serius.

* Yakinkan diri anda akan berjaya dan bersikap positif. Khayalak sebenarnya tidak ingin melihat anda gementar atau takut kerana mereka mahu
mendengar ucapan umum yang baik dan berinformasi.

* Elakkan daripada memegang kertas kerana jika anda gementar ia akan kelihatan terketar-ketar dan ini akan menambahkan perasaan gementar serta tertekan.

* Cuba hafal kenyataan minit-minit awal supaya anda akan kelihatan yakin berada di hadapan.

* Tanya soalan juga satu cara untuk membunuh rasa takut dan gementar.

* Buat persediaan yang cukup kerana kajian mendapati kurangnya persiapan membuatkan anda lebih gementar. Dapatkan data, statistik, maklumat dan contoh yang sesuai supaya anda dilihat sepuluh langkah di hadapan berbanding khalayak.

* Belatih dan terus berlatih membuatkan anda lebih bersedia. Jika tidak mahu bercakap di hadapan rakan, gunakan cermin sebagai langkah berlatih.

* Cuba tenangkan diri secara jasmani sebelum berucap. Ambil beberapa langkah untuk bertenang seperti mandi, berenang dan mendengar muzik.

* Buat permulaan berdiri di belakang podium atau rostrum akan membunuh rasa takut dan gementar tetapi kawal bahasa badan anda dengan tidak berpegang kepada rostrum berkenaan.

* Berjalan di tengah khalayak ramai apabila sudah mendapat keyakinan. Dengan cara ini anda sebenarnya sudah menjalin hubungan dengan mereka.

* Ketahui khalayak anda sebelum tutun ke gelanggang kerana ia dapat menyesuaikan anda dengan bahan ucapan, contoh humor dan sebagainya.

* Jangkakan soalan kerana anda akan bersiap sedia dengan jawapannya jika ia ditanya.

* Jangan beritahu khalayak mengenai ketakutan anda kerana mereka tidak akan tahu sekiranya anda tidak menunjukkan dengan perbuatan anda.

* Elakkan daripada menghafal seluruh isi kandungan dan ayat utama dalam teks ucapan anda kerana ia lebih memberi tekanan.

* Lakukan senaman kecil seperti menekan tapak tangan atau kaki kelantai tetapi jangan sampai ia kelihatan ketara di mata hadirin.

* Bunuh fikiran negatif dan jangan biarkan ia menguasai minda dan emosi anda. Fikir positif akan memberi keyakinan berbanding kegagalan.

* Fokus kepada ucapan dan elakkkan daripada melakukan atau memikirkan perkara lain seperti apa khalayak memikirkan mengenai anda

* Awasi cara anda duduk kerana cara duduk juga membantu anda mengurangkan tekanan.

* Minum air kosong untuk membasahkan tekak.

* Bercakap dengan perlahan kerana jika anda berucap dengan pantas ia seolah-olah memperlihatkan anda ingin segera menghabiskan ucapan selain memburukkan keadaan.


Tip mengingati perkara dibaca

Petua agar tidak lupa sesuatu yang dipelajari
SEBELUM BELAJAR
- Membaca doa
- Tarik nafas: Oksigen akan sampai ke seluruh badan dan merangsang otak.
- Kesannya kita akan berasa lebih bertenaga dan tenang.
- Cara duduk: Duduk ke hadapan sedikit seperti sedang mendengar cerita menarik,ia dapat memberi tumpuan.
- Tentukan tajuk.
- Tentukan jumlah muka surat yang hendak dibaca.
- Tentukan tempoh pembelajaran/ pembacaan.

SEMASA BELAJAR
- Tunjuk dengan jari.
- Faham dan bayangkan topik dipelajari.
- Selang selikan dengan rehat.

SELEPAS BELAJAR
- Tutup buku.
- Ingat dan bayangkan kembali apa yang dibaca.
- Jika masih belum faham, ulang lagi pembacaan.
- Bacaan pertama untuk paham, bacaan kedua untuk mengingati.
- Bincang dalam kumpulan mengenai topik yang dipelajari.
- Bertanyalah pada orang yang arif.

Tahukah Anda

Ikan Paus

Sejak bila ikan paus wujud? Fosil ikan paus yang ditemui di bumi ini menunjukkan ikan paus telah wujud di bumi ini sejak tujuh juta tahun yang lalu. Namun begitu para saintis percaya bahawa ikan paus telah wujud sejak 55 juta sehingga 60 juta tahun yang lalu. Terdapat 80 jenis ikan paus di dunia ini termasuk 11 spesis ‘baleen whales’ dan 69 spesis ‘toothed whales’ yang turut merangkumi ikan lumba-lumba. Walaupun kita ketahui bahawa ikan paus hidup dalam air masin tetapi terdapat beberapa spesies ikan paus atau dikenali sebagai ikan lumba-lumba yang dikenali sebagai ‘Chinese river dolphin’ yang tinggal di kawasan air tawar.

Kebanyakan masyarakat percaya bahawa ikan paus adalah haiwan yang amat bijak kerana ia mempunyai otak yang besar dan kompleks tetapi kebijaksanaannya itu masih belum dibuktikan

ALOE VERA

Antara khasiat yang terdapat pada gel tumbuhan aloe vera adalah:
Jel aloe merupakan anaesthetic yang ringan, dimana ia dapat mengurangkan rasa gatal, bengkak dan sakit. Ia juga merupakan bahan anti bakteria dan kulat serta dapat meningkatkan aliran darah ke kawasan yang luka dan mengalakkan pembentukan fibroblast.
Ia juga mempercepatkan tisu kulit yang terbakar sembuh.
Ia mempercepatkan penyembuhan luka, berbanding jika dirawat secara biasa ( standard dressing ).
Jus aloe vera berkesan menyembuh cirit berit, keracunan usus dan ulser gastrik.
Ia dapat mengurang paras gula bagi pesakit kencing manis.
Ia dapat mereda dan melambatkan kesan tindakan virus HIV-1, virus yang dikaitkan dengan penyakit AIDS.
Ia juga cepat meredakan demam panas pada kanak-kanak.
KACANG SOYA

Kacang soya semakin popular dikalangan pengamal makanan sihat samada dari barat atau timur. Antara kelebihan kacang soya adalah:

Ia merupakan makanan seimbang yang sangat baik dan lebih murah daripada daging, susu atau telur.
Ia mengandungi 50% protein bagi setiap 100 g kacang soya, merupakan 2x lebih daripada kacang tanah, 11x lebih daripada susu dan 3x lebih daripada telur.
Ia kaya dengan bahan mineral seperti calcium, sodium, manganese, magnesium, iron and phosphorous.
Ia juga kaya dengan vitamin A,B,C,D serta lecithin.
Ia boleh dijadikan bahan penganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.
Protein soya boleh mengurangkan resiko penyakit kanser dan jantung.
Ia mudah dicerna dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekalkan tenaga.
Ia sangat baik sebagai bahan bagi hidangan vegetarian.
Ia mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya denagn protein, sesuai untuk pesakit jantung dan kencing manis.
Kesimpulannya, kacang soya sangat selamat, berzat, murah dan sesuai bagi semua lapisan umur.

KATAK ADA GIGI?

Katak puru mempunyai gigi yang terletak di bahagian atas dalam mulutnya dan mempunyai lidah yang kuat mampu melambung mangsanya terus ke dalam mulutnya. Katak puru mampu melompat sejauh dua meter. Seekor katak puru amat mementingkan kawasan masing-masing dan melindunginya dengan pelbagai cara termasuk mengeluarkan bunyi, mengejar penceroboh, menyerang dengan melompat termasuk ‘bergusti’.
Katak puru betina amat tertarik dengan katak puru jantan yang mampu menyediakan makanan yang banyak dalam kawasannya. Seekor katak puru betina mampu mengeluarkan 25,000 biji telur yang bercantum antara satu sama lain dan terapung-apung di permukaan air. Haiwan tersebut akan menjaga anak-anaknya yang dikenali sebagai berudu sehingga ia berusia dua tahun. Jika saiz seekor berudu itu panjang bermakna ia bertukar menjadi katak puru yang cukup besar selepas metamorfosis bermakna ia mempunyai peluang hidup yang lama. Pendengaran adalah deria yang paling penting bagi haiwan ini kerana katak puru jantan berlumba-lumba ‘menyanyi’ di kawasan kolam yang dijadikan tempat pembiakan. Manakala katak puru betina akan menyahut ‘nyanyian’ itu secara agresif dan tanpa henti.


