Teknik Belajar PQRST



Belajar Cara Sistem PQRST


Sistem PQRST adalah suatu cara yang diperkenalkan oleh EL Thomas dan Ha Rabinson dalam buku mereka yang bertajuk "Improving Reading In Every Class". Berikut adalah lima item yang menjadi tunjang sistem ini.

(a) Preview ( mengimbas Tajuk-tajuk Penting )
Dalam item ini pelajar disarankan agar melihat tajuk utama dalam sesuatu bab dan seterusnya melihat tajuk-tajuk kecil yang menjadi rangka dalam menggambarkan maklumat atau isi penting dalam keseluruhan bab.

(b) Question ( Menyoal )
Daripada rangka ini, bina soalan yang boleh membantu anda mencari isi penting. Dengan cara ini anda boleh mengingati sesuatu dengan lebih jelas.
(c) Read ( Membaca )
Membaca sesuatu tajuk akan menjadi lebih bermakna kerana setiap ayat menjawab soalan anda sendiri dari rangka topik
(d) Self-Recitation ( Menyebut Satu Persatu )
Apabila anda sudah membaca, anda perlu mencatat atau melakar sesuatu gambarajah berkaitan dengan apa yang difahami. Kemudian baca isi penting itu semula tanpa melihat nota yang telah anda catatkan.
(e) Test ( Ujian )
Untuk memastikan anda sudah memahami dan mengingati fakta sebaiknya, anda perlu membuat penilaian kendiri. Dua cara boleh dilaksanakan iaitu melaksanakan ujian-ujian tahun lepas tanpa melihat rujukan dan menggunakan teknik soal jawab dengan bantuan rakan.

Zodiak & Makanan Kegemaran



Pisces: Kamu suka menu makanan siang yang banyak mengandungi air dan sebelah malamnya pula kamu gemar menikmati makanan-makanan berminyak dan bersos.


Aries: Kerana terlalu sibuk beraktiviti, kamu tidak berkesempatan memikirkan soal makan. Kebiasaannya kamu akan makan setelah perut mu benar-benar lapar atau berbunyi-bunyi sebagai isyarat bahawa telah tiba waktu makan.


Taurus: Aroma masakan sering membuat kamu tidak dapat menahan selera makan mu. Kamu rela menghabiskan waktu yang agak lama untuk benar-benar menikmati makanan kegemaran mu!


Gemini: Bijak berkomunikasi dan gemar bercakap. Ketika mulut penuh dengan makanan pun tetap bercakap. Bagi kamu, makan boleh berhenti tapi bercakap harus diteruskan!


Cancer: Disebabkan sikap mu yang sukar untuk diramal secara tidak langsung membuatkan jadual pemakanan mu berubah-ubah. Kamu makan sesuka hati ada kalanya kamu hanya makan dua kali dalam sehari.


Leo: Kamu amat menggemari makanan-makanan mewah. Oleh itu kamu sukar untuk mengikut jadual diet mu. Kamu hanya menyukai makanan tertentu dan terus membenci makanan-makanan yang tidak tergolong dalam kategori makanan kegemaran mu.


Virgo: Bentuk badan sempurna penting bagi kamu. Kamu sering memeriksa label nutrien yang terdapat pada bungkusan makanan yang kamu pilih. Kamu gemarkan makanan yang sempurna dan semula jadi. Kamu tidak suka makanan ringan!


Libra: Sikap ideal kamu ada kalanya menjadikan kamu agak kaku. Setiap kali makan kamu inginkan hidangan itu disajikan dengan cantik, kemas, bersih dan sempurna. Hanya disebabkan sedikit kesalahan, ia akan turut memberi kesan kepada emosi mu. Kamu suka makan berlama-lama kerana setiap suapan yang masuk ke mulut mu akan kamu nikmati sepenuhnya.


Scorpio: Misteri dan membingungkan, itulah keperibadian mu. Makanan yang kaya dengan rempah-ratus menjadi kegemaran mu. Kamu tidak risau mengenai berat badan kerana kamu percaya bahawa ghairah hidup yang menyala-nyala akan turut membakar lemak di dalam tubuh mu.


Sagitarius: Kamu memang gemarkan cabaran. Malah makanan kegemaranbiasanya lain dari yang lain. Kamu gemar mencuba sesuatu resipi yang baru kerana kamu memang gemarkan kelainan.

