Surat Seorang Guru


16 Mei adalah Hari Guru. Memang sudah sewajarnya satu hari diperuntukkan sebagai mengingati dan mengenang jasa guru-guru yang telah banyak berkorban masa dan tenaga demi mendidik anak-anak menjadi insan yang cerdik pandai serta berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Ada waktunya guru lebih banyak menghabiskan masa di sekolah dan bersama anak murid dibandingkan dengan waktu mereka di rumah atau bermesra dengan anak dan kaum keluarga sendiri. Inilah guru yang bagai lilin membakar diri tetapi adakalanya khidmat ini bagai tidak dihargai.

Seringkali ibu bapa tidak puas hati jika anak dimarahi atau didenda oleh guru, lantas mengambil tindakan melulu tanpa cuba mencari atau memahami punca yang sebenar. Sebarang tindakan atau teguran guru tentulah ada sebabnya. Justeru, ibu bapa janganlah cepat melatah dengan menyalahkan guru tanpa menyelidiki adakah anak-anak mereka baik tingkah laku, patuh pada guru dan peraturan sekolah. Harus diingatkan anak-anak lebih lama berada bersama keluarga di rumah berbanding di sekolah. Guru juga mempunyai tanggungjawab mengawasi ratusan pelajar. Perhatian mereka tidak boleh tertumpu kepada individu tertentu sahaja.

Berapa ramaikah antara anak-anak murid yang telah dididik oleh guru-guru akan mengingati jasa guru? Berapa ramaikah yang masih sudi berhubung telefon, berkirim salam dan mengirim kad ucapan pada hari lahir atau hari perayaan? Guru tidak mengharapkan ini semua. Namun sebagai insan yang berbudi bahasa dan mengenang jasa tidak ada salahnya sekali sekali kita menghargai guru pada waktu-waktu tertentu

Doa dan harapan agar para guru akan terus gigih berbakti dan dapat menempuhi segala kepayahan yang datang bersama tugas. Sesungguhnya kita semua telah dapat membuktikan hujan atau panas, susah atau senang, segala rintangan tetap tabah dihadapi dan dilalui. Rintangan tidak mematahkan semangat meneruskan bakti


0 budak Comel:

Related Posts with Thumbnails

Anniversary Cik Myla ♥

Daisypath Anniversary tickers