KUMAN TERBESAR!!!

Bacteria 'Sulfur Pearl of Namibia' (Thiomargarita namibiensis) merupakan bakteria yang terbesar pernah dijumpai oleh saintis. Ia berukuran 0.75 mm ( 0.029 in.) dapat dilihat dengan mata kasar. Bakteria ini telah dijumpai oleh ahli biologi Heide Schulz dari Max Planck Institute for Marine Microbiology ketika beliau sedang belayar di perairan Namibia.

KEUNIKAN MANUSIA

Sedikit fakta menarik mengenai badan manusia, antaranya:

badan mempunyai sejumlah trillion unit sel.
bahagaian badan yang berbeza mempunyai jenis sel yang berbeza.
otak manusia mengawal segala aktivti sel, tisu, organ dan sistem.
jantung manusia berdenyut 70 kali seminit, dan setiap kali berdenyut ia mengepam secawan darah.
jantung manusia seberat 300 g dan berdenyut lebih kurang 100,000 kali setiap hari.
terdapat 206 ruas tulang pada rangka manusia, separuh daripadanya terdapat pada tangan dan kaki.
setiap manusia mempunyai 32 batang gigi.
otot-otot membentuk satu setengah kali berat badan.
jika kesemua kulit dibuang, ia mempunyai berat sejumlah 2.27 Kg.
70% berat badan adalah berat air.


DINOSAUR MUNTAH

Muntahan fosil tertua telah di temuai di Peterborougah. Muntahan tersebut dikeluarkan oleh dinosour Ichthyosoaurus yang hidup di dalam air di England 160 juta tahun dahulu. Fosil ini telah ditemuai oleh Doyle di sebuah kuari tanah liat. Setelah dianalisa pada fosil tersebut nyata terdapat kandungan asid penghadaman dinosour. Menurut Dave Martill seorang ahli kajipurba Universiti of Portsmouth, penemuan ini amat penting dalam mengkaji cara permakanan dinosor tersebut

IKAN MINUM

Adakah ikan minum? Walaupun ikan hidup di kelilingi air namun ia tetap memerlukan air untuk minum. Ikan yang tinggal di laut menggunakan air masin sebagai sumber minuman. Namun begitu, ini tidak bermakna ikan menjadi masin akibat tabiatnya meminum air laut. Ini kerana semasa ikan minum air laut ini ia mampu mengasingkan garam daripada air laut yang diminum.
Kelebihan ikan ini kerana ia mempunyai sejenis sel kumuhan klorida yang dikenali sebagai ‘ioncytes’ di dalam insangnya. Ia akan bertindak aktif untuk mengepam keluar garam daripada badan ikan. Ikan akan merasa dahaga jika ia tidak minum. Malah ikan akan mati kekeringan jika tidak minum walaupun ia hidup di dalam air.

"Kalau tak suka pulangkan"


Sebuah kisah untuk renungan kita bersama.

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj.

"Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
"Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.

Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.

"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong. Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang.
Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.

Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. "Asal saya balik rumah mesti bersepak. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

"Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut.

"Fail saya kat depan tu mana?"

"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan."

"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya.

"Laila&" Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

"Saya nak ke out station minggu depan."

"Lama?" Soal Laila.

"Dalam seminggu."

"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"

"Budak-budak? "

"Ikut jugalah."

"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana. Tengok masa kat Legacy dulu tu"

"Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila.

Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.

"Bolehlah Pa! Lama sangat kita tak ke mana-mana." "Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad!
Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!"

"Manalah saya ada masa.." "Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!" Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka pulangkan balik!" Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma.. "Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. "Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah." "Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. "Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?"

Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.

"Awak masak apa?"

"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.

"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!"

"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.

"Keluar!"

"Mama dah masak Pa!"

"Awak saja makan!"

"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"

Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan. "Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. "Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan." "Abang tak suka tengok papa marah-marah. ." "Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan?"

Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris. Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.

"Laila.." serunya

"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.

"Sunyi pulak rumah ni mak,"

"Lama-lama kau biasalah."

Airmatanya menitis laju. "Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum.
Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa
terluka. Kehilangan yang amat sangat.

"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.

"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu."

"Tak ada lah?"

"Ingat papa ni cop duit?"

Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.

Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. "Awak tak sihat ke?"

Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.

"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara
perbualan kedua ibu bapanya.

Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"

Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

"Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. " Ujar Laila perlahan.

"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana, kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. "Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.

"Abang!"

"Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukansekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk.

"Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti."
Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A. "Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. "Wangi-wangi lagi. Dating ye?"

"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.


"Ikut boleh?"

"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang. "Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun
bawak kami."

"Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. "

"Papa pesanlah.."

"Nantilah besar sikit." Dalihnya.

"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun."

"Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"

Laila terdiam. "Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."

"Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik." "Mama tanya sikit boleh?"Dia mengangguk "Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?"

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah.

Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

"Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu
tidak pula disusuli dengan perkelahian. "Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! " Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah.Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa.. "Kalau tak suka pulangkan,"

Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.


Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya.

Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.

Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..

Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah.Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan.


Dosa Semalam


“Kringg…kringgg…”bunyi jam loceng di hujung kepala ku membuat aku terjaga.
“Kenapalah jam ni berbunyi masa aku sedang enak di buai mimpi”bisik ku sendiri sambil mata masih terpejam.
“1…2…3”aku membilang masa dan kedengaran satu suara.
“Hanim bangun nak, dah subuh ni”lantang suara itu disebalik pintu.
“Hanim dah bangun mak, sekejap lagi Hanim keluar”aku menolak malas selimut yang menutupi tubuh ku.Kesejukan yang mengigit tubuh ini ku lontar jauh-jauh bagi membolehkan ku menunaikan kewajipan pada yang Esa.


“Hanim kerja hari ni?”mak yang sedang leka mengacau bihun di dalam kuali bersuara.
“Kerjalah mak, lagi pun hari ini Dato’Hassan ada meeting” luah ku sambil mencapai kain lap meja.
“Baguslah Hanim kerja elok-elok, nasib baiklah Dato’ Hassan nak ambil Hanim berkerja sebagai pembantunya.Kalau tengok dari sijil Hanim, mak rasanya tak layak Hanim kerja dengan Dato’Hassan tu.”aku tahu mak dan abah banyak berkorban untuk ku tetapi walaupun aku layak untuk menyambung pelajaran nasib tidak menyebelahi ku.Abah tidak mampu untuk mengeluarkan wang bagi membiayai pelajaran ku.Berkerja sebagai pengawal keselamatan dan menanggung lima orang anak sudah terbeban ku rasa tetapi abah tidak pernah mengeluh hanya aku saja yang meminta agar abah faham dengan niat ku untuk membantunya.
“Tak tahulah mak berapa lama Dato’Hassan tu perlukan hikmat Hanim, projek di Manjung ni pun dah hampir siap.”aku tahu Dato’Hassan mengambil ku berkerja kerana dia terhutang budi dengan ku yang pernah menolongnya ketika keretanya rosak semasa mula-mula dia sampai di kampung ku.
????: Komuniti - sepaku.net http://www.sepaku.net/sepaku-ilham-kreatif/7585-dosa-semalam.html
“Kerja sajalah Nim, sampai masa Dato’Hassan tidak perlukan Hanim lagi barulah cari kerja lain.”usul mak memang sudah lama ku fikirkan.
“Hanim nak pergi bersiaplah mak kalau lambat kena tinggal bas pula”aku memohon diri setelah menolong mak mengatur pinggan di atas meja.
“Cepat sikit boleh sarapan dengan abah sekali”aku hanya menganguk dan berlalu menuju ke bilik ku.