Capricorn: Kamu adalah individu yang berwawasan dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh. Kamu suka makan secara bersederhana dan mengambil makanan mengikut jumlah yang diperlukan sahaja. Kamu juga hanya setia kepada sesuatu produk makanan sahaja.


Aquarius: Individu di sekeliling mu ternyata menyukai sikap mu yang gemar berjenaka. Sekiranya menghadiri pesta atau jamuan tertentu kamu sering memilih makanan yang tidak menjadi favourite para tetamu yang hadir. Kamu juga dikategorikan sebagai individu yang gemar mencuba. Ada kalanya masakan yang kamu cuba agak pelik dan tidak pernah dibuat orang!

ABC dalam kehidupan




A : Adil pada

B : Beranikan diri

C : Cekalkan hati

D : Derma selalu

E : Elakkan pertelingkahan

F : Fikir sebelum bertindak

G : Gembira selalu

H : hormat orang tua

I : Ingat akan tuhan

J : Jangan berdusta

K : Kasih akakn semua

L : Lemah lembut amalan semua

M : Makan makana seimbang

N : Nafsu jangan dituruti

O : Oh ! pamerkan kesempurnaan

P : Pentingkan kesihatan

Q : Qualiti dalam kerjaya dan tugas

R : Rajin berusaha

T : Tanamkan sifat bekerjasama

U : Utamakan alam sekitar

V : Variasikan pengalaman

W : Wajibkan amalan membaca

X : X ray diri sendiri

Y : Yakin pada diri sendiri

Z : Zalim jangan sekali


Uniknya Matematik

Mula-mula, tetapkan dalam seminggu berapa kali anda ingin makan malam di restoran.

- Darabkan dengan 2

- Tambah 5

- Darabkan dengan 50 .

- Jika tarikh lahir anda tahun ini sudah lepas tambah 1758..... jika belum tambah 1757

- Kiraan terakhir:

-Tolak tahun anda dilahirkan.
(contoh.: 1941, 1973, dsb.).


Jawapan anda sekarang adalah dalam tiga digit nombor


- Digit pertama dari 3 digit tersebut: Adalah jumlah nombor yang anda ingin makan malam di restoran dalam seminggu.

- 2 digit terakhir memberitahu anda UMUR Anda...

Kisah Seekor Belalang

Renungkan sama-sama sahabat...

Andaikan aku seekor belalang yang telah lama terkurung dalam sebuah kotak. Suatu hari aku berhasil keluar dari kotak yang mengurungku tersebut.Dengan gembira aku melompat-lompat menikmati erti kebebasan. Dalam perjalananku, aku bertemu dengan seekor belalang. Namun aku keheranan mengapa belalang itu bisa melompat lebih tinggi dan lebih jauh dariku. Aneh.

Dengan penasaran aku menghampiri belalang itu, dan bertanya,
“Mengapa kau bisa melompat lebih tinggi dan lebih jauh, padahal kita tidak jauh berbeda dari usia ataupun bentuk tubuh ?”.

Belalang itu pun menjawab dengan satu rangkap pertanyaan,
“Dimanakah kau selama ini tinggal? Kerana semua belalang yang hidup di alam bebas pasti bisa melakukan seperti yang aku lakukan”.

Saat itu aku ibarat si belalang yang baru tersadar bahawa selama ini kotak itulah yang membuat lompatan aku tidak sejauh dan setinggi bebelalang lain yang hidup di alam bebas.Tapi.. aku sebenarnya seekor belalang ke?


Renungan :

Kadang-kadang kita sebagai manusia, tanpa sedar,pernah juga mengalami hal yang sama dengan belalang. Lingkungan yang buruk, hinaan, trauma masa lalu, kegagalan yang beruntun, perkataan teman atau pendapat tetangga, seolah membuat kita terkurung dalam kotak sempit yang membatasi semua kelebihan kita.

Lebih sering kita mempercayai mentah-mentah apapun yang mereka sogokkan kepada kita tanpa pernah berfikir apakah benar kita separah itu? Bahkan lebih buruk lagi, kita lebih memilih mempercayai mereka daripada mempercayai diri sendiri.

Tidakkah Anda pernah mempertanyakan kepada nurani bahwa kita bisa “melompat lebih tinggi dan lebih jauh”

Tidakkah kita mahu menyingkirkan “kotak” itu?

Tidakkah kita ingin membebaskan diri agar kita bisa mencapai sesuatu yang selama ini kita anggap diluar batas kemampuan kita?

