Pengorbanan Guru

Aku seorang guru di sebuah sekolah kluster di Sabah. Cita-citaku dulu menjadi seorang doktor tapi takdir telah menentukan, aku pasrah. Aku telah menjadi guru selama sebulan selepas sahaja aku habis menuntut di Maktab Perguruan Gaya. Mulai saat itu, aku bertekad mengajar anak didiku sehingga berjaya seperti mana guruku mengajar diriku.

Seperti biasa, aku bertolak ke sekolah seawal pukul 6 pagi. Aku menumpang kereta kawanku yang tinggal serumah iaitu Hani. Aku mengajar di sekolah yang sama dengan dia. Dia tua dua tahun dariku, aku memaggil dia kakak Hani.

Pagi itu aku terpaksa menggantikan guru yang bersalin di Kelas 6 Sri Jerai selama 3 bulan. Disitu aku mengajar subjek Agama Islam.
“ Asslamualaikum, semua” kataku semasa memasuki kelas tersebut.
“ Waalaikumusslam, Ustazah Ani” kata mereka dengan serentak.
“ Baiklah, semua duduk. Ustazah akan menggantikan Ustazah Yani yang cuti bersalin. Saya berharap kamu semua dapat memberikan kerjasama” kataku selepas mereka selesai membaca doa belajar.
“ Baik, ustazah” kata mereka.

Hari ini… aku mengajar mereka tentang nama-nama ALLAH. Alhamdulillah, kelihatannya semua mereka faham. Tapi aku sangat tidak suka perangai Rina yang nakal dan selalu membuatkan orang ketawa.

Pada waktu tengahari, aku mengajar Kelas Tasmik selama sejam. Manakala pelajar tahun 6 menghadriri kelas tambahan kerana tahun ini mereka akan menduduki peperiksaan UPSR yang hanya tinggal 100 hari lagi. Habis saja mengajar aku dan kawanku balik ke rumah dengan menaiki kereta GEN2 berwarna kuning.

Malam tu, kami berdua memeriksa buku pelajar sehingga larut malam sambil menonton rancangan kegemaran.

Hari-hariku berjalan seperti biasa. Tapi perangai Rina semakin menjadi-jadi. Aku sudah tidak tahan. Akhirnya, aku membuat keputusan untuk berbincang dengan guru kelasnya, Lia.
“ Asslamualaikum, apa khabar kak?” kataku untuk memulakan bicara sebelum meyampaikan hasrat hatiku.
“ Waalaikumusslam, alamdulillah sihat. Kamu macam mana pulak?” Tanya pula.
“Alhamdulillah, sihat. kak begini saya jumpa dengan akak nak bincang tentang…” belum sempat aku menghabiskan kata-kataku. Tiba-tiba kakak Lia mencelah.
“ Tentang budak Rina tu. Kamu tak payah cakap dah akak tahu” katanya.
“Eh.. macam mana kakak tahu?” tanyaku lagi.
“ Akak tahulah sebab budak tu masuk bulan ni dah 20 orang guru mengadu tentang dia. Dia memang terkenal dengan kenakalannnya” jawabnya dengan jujur.
‘Masyallah, banyaknya guru mengadu’ kataku dalam hati.
“ Kakak takda lakukan apa-apa untuk mengubah perangai budak tu?” soalku ingin tahu.
“ Dah bermacam-macam idea akak guna tapi tak berjaya. Dia dah berkali-kali jumpa dengan guru kaunseling tapi dia langsung tidak ceritakan masalah dia walaupun di paksa. Dah budak tu macam begitu macam mana akak nak bantu. Akak tak tahu nak buat macam mana lagi, akak dah kekeringan idea. Tapi Rina tu ayahnya orang kaya, memang pelik ” jawab kakak Lia dengan panjang lebar.
Rasa kesian terlintas dihatiku. Perbualan itu berhenti kerana aku harus masuk ke kelas. Petang tu aku dan kawanku pergi ke kedai buku untuk membeli buku mengajar. Sewaktu, mencari buku aku ternampak sebuah buku yang bertajuk ‘Cara Menangani Pelajar Yang Nakal’. Aku terus membayarnya di kaunter bersama-sama buku yang lain.
Selepas solat Maghrib, aku membaca buku tersebut dengan khusyuk. Sambil minum the yang ku buat sendiri. Banyak pengajaran dalam buku tu. Buku tu menceritakan tentang pelajar nakal yang mempunyai masalah di luar sekolah dan selalu membuatkan orang ketawa kerana dia ingin bergembira untuk melupakan masalahnya. Akhirnya, aku tertidur di atas sofa yang empuk itu.
Keesokan harinya, selepas kelas tambahan selesai. Aku meminta Rina berjumpaku di bilik guru.
“Assalamualaikum, Ustazah Ani” katanya.
“ Waalaikumusslam, silakan duduk.Ustazah nak kamu berterus terang jangan terus pendam masalah kamu. Kamu pelajar pintar fikirlah masa hadapan kamu. Ceritalah segala masalah kamu. Insyallah, ustazah boleh” terangku.