Kerja sebagai pembantu kepada Dato’Hassan mengajar aku tentang sebuah perjuangan.Dato’Hassan tidak kedekut menghulurkan ilmu kepada ku.Sering kali beliau mengingatkan ku bahawa walau setinggi mananya ilmu yang kita tuntut kalau tidak tahu mengunakan akal fikiran tidak berguna kita belajar hingga ke hujung dunia.Aku menjadikan kata-katanya sebagai satu azimat untuk diri ku.Bagi ku mempunyai majikan seperti Dato’ Hassan adalah satu rahmat yang tidak ternilai.Beliau tidak cerewet dan aku boleh berbincang kalau ada sebarang masalah tentang kerja.Pesannya jangan malu untuk bertanya daripada kita berlagak pandai.Setiap hujung bulan beliau akan memastikan yang beliau akan ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan keluarganya.Kadang-kala isterinya datang ke daerah Manjung ini untuk berada disisinya.Walaupun anak-anaknya yang seramai empat orang sudah berkerjaya tetapi mereka akan menelefon Dato’ Hassan untuk bertanya khabar.Anak-anaknya tidak sombong dan memilih dalam berkawan hasil dari didikan Dato’Hassan dan isterinya.Itulah contoh orang yang kaya dalam serba serbi.
Hanya aku saja Nurul Hanim Hamidi yang masih merangkak-rangkak dalam membentuk kehidupan dan hala tuju ku.

“Asalamualaikum Hanim, pagi-pagi dah termenung ingatkan siapa cik abang ke?”terperanjat bila disergah oleh Dato’ Hassan.
????: Komuniti - sepaku.net http://www.sepaku.net/showthread.php?t=7585
“Walaikumsalam Dato’, maaf Hanim tak perasan Dato’ masuk tadi”merona merah muka ku bila Dato’Hassan masih tersenyum memandang ku.
“Itulah asyik ingat abang saja mana nak perasan saya masuk”usik Dato’ Hassan lagi.
“Mana ada Dato’ ni ke situ pula, siapalah saya ni Dato’ yang nak ingatkan orang”aku tahu setakat mana diri ku patut berada.
“Hanim…Hanimmm…kalau anak saya belum kahwin lagi saya jadikan awak menantu saya”aku rasa Dato’ hari ini sudah lari dari landasan gurauan kami.
“Dato’ ni dah mulalah tu” aku rasa segan bila Dato’ sering berkata demikian setiap kali kami berbicara.Apa yang dia pandang pada ku tidak aku ketahui tetapi Dato’sering memuji ku yang masih menjaga adat ketimuran dan sopan santun dalam pergaulan ku.
“Okeylah saya kalah”Dato’akhirnya menutup hal ini dengan rasa bersalah.
“Baiklah apa yang perlu saya buat hari ini”bicara Dato’ sambil menolak pintu biliknya.
“Dato’ada temujanji dengan Encik Rajakrisnan dari syarikat Raj & Son Sdn Bhd ditapak projek jam sebelah pagi, jam satu petang ada janji makan tengahari di Hotel Singgahsana di Ipoh dengan Encik Lim yang loyar buruk tu dan petang ada mesyuarat dengan semua pegawai di sini berkenaan laporan bulanan mereka.”aku menulis tanpa memandang wajah Dato’ Hassan yang sedang tersenyum.
“Kenapa Dato’tersenyum ni, sakit ke?”pelik dengan telatah Dato’ hari ini.Pergaulan kami yang agak rapat menjadikan aku suka mengusik Dato’ tidak kira masa.
“Apa yang awak anti sangat dengan Encik Lim tu Hanim?”Dato’masih tersenyum memandang ku.
“Encik Lim tu gatal nak mampus”cepat aku menutup mulut ku bila terasa melampau dengan kata-kata ku.
“Awak jangan Hanim nanti awak jauh cinta dengan dia baru awak tahu”usik Dato’lagi.
“Dato’ ni kan malaslah Hanim nak layan baik Hanim keluar dulu”aku segera bangun meninggalkan Dato’ yang masih ketawa melihat gelagat ku sambil mengeleng kepala.


Kerja yang menimbun sambil mengatur setiap janji temu Dato’Hassan kadang kala aku terlupa waktu makan.Aku sering menyuruh Khatijah membungkuskan aku roti atau kuih untuk aku mengalas perut sebelum sampai ke rumah.Bukan tidak pernah kawan-kawan di pejabat ini menegur aku yang jarang untuk menyertai mereka keluar makan.Di kawasan Manjung apa yang hendak di pilih sangat pasal makanan kerana semuanya sama lain lah kalau di Ipoh jadi lebih baik aku makan masakan mak di rumah.Telefon di sisi berbunyi mematikan lamuanan ku.
“Selamat tengahari Bersatu Holdings Berhad”walaupun malas untuk aku mengangkat telefon masa makan tengahari ini ku gagah juga.
“Boleh I bercakap dengan Dato’ Hassan?”suara di hujung talian bergema sebaik saja aku habis menjawab.
“Maaf encik Dato’Hassan tiada, boleh saya tahu siapa di talian?”aku bertanya.
“Kalau begitu sambungkan dengan setiausahannya”arahnya tanpa memberi aku jawapan.
“Sayalah setiausahannya”jawab ku selamba.Geram dengan cara berlagak dia memberi arahan.
“Ohh…U setiausahanya I ingatkan U ni penyambut tetamu”dari nadanya aku tahu dia menyindirku.Dia ingat di Manjung ni orang bodoh saja yang tinggal.
“Boleh saya tahu nama encik?”aku cuba mengawal suara ku walau dada ini rasa bergelodak.
“U siapa nama?”aku rasa manusia di hujung talian sana ada masalah pendengaran agaknya.
“Tak kan setiausaha pada seorang Dato’ tiada nama pula”mungkin dia ini sengaja hendak menyalakan api kemarahanku.
“Tenang Hanim..tenang…banyakkan bersabar…tarik nafas perlahan-lahan”bisik hati ku.
“Saya Nurul Hanim dan boleh saya tahu siapa nama encik?”aku masih cuba mengawal keadaan.
“Nurul Hanim…erhmmm..sedap nama tu sesedap suara di hujung sana”aku mendengus keras bila mendengar bicara lembut suara di hujung talian.
“Kalau encik tidak mahu memberi tahu nama encik lebih baik saya letakkan telefon ni”akhirnya aku tidak dapat mengawal kemarahan ku.
“U marah?”geramnya bila orang di sana masih cuba mencurah minyak pada ku.
“Kalau U marah nanti bila I sampai di sana I belanja U makan okey”kalaulah orang ini ada di depan ku mungkin kepalanya sudah lama aku luku.
“Ohh iya…. U cakap dengan Dato”Hassan, Ariff Aris telefon dan suruh Dato’ call I semula iya Hanim sayangggg”terdengar suara itu tertawa sebelum talian diputuskan.
Tergaman aku seketika dengan luahan bersahaja lelaki itu.
“Ariff Aris”bisik ku perlahan dan nama itu seakan sebati dengan lidah ku.


Cerpen : Dah jodoh


Habis sudah kering air mataku. Semuanya kerana seorang lelaki. Aku duduk termenung. Memikir. Dungu sangatkah aku hingga menangis semalaman kerana kata-kata Riz?
“Ala…Iya? Aku dengan Iya? Hahaha…Lawak antarabangsa betul. .. Otak aku ni masih waras lagi…Okey! Aku akui Iya tu baik and sweet…butt….tak bermaksud aku suka. Aku layan dia as best friend…..” Entah kenapa petang itu, aku tergerak hati ke rumah Riz. Mungkin tuhan mahu tunjukkan kebenaran. Aku masuk ke rumahnya senyap-senyap tanpa memberi salam. Konon nak buat kejutan. Habis-habis aku tercuri dengar perbualannya dengan Haiqal.