Beruntung sebagai manusia, kita dibekali Allah kemampuan untuk berjuang, tidak hanya menyerah begitu saja pada apa yang kita alami. Kerana itu teman, teruslah berusaha mencapai apapun yang kita ingin capai. Sakit memang, lelah memang, tapi bila kita sudah di puncak, semua pengorbanan itu pasti akan terbayar. Kehidupan kita akan lebih baik kalau hidup dengan cara hidup pilihan sendiri. Bukan cara hidup seperti yang mereka pilihkan untuk Anda.

Jom melompat lebih tinggi dan lebih jauh !



35 Petua Pelajar Cemerlang

( DR. FADZILAH KAMSAH )

PELAJAR CEMERLANG AKAN
Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut
Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

a) kita ingat 10% apayang dibaca
b) kita ingat 20% apa yang didengar
c) kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
d) kita ingat 70% apa yang dicakapkan
e) kita ingat 90% setelah dipraktikkan

1. Belajar secara aktif dengan pen/ pensil ditangan
2. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu ( tidak termasuk kerja rumah )

3. Belajar dalam persekitaran kondusif
a) pastikan cahaya adalah terang
b) kurangkan gangguan bunyi
c) tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
d) tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
e) kerusi dan meja menghadap kiblat
f) janagan lupa untuk senyum

4. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan
5. Mengulang kaji menggunakan kaedah output learning iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku / nota, ingat kembali, lakar / tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan

6. Tahu teknik merangsang memori:
a) memasukkan maklumat dalan memori ( registration )
b) menyimpan maklumat dalam sel memori ( retention )
c) mengingat kembali ( recall )
d) menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain ( application )

7. Sentiasa awal dan mendahului
a) persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru
b) pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya
c) belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan

8. Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar
9. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru

10. Mempunyai teknik membaca yang betul
a) duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
b) memberikan tumpuan sepanuhnya
c) menggunakan jari telunjuk untuk membaca
d) menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

11. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas
12. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan
13. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih
14. Mengadar rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji
15. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri ( study according to your biologicl clock ).
16. Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas,selepas baca al-quran / zikir selepas riadah dan selepas berdoa
17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar ( kita akan lupa 80% selepas belajar )
18. Mengulang kaji secara persendiran atau berkumpulan
19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa

22. Tahu petua mengulang kaji
a) cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
b) siapkan semua ?bekalan? dengan sempurna
c) duduk tegak dikerusi yang selesa
d) baca doa penerang hati
e) baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
f) fikir dan ingat kembali isi utama
g) catat / lakar
h) semak semula ketepatan maklumat
i) ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
j) buat rumusan
k) jawab soalan
l) tampal maklumat yang rumit di dinding
m) baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya

24. Tahu petua-petua agar tidak lupa
a) jangan makan kepala ikan
b) jangan makan organ dalaman
c) jangan minum semasa makan
d) jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
e) jangan melihat kemaluan
f) jangan melihat buih
g) jangan membaca nama pada batu nisan
h) banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
i) banyakkan makan kismis, kurma dan madu
j) banyakkan makan kekacang
k) pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
l) jangan makan sehingga terlalu kenyang
m) jangan kencing berdiri

25. Tahu kemahiran mengingat
a) tampal nota-nota penting di dinding
b) tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
c) gunakan kaedah akronim
d) reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
e) pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil

26. Cekap mengatur jadual belajar
a) mempunyai jadual belajar
b) patuh kepada jadual
c) buat jadual yang boleh diikuti

27. Tidak menangguh belajar disaat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar
28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak di ketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif
29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar
30. Menggunakan masa terluang untuk mengulangkaji atau mencuri masa
31. Membawa nota kemana-mana sahaja ( kecuali ke tandas )
32. Pelbagaikan tempat belajar
33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya

35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
a) taat kepada Allah
b) mendirikan sembahyang
c) menghormati kedua ibu bapa dan setiasa mendoakan mereka
d) hormati & sayangi guru
e) bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untukmencapai kecemerlangan
f) suka pada setiap mata pelajaran yang disukai
g) membantu rakan yang memerlukan
h) berdoa dan bersyukur kepada Allah
i ) sentiasa bertawakal
j) mahir dalam setiap mata pelajaran