Aku lihat wajahnya bertukar sedih. Aku berharap dia ceritakan segalanya.
“Terima kasih ustazah kerana mengambil berat tentang saya tapi saya rasa tak payahlah saya ceritakan pada ustazah” katanya seperti orang yang sangat berdukacita. Aku tidak berputus asa aku terus mencuba.

“ Jangan begitu Rina, selagi kamu pendamkan masalah kamu selagi itu kamu tidak boleh lari dari masalah yang membelenggu kamu. Ingatlah, tidak lama lagi kamu akan menduduki UPSR” pesanku. Aku melihat dengan berat hati dia menceritakan masalahnya kerana dia tahu aku sayang dia.
“ Sebenarnya…. ibubapaku selalu marahkan saya. Saya tidak tahan. Semua yang saya lakukan semuanya salah. Mereka tidak pernah marah pada adik-adik saya. Mereka pilih kasih. Sehinggalah… saya tahu saya anak luarnikah!!! Ibu dan ayah di paksa kahwin oleh orang tua mereka kerana melakukan zina”katanya seperti separuh menjerit. Airmata mencurah jatuh ke pipinya. Aku sangat terkejut dengan apa yang dia katakan.
“ Sabarlah… ini cubaan dari ALLAH” hanya kata-kata itu yang aku dapat ucapkan.

Petang itu selepas semua masalah sudah Rina ceritakan kepadaku. Aku berbincang dengan guru besar, Nazmi. Dia bersetuju akan pergi ke rumah ayah Rina untuk menyelesaikan masalah dan berjanji tidak akan memberitahu sesiapa tentang perkara tersebut. Malam… sudah tiba aku sukar untuk melelapkan mata.

Esoknya…. aku,Hani,Rina dan Nazmi pergi berjumpa dengan ayah Rina, Hanan.
“ Silakan masuk, cikgu” jemput Rina.
“ Terima kasih” kata kami serentak.
Rina memanggil ayahnya. Ayahnya seperti tidak terurus. Nazmi memulakan perbincangan.
“ Assalamualaikum, apa khabar? Maaf menggangu” kata Nazmi.
“ Apa kamu semua mahu” kata Hanan dengan bengis.
“ Kami guru-guru di sini ingin mengambil Rina sebagai anak angkat dan akan dijaga oleh Ustazah Ani” kata Nazmi sambil menunjuk ke arahku.
“ Baguslah tu tak menyusahkan aku. Lagi pun dia tak layak berada di sini” katanya seperti tiada rasa kasih sayang antara anak dengan ayah. Malam tersebut di hadiri dengan rasa sedih. Rina tidur di rumahku. Aku menjaganya dengan penuh kasing sayang. Mulai saat itu ada perubahan yang mendadak berlaku pada diri Rina. Sehinggalah, keputusan UPSR keluar. Dia mendapat ‘5A’ dalam semua subjek. Dia mengucapkan terima kasih kerana sudi menjaganya. Tidak pernah lagi dia memikirkan kisah silamnya sehinggalah dia berjaya ke menara gading.

Cerita ini khas buat Ustazah Sharyaneh & Cikgu Noor Adliah


0 budak Comel:

Related Posts with Thumbnails

Anniversary Cik Myla ♥

Daisypath Anniversary tickers