Huargh!!!! Aku bangun dan memandang ke cermin. Hodoh sangatkah aku. Aku tatap wajahku…Tak adalah hodoh mana jika dibanding dengan budak-budak perempuan lain. Cantik??? Hidungku tak mancung mana…Mata tak adalah bulat…bibir tak monggel tapi itu semua tak penting sangat. Riz sendiri cakap…aku baik dan sweet…Tak cukup lagi ke wahai Riz ???

2 minggu kmdian….
Dua minggu kemudian aku acap kali mengelak daripada lelaki itu. Bukan berdendam tapi aku malu. Selama ini aku rasakan aku lengkap dihadapannya tapi sebaliknya. Hinggalah satu hari, Riz menunggu aku di hadapan kelas. Aku buat tak tahu…Dia berdiri di tepi pintu dan menyorot pandangan langkahku.
“Cik Iya saya…”Panggilnya manja. Aku teruskan langkah. Tapi kenapa aku melangkah dengan perlahan. Aku hairan dengan diri. ‘Iya saya…’Ah! Itu kelemahanku. Kenapa dia menyatakan ‘Iya saya…’Aku miliknya kah? Selepas beberapa kali Riz memanggil dan mengikut langkahku akhirnya tanganku ditarik. Aku terhenti langkah dan memandangnya. Dia diam. Aku diam.
“Kenapa? ”tanyanya sepatah. Aku pandangnya sebelum merentap tanganku perlahan.
“Tak ada apa-apa…Awak jangan kaco saya. Saya nak gi kelas ni…”
“Pergi mana? ”
“Kelas lah…”
“Kelas apa?”
“Kelaslah!”Aku mula menekan suara.
“Setahu saya…jadual awak free sekarang. Kalo adapun kejap lagi pukul dua…Kelas dengan Prof Aisha…” Aku seperti ‘terkalah’. Satu lagi kelamahanku dan kekuatan Riz.
“Awak buat salah dengan saya ke?” Aku seperti hendak ketawa. Pandai betul Riz…Ashik Aku sahaja yang buat salah? Habis tu dia baik sangat ke? Awak buat salah dengan saya ke…? Aku ajuk dalam hati. “Tak..”
“So ?Kenapa elak dari saya. Selalu every thurs..kita gi library. Semalam…saya tunggu awak. Awak tak datang. Saya Call tak jawab, saya mesej tak reply and miss call tak ada respond…Awak tak sihat ke? Ke…merajuk?”
“Merajuk ke pasal pulak? “ “Alah…girl. Setiap bulan takada angin tak boleh. Tapi tu boleh diterima. Yang peliknya..awak. Dah 2 week awak elak diri…Saya perasanlah…”Riz mula belagak sebagai lelaki sejati. Konon peka akan aku…Dia menarik aku duduk di kerusi yang ada. Aku ikut sahaja. Kemudian dia berlari ke peti minuman dan datang semula lalu menghulurkan setin pepsi padaku. Aku menyambut. “Minumlah dulu. Bagi sejuk hati dalam badan awak tu…”perlinya. Aku teguk air tersebut, Begitu juga dia.
“So…boleh kita sambung…? Please Iya…Janganlah elak-elak macam ni… Kadang-kadang saya penat. Saya fikir, saya kejar…saya buat andaian…Semua pasal awak. Tapi saya tak ada jawapan…yang ada bila saya tanya, awak buat mulut bisu awak tu…”mulut bisu? Argh! Pedasnya…
“Jadi…awak menyesal kawan dengan saya ?” Aku memberanikan diri bertanya. Dia mengeluh. Matanya dalam memandang anak mataku. “Menyesal tak tapi terkilan…Kita kawan start sems satu and now sems enam. Tiga tahun…Tapi saya still tak kenal dengan sikap awak. Awak merajuk tak pasal-pasal. Tu yang paling saya tak tahan”
“Siapa kata saya merajuk ?” aku berdalih. Dia ketawa perlahan. Saat dia ketawa aku ingin menangis. Aku tiba-tiba teringat bahawa lelaki yang ada di hadapanku ini pernah meluahkan kata-kata yang menghiris, mencucuk dan menikam hatiku.
“So…tak merajuklah ni?”aku buat bodoh. Aku tunduk dan tiba-tiba buat-buat ketawa. Aku memang bodoh tapi sebenarnya aku malas lagi hendak berpanjang-panjangan.
“Hah…macam tulah. Tengok Iya siapa? Iya saya jugak…”katanya lalu memicit hidungku. Aku buat-buat terjega mataku. Dia ketawa. Aku senyum namun sedangkan dalam hati seakan dititis lilin panas yang cair.



5 bulan kemudian….

Hingga tamat pengajian kami, aku dan Riz sekadar gitu-gitu sahaja Lagian dia telah bekerja di syarikat bapa saudaranya. Aku pula sekadar menjadi cikgu sementara sehingga bulan hadapan. Bulan hadapan aku akan ke Penang, bekerja di syarikat Mior Gah Holding. Itu pun atas bantuan Riz aku dapat bekerja di situ. Riz minta bantuan sepupunya.
Kalo dahulu kami agak rapat, kini tidak lagi seperti dahulu. Aku terasa menyesal. Kenapa lah aku tidak pernah meluahkan perasaanku. Sedang aku dahulu diberi peluang selama enam sems. Apasalahnya kadang-kadang perigi mencari timba? Kesannya, timbaku hilang dan aku menjadi perigi buta, kering dan tidak berpenghuni. Arhgh…Tiba-tiba aku kesiankan pada diriku…

Bertahun kemudian….
Pejam celik dan pejam selik…hari bertukar bulan dan bertukar tahun. Aku telah bertahun menetap di Peneng. Riz pula masih di Kuala Lumpur. Kami tidak kerap lagi berhubung. Ada pun sebulan sekali dua. Itupun by e-mel. Kalo dahulu hari jadiku tercacat dalam diarinya, kini tak lagi. Buktinya, kelmarin sebarang ingatan genap aku 25 tahun tidak ku terima darinya. Tapi aku tidaklah sesedih mana. Itu adat orang bertepuk sebelah tangan.

“Iya…Nazmi ajak hang keluar yek ??? Jahat hang ye! Cek yang pancing, hang yang dapat hasil no…”Aku tersedar. Mila ni ada-ada sahaja. Entah dari mana lah dia tahu Nazmi ajak aku keluar. Setahuku, aku dan Norin aje yang tahu. Itu pun kebetulan Norin tahu. Dia ada ketika Nazmi mengajak aku keluar. “Cek tak kira…Hang bawa cek sekali..Amboi! Geram tau?” Manja nada Mila. Aku senyum sebelum menggeleng.
“Tak tau…:usikku.
Dia ketawa. “Mil…cik Nazmi tu baik ke?” tanyaku serius.
“Awat yang tak baiknya, dia staf penyapu kat syarikat Centre tu tahu…Hang bukan tak tahu, anak datin kita tu. Si Nisa tu dok tergila kat Nazmi…”Aku diam. Sekadar mendengar Mila bercerita tentang Nazmi. Sesekali ingatanku membandingkan Nazmi dan Riz. Tetap aku melihat Riz lebih sempurna… Jahatnya aku!

Betul Nazmi memang baik dan manis. Dia tidak kayu! Maksudku dia pandai memancingku. Nazmi macam Riz Cuma tutur kata Nazmi lagi sopan. Kerana itu aku beranikan diri berkawan dengannya namun tidaklah serius mana. Aku cuba membatas pergaulanku darinya namun tidak berjaya. Nazmi macam Riz. Hingga suatu hari dia memberanikan diri mengajak aku kerumahnya di Shah Alam. Hujung minggu depan rumahnya ada sedikit majlis. Aku keberatan hendak pergi. Namun aku tidak terus menolak. Sekadar menyatakan kan jika aku mempunyai ruang dan bekesempatan sahaja aku akan pergi. Dia seakan kecewa. Melihat kekecewaanya, aku ‘ t e r j a n j i ’ untuk pergi.