Menjaga mental yang baik



1. Luahkan / kongsi masalah dengan orang lain

2. Luaskan pergaulan

3. Bertemu semula dengan kawan-kawan lama

4. Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti, persatuan dan kelab

5. Membaca. Penuhi waktu sebaik-baiknya

6. Berkongsi hobi atau kegemaran dengan keluarga, sanak saudara, jiran dan kawan

7. Jaga kesihatan diri

8. Bersenam selalu

9. Makan makanan yang seimbang dan minum air yang banyak

10. Lakukan aktiviti-aktiviti bersama keluarga.Eratkan ikatan kekeluargaan

11. Bersiar-siar, menonton wayang,makan di luar

12. Pastikan diri sentiasa ceria/gembira

13. Berbincang mengenai permasalahan keluarga/isu-isu semasa

14. Bersikap realistik tentang perubahan di dalam pelbagai aspek


Surat Seorang Guru


16 Mei adalah Hari Guru. Memang sudah sewajarnya satu hari diperuntukkan sebagai mengingati dan mengenang jasa guru-guru yang telah banyak berkorban masa dan tenaga demi mendidik anak-anak menjadi insan yang cerdik pandai serta berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Ada waktunya guru lebih banyak menghabiskan masa di sekolah dan bersama anak murid dibandingkan dengan waktu mereka di rumah atau bermesra dengan anak dan kaum keluarga sendiri. Inilah guru yang bagai lilin membakar diri tetapi adakalanya khidmat ini bagai tidak dihargai.

Seringkali ibu bapa tidak puas hati jika anak dimarahi atau didenda oleh guru, lantas mengambil tindakan melulu tanpa cuba mencari atau memahami punca yang sebenar. Sebarang tindakan atau teguran guru tentulah ada sebabnya. Justeru, ibu bapa janganlah cepat melatah dengan menyalahkan guru tanpa menyelidiki adakah anak-anak mereka baik tingkah laku, patuh pada guru dan peraturan sekolah. Harus diingatkan anak-anak lebih lama berada bersama keluarga di rumah berbanding di sekolah. Guru juga mempunyai tanggungjawab mengawasi ratusan pelajar. Perhatian mereka tidak boleh tertumpu kepada individu tertentu sahaja.

Berapa ramaikah antara anak-anak murid yang telah dididik oleh guru-guru akan mengingati jasa guru? Berapa ramaikah yang masih sudi berhubung telefon, berkirim salam dan mengirim kad ucapan pada hari lahir atau hari perayaan? Guru tidak mengharapkan ini semua. Namun sebagai insan yang berbudi bahasa dan mengenang jasa tidak ada salahnya sekali sekali kita menghargai guru pada waktu-waktu tertentu

Doa dan harapan agar para guru akan terus gigih berbakti dan dapat menempuhi segala kepayahan yang datang bersama tugas. Sesungguhnya kita semua telah dapat membuktikan hujan atau panas, susah atau senang, segala rintangan tetap tabah dihadapi dan dilalui. Rintangan tidak mematahkan semangat meneruskan bakti


Panduan Mengatasi Kegagalan Dalam Exam


Perunding motivasi, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad, berkata pada asasnya, ada empat asas kegagalan pelajar dalam peperiksaan iaitu gagal mencapai kecemerlangan (keseluruhan A) biarpun sudah berusaha gigih, gagal kerana langsung tidak berusaha, gagal dalam akademik tetapi cemerlang di bidang lain seperti sukan dan gagal kerana disengajakan untuk menunjukkan protes terhadap sesuatu.

Berikut panduan yang boleh direnung untuk mengatasi kegagalan dalam peperiksaan: Pelajar perlu jujur dan ikhlas dalam menganalisis punca kegagalan berkenaan. Jangan menyalahkan orang lain, sebaliknya tanya pada diri sendiri punca kesilapan.

Jika pelajar mengalami kegagalan biarpun sudah berusaha gigih, ia mungkin berkaitan dengan sikap terlampau yakin yang mendorong kepada kecuaian ketika menjawab soalan.

Jika mengalami kegagalan dalam peperiksaan yang berkaitan dengan kesilapan teknik menjawab soalan, pelajar perlu mengikuti lebih banyak kem motivasi dan cara menjawab soalan dengan betul.

Pelajar terutama remaja perlu belajar untuk menerima kegagalan dengan hati yang terbuka kerana jika enggan menerima kenyataan berkenaan, ia boleh mendorong remaja untuk melakukan perkara di luar kewarasan fi kiran.

Belajar untuk terima sesuatu kegagalan berkenaan sebagai batu loncatan untuk lebih berusaha pada masa depan dan bukan menjadikannya sebagai batu halangan untuk berjaya.

Belajarlah daripada kesilapan yang dilakukan. Sempena tahun baru ini, tanamkan azam untuk mula berusaha dari awal tahun lagi dan bukan menunggu untuk mengulang kaji pelajaran pada saat akhir.

Sebagai insan biasa, kita tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan. Kita perlu menerima hakikat bahawa boleh berusaha sedaya upaya tetapi akhirnya terserah juga kepada Tuhan untuk menentukannya.

Tidur yang terlarang

Telah menjadi kebiasaan masyarakat di negara ini khususnya segelintir golongan muda, apabila datangnya hari hujung minggu pasti akan bangun tidur lambat. Sebab malamnya asyik dipenuhi kegiatan-kegiatan membuang masa dengan borak-borak kosong, lepak, merempit dan macam-macam lagi aktiviti yang kurang sihat. Tapi ada juga yang mencari rezeki halal.

Bila esoknya matahari dah terpacak pun masih tidak mahu bangkit dari kesedaran. Lebih-lebih lagi kalau yang tiada aktiviti pada hari itu, apalagi... .. disambung dengan aktiviti terlampaulah - tidur. Ada pula yang sepanjang harinya asyik berkepit dengan perempuan bantal peluk busuk. Hanya bangun semata-mata untuk ke tandas atau membesarkan otot perut sahaja.

Orang-orang yang berakal amat tidak menyukai mereka yang hidupnya hanya dihiasi dengan aktiviti tidur sahaja sepanjang hari dan suka tidur pada waktu-waktu yang terlarang. Ini kerana dipercayai boleh menyebabkan:

1) Akal menjadi lemah
2) Pengamal tidur terlarang ini akan mengalami kegoncangan dan gangguan saraf.
3) Otak cepat dungu/bebal
4) Tubuh badan menjadi lemah
5) Suburnya sikap pemalas
6) Tiada adab

Jika diperhatikan, apabila sering mengamalkan tidur yang terlarang ini mungkin otak akan mengalami rasa bingung seketika dan tidak dapat membezakan adakah waktu tersebut adalah pagi atau senja.
Dipandang dari sudut akhlak, ianya menggambarkan keperibadian seseorang itu tidak terurus, pemalas, kurang adab pada diri dan orang ramai serta membuang masa.
Apabila diamalkan secara 'istiqamah', maka kemungkinan besar akan terjadinya penyakit gila. Dan cepat mati - tahu-tahu dah sampai umur ajalnya (masa hidup terasa pendek). Na'udzubillah.
Antara tidur yang dilarang adalah:

1) Tidur selepas Subuh iaitu pada awal-awal pagi (rezeki mahal).
2) Tidur selepas Asar.
3) Tidur selepas Maghrib
4) Tidur di bawah cahaya matahari walaupun hanya sebahagian daripada badan terkena cahaya matahari.
5) Tidur dalam majlis ilmu (kurang sopan)
6) Tidur dalam solat (ini kurang ajar)
7) Tidur dalam tandas (ini pun ada?)
8) Tidur yang terlalu banyak.

Amalan yang mulia dari pandangan para solihin adalah dengan mengurangkan tidur supaya banyak masa dapat diluangkan dengan ibadah dan aktiviti-aktiviti berfaedah.
Tips kurangkan tidur - KURANGKAN KANDUNGAN DI PERUT!

p.s. Tidurlah sekadar yang mencukupi untuk keperluan jasmani kita berehat.



Posisi tidur menurut Islam dan Sains




Diriwayatkan daripada Barra2 bin ' Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن ...
Maksudnya: "Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)

Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidor dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-

Tidur dengan meniarap

Dr Zafir al-Attar berkata:
"Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. "

Pengkaji dariAustralia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.

Majalah ' Times ' telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.

Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w. Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: "Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.." (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: "Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam." (Hr Ibnu Majah)

Tidur menelentang

Dr Zafir al-Attar berkata:
Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngya rahang bawah.

Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.

Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya menyebabkan radang.

Tidur mengiring ke kiri

Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua.. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.

Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri

Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.

Tidur yang terbaik

Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.

Rujukan: Mausuah al-I ' jazil Qurani Fil Ulum wat Tib wal Falak oleh Dr Nadiah Toyyarah, Musnad Imam Ahmad dan kamus
.

Koleksi Poster Anti Dadah











Seni Khat & Kaligrafi











Related Posts with Thumbnails

Anniversary Cik Myla ♥

Daisypath Anniversary tickers