Petang khamis, sekeping sampul surat bewarna ungu terletak di atas mejaku. Aku memandang lama. Tertera nama penuhku berserta alamat syarikat. Sampul kad kahwin. Tekaku sebaik melihat keunikan dan bau sampul itu. Aku buka dengan perlahan. Hatiku menangis, mataku menyampaikan titisannya. Setitis air mataku mengalir. Kad Walimatulurus. Yakni pernikahan antara Mohamad Hariz Rizal dengan Nuri Insyirah pada 23 oktober. Aku genggam kad tersebut. Nuri Insyirah ??? Bukankah itu budak program komunikasi? Bukankah dia duduk beberapa bilik daripada bilikku ketika aku menetap di asrama dahulu. Patutlah, gadis itu sering menjeling padaku. Ingatan ku berpusing dan terus mengimbau. Ah! Ya Allah…kenapalah sedikit pun aku tidak mengetahui bahawa mereka pasangan kekasih. Dahulu, maksudnya tujuan Riz ke kolejku bukanlah sekadar berjumpa denganku, menghantar nota, KFC atau laksam kesukaanku tapi lebih untuk berjumpa dengan Insyirah….Aku seperti tertipu ketika itu. ..

Hujung minggu itu, aku pulang ke rumah emak. Hilangkan rasa rindu setelah empat bulan tidak pulang. Terpedih pula di hati ini bila melihat teman sekolahku, jiran di sebelah membuat kenduri perkahwinan. Beberapa hari kemudian, Ruziah pula bernikah. Kadang-kadang mereka seperti mengejek aku pula. Minggu hadapan pula kenduri Riz dan Nazmi. Aku seakan diperli oleh majlis-majlis perkahwinan ini… Malam itu aku memandang lama kad itu. Manakala sebelah tanganku memegang handset. Aku clik phone book dan nama Riz tertera..Ingin sekali aku menelefonnya tapi untuk apa? Lama berfikir aku berkeputusan. Yang lepas adalah lepas. Riz kenangan lalu. Dia bukan lagi kepunyaanku tapi bakal bergelar suami orang. Entah-entah dia tengah berbahagia… Aku terus mendail Nazmi. Hujung telefon terdengar suaranya…Suara dia lebih lembut daripada Riz. Aku membanding tanpa disedari.

“You jadi ikut I tak nanti? I teringin nak kenalkan you dengan my family…”
“Kenapa You nak kenalkan I dengan family You?”
“You tak sudi?”
“Bukan…biar I berterus terang…You tahu seorang perempuan tu kompleks. Bila you ajak dia berjumpa dengan keluarga you, seribu satu maksud ada dalam dirinya…Begitu juga I ”
“Okey…Biar I pula berterus terang…You cakap, perempuan itu kompleks kan, tapi lelaki tu mudah sahaja. Bila dia ajak you kerumahnya, mean dia serius dengan you. Dia tak da seribu satu makna. Just satu sahaja…Dia suka kat you…”Aku terkedu. Sedikit namun padat kata-kata Nazmi. Aku menangis dihujung telefon. Kali pertama seorang lelaki meluahkan cinta padaku…
“Are you okey Iya ??? “Tanya Nazmi. Aku meyorokkan suaraku yang sedikit berubah kerana menangis tadi. “Okey…” “I serius Iya…I suka dekat you…I nak kenalkan you dengan semua orang…I nak orang tahu, only You dekat hati I”
“ Nazmi…jangan terburu-buru…You tak kenal I”
“Kenapa? You isteri orang..?”
“Tak”
“Tunang?”
“Tak”
“Girlfriend?”
“Tak…”
“So apa lagi penghalangnya? Ke you dah ada someone dalam hati you?”
Aku diam. Lama. Nazmi menunggu.
“Nazmi macam mana…I tak tahu.I tak nak tipu u… I dah tersuka pada dia. Lama I suka pada dia. Kadang-kadang I rendahkan diri I untuk dia…I pura-pura tak kisah apa dia buat pada I. Lama I suka kat dia…I tunggu dia tapi…now dia bakal jadi milik orang lain….” Aku mula menangis. Nazmi diam. Mungkin terkejut mendengar ceritaku. Mungkin dia rasa tertipu kerana selama ini aku melayannya namun hatiku pada orang lain.

“Maafkan I…I tak tolak you…Tak ada niat pun. Tapi I rasa perasaan I untuk dia, diri I untuk dia…Kenapa I jadi macam ni Nazmi?” Nazmi diam.
“You suka kat dia lagi?”
“Tak tahu…I kosong sekarang…”
“Kenapa you tak pernah citer dekat I. Lima bulan kita kawan…Lima bulan Iya…”
“Sejak I terima kad dia, I jadi tak tentu…I cintakan dia dulu. Dia buat segala untuk I tapi I tak pernah cakap I suka kat dia…I nyesal. Kalo boleh I nak putar masa…I nak cakap pada Mohamad Hariz Rizal I suka kat dia… ” Nazmi diam. Lama! Macam berfikir.
“Tapi dia nak kahwin dah…You kena terima” baru dia mahu berkata namun nada Nazmi sedikit kecewa. Aku menangis lagi . Seketika kemudian talian mati. Aku tahu Nazmi kecewa.


Aku tak tahu. Terkadang aku rasa bersalah pada Nazmi. Dia seperti mangsa akan keadaan yang aku sendiri wujudkan. Aku kesian padanya dan marah pada diriku. Riz pulak? Ah…Riz pun tak bersalah. Benar perempuan memang kompleks! Dua hari Nazmi tidak menghubungiku. Aku tak tahu samada esok aku perlu ke majlis dirumahnya..Awal pagi aku terima sekeping kad dan sebakul epal. Epal ??? Aku penuh tanda tanya? Aku bukak kad tersebut dengan perlahan. Ada bait-bait kata…

Perempuan itu ibarat sebiji epal…Epal yang tak berkualiti akan mudah berguguran ke tanah dan di kutip pelbagai jenis orang. Namun epal yang baik nun jauh di hujung pokok. Terkadang epal itu risau. Mengapalah aku tidak dipetik orang? Lantas dia merendahkan dirinya dan membiarkan dirinya dipetik orang. Namun sebenarnya ia alpa kerana ia telah Allah swt jadikan tinggi martabatnya. Hanya pemuda yang benar layak sahaja yang dapat memetik hatinya. Itupun pemuda yang diizinkanNya demi memelihara diri dan hati perempuan tersebut..… Ikhlas kerana Allah, Mohd Anaz Nazmi


Aku termanggu dan merenung epal yang merah menyala itu. Adakah aku dalam kalangan epal-epal ini atau masih lagi epal di atas pokok ??? Aku menangis lagi
Semuanya nampak mudah. Aku yakin Riz bukanlah pemetik atau penimbaku. Aku pilih Nazmi dan ku pinta biarlah ingatanku pada Riz hilang selamanya. Awal pagi, Nazmi mengambilku. Hari ini dia akan membawaku ke rumahnya. Aku pilih Nazmi, aku tinggalkan majlis perkahwinan Riz. Sebelum sampai ke rumahnya. Nazmi menyatakan bahawa dia tidak kisah apa yang terjadi selepas ini kerana aku miliknya. Aku pelik, terpikir pula bila Nazmi bercakap begitu seakan hubungan kami ditentang oleh keluarganya. Aku angguk sahaja.
Akhirnya aku faham maksud kata-katanya. Aku faham caturan tuhan. Tidak ku sangka, aku ke majlis perkahwinan Riz. Riz adik Nazmi…Mereka hanya berbeza 2 tahun. Aku terasa lenguh lututnya. Namun aku buat tidak kisah. Terkadang, mataku bertembung Riz. Riz kelihatan bahagia tetapi wajahnya sedikit terganggu. Apatah lagi bila Nazmi memperkenalkan aku pada keluarganya sebagai teman hati. Saat aku bersalam dengan Riz, tangannya sejuk. Aku lihat matanya tidak berhenti memandangku. Aku sempat juga melihat Nazmi mencuri pandang kami. Namun aku tenang. Aku semakin sedar akan permainan ini. Aku mengucapkan tahniah pada Riz dan Insyirah sebelum berlari ke arah Nazmi yang memanggilku.
“Itulah Riz, Nazmi…” Bisikku lembut.
“Saya tahu…Awak macam mana…” Nazmi tenang
“Saya nak jadi sebiji epal yang hanya boleh dipetik oleh awak…”ucapku ikhlas.Dia menarik tanganku dan meletakkan ke dadanya…
‘‘Epal tu dah lama di petik dan di jeruk untuk disimpan disini…”tunjuknya.
“Laa…awak jeruk saya?”usikku. Nazmi angguk selamba. Aku tertawa.
Sesekali aku mencuri pandang pada Riz. Aku tahu dia mencuri pandangku jua. Dari gayanya, dia bahagia. Aku pun bahagia...Sungguhnya, jodoh tak kemana. Kalau bukan Riz untukku, tetap bukan... Tuhan maha adil. Diciptakan Riz sekadar bergelar bakal adik iparku..Dan diciptakan Nazmi untuk teman hidupku. Alhamdulillah! Aku bersyukur.

Nukilan : Ruby Raudah


Secerah Mentari


‘Astaghfirullahalazim!!’ istighfarnya berulang kali.

Suara itu sungguh jelas, cukup kuat untuk membangunkannya dari tidur yang kurang lena. Dikesati peluh di dahi. Panas suam-suam. Malam itu malam yang panas, sepanas waktu siang yang dipancarkan dengan terik matahari. Kepanasan itu mengigit tubuhnya dengan suara-suara bisikan yang acapkali bertandang di telinga. Membangunkannya tika lena, menyentaknya tika jaga. Dia bingkas bangun. Segelas air dituang dan dihirup. Dengan pantas memori setahun yang lampau berombak kembali ke minda. Mata berkilas ke sekeping kertas kecil terselit di bawah tafsir al-Quran di meja. Sekeping tiket yang menjadi passport kemasukan ke sebuah majlis makan malam. Entah mengapa, acara tahunan yang begitu dinantikan oleh kebanyakan pelajar Malaysia di Turki itu, bagai tidak menarik perhatiannya. Bukan sahaja kurang berminat, malah terbit perasaan bercampur baur yang menyesakkan dadanya. Antara ketakutan ,kerisauan dan ketidak pastian beradun bersama nafasnya di saat itu. “Dani..oi Mat Dani!Meh sini jap!’

‘Apa dia Yop?’

‘Kalau ko join kitorang arrange bahagian performance mase dinner nanti ok tak?’

‘Errr… aku mana tahu Yop. Haiyaa… takde orang lain ker?’ Dia mengelak.

Ayub menjawab dengan nada yakin. ‘Alaa…, kerja simple je. Kau pilih orang untuk perform, lepas itu, kau bagi briefing sikit. Kau tengok-tengok macam tu je. Pastikan semua orang ikut jadual latihan. Kacang jekan?’

Dia termangu sejenak, berfikir.

“Hurmm, kalau camtu, aku layan jela. Kau punya pasal!’ Ayub kegembiraan di saat dia menyatakan persetujuan itu. Dia terasa bebanan di otak Ayub sebagai pengarah majlis makan tahunan itu berkurangan.

“Kenapa kau ambil tugasan tu??!!”

Persoalan itu menghujam fikirannya yang kematu.

Ahhh!!! Mahu sahaja dia berteriak ke luar angkasa bagi meleraikan keserabutan di fikirannya.

Pergi kau! Pergi!!!!!! Nyah!!!!

Kini, disebabkan peranan yang dia anggap mudah itu, bermulalah episod-episod baru dalam majlis keramaian dan persembahan di dalam masyarakat pelajar Malaysia di Turkey itu. Memang benar, tugasan sebagai ajk persembahan memang mudah. Kerjanya cuma memilih para performer yang minat untuk membuat persembahan. Ada yang menawarkan diri untuk mengambil pos penyajak, pelakon, nyanyian,kugiran malahan tarian!

Namun yang menggusarkan hatinya adalah apabila dia terpaksa membuat keputusan di dalam pemilihan penari-penari yang akan beraksi di atas pentas yang bakal dihadiri oleh para diplomat dan juga warga asal Turkey itu. Tidak ketinggalan seluruh pelajar Malaysia di negara sekular Turkey yang dijemput ke majlis keramaian tahunan itu. Majlis yang diadakan secara besar-besaran sambil mengutip derma itu perlu dilakukan dengan cara paling baik, kerana melambangkan betapa berprestijnya masyarakat Malaysia di depan mata dunia! Bangganya dia menjadi orang penting di dalam majlis yang mampu memartabatkan maruah bangsa dan negaranya! Padanya, dia hanya mahu membuat pilihan yang tepat. Mahu menonjolkan yang terbaik tentang Malaysia yang berbilang kaum dan budaya. Termasuklah di dalam aspek tarian. Tarian Melayu, Cina dan India sangat banyak ciri kesenian dan keindahan budaya yang tidak terdapat di dalam masyarakat Turkey di sini. Tentu perbezaan ini akan menarik minat mereka tentang Malaysia dan memperkayakan pengetahuan mereka tentang sebuah negara kecil yang pesat membangun. Dia mahu para penonton itu kagum melihat budaya Malaysia, kagum melihat keindahan seni Malaysia. Tentu mereka merasakan Malaysia adalah sebuah negara Islam yang moden, yang mengikut peredaran zaman. Apa salahnya jika dia mahu menunjukkan pada mereka akan tarian orang Malaysia juga?

“Danial, awak rasa tindakan awak itu betul ke?’ Humaira, seorang wanita yang wara’ menegurku dengan baik. Dia merupakan seorang wanita muslimah Turkey yang terselamat dari barah sekularisme Turkey. Walaupun hijab diharamkan di Turkey, tapi dia tetap tegar dengan busana muslimahnya. Ditegurnya aku di saat dia melihat warga performer berlatih di dewan makan di pusat penginapan mereka. Begitu terkejut dia melihat rakan-rakan Melayunya yang kesemuanya Muslim sibuk berdandan dan melakukan tarian yang mengejutkan aksinya. Muzik yang dipasang ketika itu juga janggal pada telinganya.

‘Apa maksud awak Humaira?’ tanyaku penuh hormat.

Dengan wanita sesolehah itu, tidak mampu dia bertentang mata dengannya mahupun meninggikan suara. Di sebelah Humaira ada beberapa rakannya yang menemani perbualan mereka itu. Tidak mahu antara mereka berdua, warga asing ketiga yakni syaitan yang menemani.

‘ Saya nampak tujuan Danial yang mahu mempamerkan sosio-budaya masyarakat majmuk di Malaysia. Tujuan yang tidak salah pada saya, walaupun pada saya, ada cara lain yang boleh dibuat untuk menunjukkan kebudayaan masyarakat Malaysia selain daripada membuat persembahan ini. Namun saya tahu, Danial hanya mengikut arahan, namun tidakkah boleh jika diubah supaya rakan-rakan muslimah kita tetap terpelihara daripada tontotan umum kaum Adam?’
‘Tapi ini bukan program Islamik, Humaira. Ini program internasional melibatkan semua kaum. Bukan sahaja wanita muslimah yang akan membuat persembahan, tapi warga Cina dan India juga.’

‘Saya faham itu. Saya tahu yang menontonnya juga adalah lelaki muslim. Tentu sahaja kamu berhujah, jika kaum wanita bukan Islam boleh menari, kenapa tidak orang Islam sendiri bukan?’

Dia masih tunduk memandang lantai. Dia memang segan dengan Humaira kerana kewarakan dan juga susunan bicaranya yang teratur. Jika yang bercakap dengannya sekarang ini adalah pelajar Melayu, mesti boleh dipatah-patahkan hujahnya dan tentu sahaja dia akan menang. Tetapi dengan Humaira, dengan bahasa Turkeynya yang tunggang langgang, masakan mampu dia melawan muslimah seikhlas itu?

‘Saya tahu kamu hanya menurut arahan, tapi kamu boleh bawa perubahan itu. Tidakkah kamu sedar jika tahun ini tarian itu dipersembahkan oleh wanita muslimah yang kamu masih boleh pelihara maruhanya, kemungkinan pada tahun-tahun mendatang, acara yang sama akan berulang. Malah akan lebih dahsyat lagi!’

Dia masih diam . Mahu mengumpulkan kekuatan untuk berbicara.

‘Apa yang dapat saya lakukan Humaira? Jika tiadanya mereka, takkan adanya tarian zapin Melayu yang telah pun diletakkan dalam tentatif program .Tiada adanya tarian mak yong. Tidak akan adanya silat. Maka bagaimana mampu majlis itu berlangsung dengan baik sedangkan itu perlu ditonjolkan dalam setiap persembahan Malaysia?’

Sambil menarik nafas dia menyambung.

‘ Apa yang mampu saya lakukan?Mereka sendiri rasa seronok untuk mempersembahkan tarian-tarian itu!’

‘ MasyaAllah! La haula wala quwwata illa billah! Sepatutnya kamu lebih sedar dan peka akan isu ini. Kamukan orang Islam! Kamu berasal dari Malaysia seharusnya kamu lebih tahu tentang Islam dariku. Saya banyak belajar dari buku berbanding kamu tapi saya tahu perbuatan membiarkan wanita muslimah kita menonjolkan diri mereka menerusi tarian yang diperhatikan oleh kaum Adam yang tentunya seronok memerhatikan lenggoknya tubuh wanita menari di hadapan mereka adalah haram. Tidakkah kamu suka juga memerhatikan mereka menari?’

Dia masih tunduk malu. Mahu dia katakan tidak. Tapi fitrah lelakinya tidak dapat menafikan betapa seronoknya dia melihat perempuan-perempuan yang cantik menari di hadapannya.

‘Danial, demi Allah. Tanyalah iman di dadamu! Adakah mahu engkau membiarkan wanita muslimah itu dihinakan di hadapan lelaki yang tiada imannya? Bagaimana kamu dapat memelihara pandangan lelaki daripada melihat wanita jika mereka ditonjolkan di hadapan mereka? Tidakkah kamu baca firmanNya ‘ Katakanlah kepada lelaki yang beriman , tundukkanlah pandangan mereka dan peliharalah kemaluan mereka.’ Katakanlah kepada perempuan yang beriman, tundukkkanlah pandangan mereka , pelihara kemaluan mereka dan jangan menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang biasa terlihat pada dirinya. Hendaklah mereka pun menutupkan kain tudung melabuhi dadanya. Janganlah mereka menampakkan perhiasannya selain kepada suami mereka, ayah mereka, mertua laki-laki mereka, anak-anak kandung mereka, anak-anak tiri mereka, saudara laki-laki mereka, anak saudara mereka (dari saudara laki-laki mereka), saudara perempuan mereka, anak saudara mereka (dari saudara perempuan mereka), wanita-wanita Islam, budak-budak yang mereka miliki, pelayan laki-laki yang tidak lagi memiliki hasrat seksual atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita?’( An-Nur:30-31)
Petah sekali Humaira membacakan ayat suci Al-Quran itu dengan bahasa Arab yang fasih. Dia masih ingat akan ayat itu. Ayat yang diajarkan kepadanya suatu ketika dahulu tatkala diperingatkan untuk menjaga batasan pergaulannya dengan wanita. Tapi mengapa ayat itu sudah kurang bergetar pada hatinya kini? Sudah malapkah cahaya iman di hatinya?

‘Tapi Humaira’, mereka yang mahukan sendiri. Saya tidak paksa!’ Dia masih mahu menyelamatkan diri.

‘Kamu seorang lelaki, seharusnya kamu mampu menasihati mereka. Bukankah dalam sebuah hadis, Ummu Salamah pernah berkata, “Aku pernah duduk di samping Nabi saw dan Hafsah, lalu datanglah Ibn Ummi Maktum-dan beliau seorang sahabat Nabi yang buta- meminta izin untuk masuk ke rumah baginda. Kemudian Nabi saw memerintahkan kami untuk memakai hijab. Aku bertanya kepada baginda, “Wahai Rasulullah, dia itu buta, tidak dapat melihat. ( Maka kenapa kami perlu tutup aurat?) “ Baginda bersabda, “Apakah kalian berdua juga buta dan tidak melihatnya?” . ‘Jika seorang sahabat baginda yang buta pun seorang muslimah itu harus memelihara aurat dan perilakunya, maka bagaimana pula seorang muslimah di hadapan ratusan lelaki yang celik matanya? Walaupun mereka semuanya berhijab nanti, tapi tentunya dengan perhiasan-perhiasan yang berlebihan serta pakaian yang cantik akan memukau penonton yang melihat. Tentunya lenggak lengguk si penari akan mengiurkan mata-mata yang melihat dengan pandangan hati yang bernafsu! Tegarkah kamu jika kamu melihat wanita seaqidah denganmu dijadikan begitu rendah nilainya sehingga dipertontonkan sekian rupa?’

Dia masih bisu. Terpukul dengan kata-kata Humaira yang bagaikan panah yang tajam mengenai kalbunya. Dia tahu itu semua! Dia tahu! Tapi apa yang boleh dia buat untuk menangkis kehendak rakan muslimahnya sendiri yang sangat beriya-riya untuk menari. Mereka sendiri sangat seronok untuk memasuki acara itu. Bagaimana dia dapat menghalang mereka?

Dengan penuh kekuatan dia menjawab lemah, ‘ Apa yang saya perlu lakukan sekarang Humaira?’

Dengan tenang Humaira menjawab. ‘Kamu sudah tahu peranan kamu dan kamu tahu perkara itu adalah salah. Maka lakukan sesuatu untuk mengelakkannya berlaku!’

Humaira berlalu pergi bersama teman-temannya, meninggalkan dirinya termangu-mangu berfikir sendirian. Dia malu pada Humaira, wanita Turkey yang baru sahaja mengenakan busana muslimah setahun dua, yang baru mengenali Islam, lalu mengamalkan Islam sepenuh hatinya. Bagaimana dengan dirinya? Dirasakan ilmunya hanya berputar di buku nota dan bibirnya semata.

Dia memandang langit yang hitam pada malam hari itu.

Ya Rabb! Berikan hatiku cahaya untuk melihat kebenaran dan kekuatan untuk berkata-kata di hadapan sahabatku …..

Dia faham, sahabar-sahabatnya sangat berbakat dalam bidang kesenian. Dia tahu mereka mahu mengekspresikan diri mereka dalam tarian itu. Bila lagi masanya untuk menunjukkan potensi diri jika bukan di dalam majlis yang hanya setahun sekali dibuat itu? Dia menyandarkan diri di balik dinding. Mengeluh panjang… Bukankah dahulu ada orang mencadangkan untuk diadakan ‘Pesta Makanan Malaysia’? Pesta yang tentunya tidak akan menimbulkan konflik yang berlaku seperti di saat itu. Tentunya lebih seronok. Di samping pesta makan, tentu sahaja dapat dibuat pameran-pameran, petunjukkan yang ringan, dan juga tayangan video tentang Malaysia. Tentu majlis akan lebih terpelihara dan mengurangkan fitnah. Dia pun terfikir mengapa anjuran itu tidak dijalankan?

Dia pernah terbaca sebuah hadis yang berbunyi, “Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan nama yang lain dan kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu ke dalam bumi.” Riwayat Ibn Majah.

Akukah yang membiarkan umat Islam itu dilalaikan dengan muzik dan juga nyanyian wanita?

“Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.” Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

Akukah yang membenarkan wanita-wanita itu memakai pakaian yang berlebihan? Membenarkan mereka bermake-up berlebih-lebihan? Dan membenarkan mereka mencantikkan wajah dan tubuh mereka di hadapan lelaki bukan ajnabi mereka?

“Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” Riwayat Bukhari dan Muslim.

Akukah yang menjadi punca maksiat kepada umat Muslim di sini? Akukah yang membenarkan mereka memperlakukan diri mereka sesuka hati tanpa teguran?

Sabda Nabi SAW, “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan.”

‘ Bagaimana ustaz nak buat? Pening kepala ana ini ustaz.’

‘Tak apa Dany. Yang sudah itu biarkan. Yang penting sekarang kene berikan kefahaman kepada rakan-rakan tentang Islam. Apabila seseorang itu faham tentang Islam, tentu dia bangga dengan Islam dan mahu beramal dengan Islam. Tentu tak perlu cakap pun, dia tahu, kalau majlis yang bercampur lelaki perempuan itu salah. Tentu dia merasa malu malah berdosa jika dia melakukan persembahan di hadapan lelaki yang bukan muhrimnya. Yang penting kena tanamkan iman, kene berikan kefahaman. Kita tidak boleh paksa orang mengikuti Islam tanpa dia merasai manis dan indahnya Islam itu. Apa yang terjadi pada umat Islam sekarang adalah kerana jahilnya mereka tentang Islam bukan kerana jahatnya hati mereka! Kene suburkan iman dan taqwa di hati sahabat-sahabat. Ustaz tahu susah untuk Dany, tapi insyaallah, jika dimulakan sekarang, lama-kelamaan orang akan sedar juga.’

Dany mengangguk setuju, menelan air liur yang kelat. Dia tahu perjalanannya sukar. Tidak ramai orang sukakan usrah, tidak ramai juga suka akan program-program keagamaan. Tapi sepertinya juga, jika seseorang itu faham Islam, dia akan mampu mengubah seluruh dunia ini, malah dia akan meninggalkan segala perkara bukan Islam dan benar-benar meletakkan cintanya kepada Allah semata-mata!

‘Dany, ko ada dengar cerita tak?’ Rahim bertanya kepadanya seusai dia menamatkan perbualannya dengan ustaznya itu.

‘Apa dia?’

‘ Dengarnye, diorg nak buat belly dancing untuk dinner tahun ni.. Pergh.. gile betul!, dah nak jadi ape aku pun tak tau!”
Dia merasakan seolah-olah langit menghempap berat mukanya ketika itu. Dia merasakan mindanya berputar-putar dengan hebat. Ya Allah, apa sudah terjadi?

Yang dia ingat di tika itu, matanya berpinar-pinar. Terasa gelap seluruh pandangannya. Terasa sakit seluruh sendinya di saat bertemu lantai batu yang sejuk. Dan dia masih ingat Rahim terus menerus memanggil namanya. Tapi dia tak mengerti apa perkataan sahabatnya setelah itu…

Buat sahabat seperjuanganku, jangan gentar dan goyah dalam menegakkan yang hak. Jahiliyah pastikan runtuh dan al-haq pasti akan tertegak! Ujian dan rintangan akan sering menghambat kita, namun tegarlah bersama al-haq, dan peganglah tali Allah dengan sekuat-kuatnya. Nescaya kamu akan sentiasa dibimbing olehNya, Insyaallah!

‘Barangsiapa yang engkar kepada Taghut dan beriman kepada Allah, maka sungguh dia berpegang terus pada tali yang sangat kuat yang tidak akan putus’. (2:256)


Warkah dari anak..

Ibu…
Orang kata aku lahir dari perut… ibu…
Bila dahaga,yang susukan kau…ibu
Bila lapar,yang suapkan kau…ibu
Bila keseorangan,yang sentisa di sampingku…ibu
Kata ibu perkataan pertama yamg aku sebut…ma!
Bila bangun tidur,aku cari…ibu
Bila nangis,orang yang pertama datang…ibu
Bila nk bermanja..aku dekati ibu
Bila nak bergesel…aku duduk sebelah ibu
Bila sedih yang boleh memujukku…ibu
Bila nakal yang memarahi aku…ibu
Bila merajuk…yang memujukku cuma ibu
Bila melakukan kesalahan yang paling cepat marah…ibu
Bila takut yang tenangkan aku…ibu
Bila nak peluk aku suka peluk… ibu


Aku selalu teringatkn….ibu
Bila sedih aku selalu telefon…ibu
Bila seronok…orang pertama yang aku nak beritahu...ibu
Bila bengang aku suka luahkan pada…ibu
Bila aku takut aku selalu panggil…ibuuuuuu..!!!!
Bila sakit orang paling risau adalah…ibu
Bila nk exam orang paling sibuk juga…ibu
Bila merajuk yang dating pujuk aku jugak…ibu
Bila buat hal yang marah aku dulu…ibu
Bila ada masalah yang paling risau…ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ini…ibu
Yang selalu masak makanan kegemaran aku…ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang2 aku…ibu
Yang selalu berleter dekat aku…ibu
Yang selalu puji aku..ibu
Yang selalu nasihat aku…ibu
Bila nak kahwin…
Orang pertama yang aku tunjuk dan rujuk…ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri…
Bila seronok…aku cari pasanganku…
Bila sedih…aku cari ibu…
Bila berjaya…aku ceritakan pada pasanganku….
Bila gagal…aku ceritakan pada ibu…
Bila bahagia…aku peluk erat pasanganku…
Bila berduka…aku peluk erat ibuku…
Bila nak bercuti…aku bawa pasanganku…
Bila sibuk…aku hantar anak ke rumah ibu…
Bila sambut valentine..
Aku hadiahkan bunga pada pasanganku…
Bila sambut hari ibu…
Aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu…
Selalu…aku ingat pasanganku…
Selalu…ibu ingat dekat aku….
Bila-bila aku akan telefon pasanganku…
Entah bila aku nak telefon ibu…
Selalu…aku belikan hadiah untuk pasanganku…
Entah bila…aku nak belikan hadiah untuk ibu…

Renungkanlah….
Kalau kamu sudah habis belajar dan bekerja…
Bolehkah kau kirim wang untuk ibu????
Ibu bukan nak banyak…
50 ringgit sebulan pond dah cukup…
Berderai airmataku hari ini kalau ibu mahu 500 sebulan pun kau mampu…
Aku boleh kirimkan…
Tapi….
Ibu sudah tiada…
Aku tidak berkesempatan lagi…
Bukan 50 ringgit…50sen pun tidak sempat aku kirimkan…
Hanya yang termampu Al-Fatihah….Al-Fatihah….Al-Fatihah…..



Pantun Melayu



Itik Tok Ti, itik Tok Tanjung,
Buah nanas santan tempoyak;
Adik putih mengelek buyung,
Kacip pinang bagi sepiak.

Jangan tebang pinang tinggi,
Takut kena junjung sirih;
Jangan kacau tunang kami,
Takut kena hujung keris.

Kacip baling ke bulan,
Bintang tidak meninggi hari;
Saya ke mari menghadap tuan,
Tuan nak tolak ke mana lagi.

Kain batik baju pun batik,
Batik datang dari Jawa;
Adik cantik abang pun cantik,
Macam pinang dibelah dua.

Pucuk pauh asam pun pauh,
Pokok pinang condong ke barat;
Adik jauh abang pun jauh,
Kalau rindu tulislah surat.

Pulau Pinang laut keliling,
Beli baju dari barat;
Sirih pinang boleh ku kirim,
Hati rindu apa ubat.

Sapu tangan tepi berkelim,
Jahit baju benang berombak;
Sirih pinang dapat dikirim,
Rindu dendam siapa nak bawak.



Pantun - Mari Menutupi Aurat


Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk serkap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun ‘make up’.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.

Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung.

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak “Make Up” biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.
Syaitan sangat suka lah hati ,

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
C u m a saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh besok mulai.


Related Posts with Thumbnails

Anniversary Cik Myla ♥

Daisypath Anniversary tickers