Jom letak link blog korang kat sini



Sekeping nota bisu.




Mulut sahaja menidakkan, tetapi sebentuk warna merah yang dipanggil hati ini begitu dahsyatnya menempelak aku, ibarat mahu memuntahkan kembali sisa sisa yang rancak menipu. Tak tertanggung hingga hampir tersungkur sekali lagi saat embun menitis di gerigi. Mereka mudah-mudah melabel aku sebagai wanita kuat seakan tidak punya apa apa yang kusut. Sedangkan jiwa sendiri ibarat mahu lumpuh menunggu tempoh untuk mati.

Yang menghulur kekuatan luar biasa membantu diri bertatih semula sehingga jarum jam masih lagi berdetik saat ini, terima kasih. Masih cuba berikan senyuman yang terpaling manis pada jiwa jiwa yang mati. Moga baik baik saja dalam jagaan Allah Yang Maha Esa


"Lalu kuberikan nota bisu pada jiwa yang tak tertoleh"





Jari jemari runcing menaip;
Cik Hawa.



Kisah penipu.



Jangan tertipu dengan penipu. Mereka hanya bijak bercucuk tanam tebu di tepian bibir. Masakan mahu menjaga hati nan satu itu? Sudahlah berpura dalam bayang sendiri. Keluar, dan jenguk seketika diri sendiri. Apa aku perbuat ini diterima pada Sang Pencipta diri ini?


Sungguh hebat rasa ini. Sudah berbulan kamu beri, namun rasanya masih kekal utuh. Tidak berganjak dari habuk debu sedikitpun. Tidak terusik oleh angin sedikitpun. Walhal kamu sudah bebas dari segala, yang selayaknya sudah terbang melangit tinggi. Sedang aku zahirnya masih meronta. Tercungap cungap dengan nafas yang sama. 



kau fikir, dengan riang aku bisa tutup segala bicara

kau fikir, dengan lembut aku bisa tutup segala cela
oh, gampang sekali.
kalau begitu, terdiam aku.


jika dibicara mengenai soal hati, jujur kain putih aku beri.



sebab itu aku benci penipu.

Hanya kerana,


kau takkan tahu, dan takkan pernah cuba untuk tahu.

Ya, kau. Manusia berjiwa mati.






Jari jemari runcing menaip,
Cik Hawa.




Puisi dari hati.




Bila aku berusaha sungguh sungguh melupakan sekuat hati,
Saat itu kau menjelma lagi.
Menerjah hadir kembali,
Walau cuma dalam istana kota mimpi.


Terjaga lagi.
Bukan sekali.
Tapi berkali kali.
Cukup bikin hati perit tak tertanggung lagi.


Saat itu hati berbisik sendiri,
Seakan mengerti perasaan hati,
Menjerit merindui sekeping hati yang mereput mati,
Meninggalkan abu yang berlalu pergi.


Memeluk lutut kemas rapi,
Angin malam terus menyelimuti diri,
Tak sehebat hujan membasahi kota bumi,
Tak sekuat titisan air mata tak henti henti.


Merenung kembali cebisan memori.
Kerna dosa diri, kau berlalu pergi.
kerna khilaf diri, kau undur tanpa berpaling lagi.
Dan kerna aku tidak mengerti soal hati,
Semuanya hancur berderai dihanyut ombak sepi.


Aku yang mengejar bayang bayang diri,
Hingga menyakiti hati sendiri.
Biarlah aku begini.
Kerna aku mengerti,
Hukum karma telah diberi,
Tak mampu mengelak menjauh lagi.


Kalau kau bisa berbuat begini,
Mengapa tidak aku, diri sendiri.
Kuatkan hati, tabahkan diri.
Kau pergi mencari cinta yang sejati.
Yang selama ini kau ternanti nanti.
Bukan cinta ini yang keras seperti besi.
Biarlah kau pergi.


Hati berbisik meronta tidak mampu melepaskan pergi,
Tapi aku bukan sesiapa lagi.
Tidak layak mengejar cinta yang kian jauh berlari.
Sungguh aku tak mampu pertahankan lagi.
Dengan rendah diri aku bebaskan kau terbang tinggi.
Biarlah kau pergi.


Allah.. 
Yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.
Bukan aku sengaja mahu lawan takdir yang diberi,
Cuma aku ikhlas merindui,
Pada hambaMu yang takkan kembali berdiri disisi ini lagi.
Biarlah aku sendiri.



Berdoa lagi. 
Tangan didada dekat dengan hati,
Al-Fatihah untuk disana yang tak menanti.
Jaga iman, jaga hati jaga diri.
Maaf segalanya atas apa yang terjadi,
Maaf.. jika namamu masih tersemat rapi di hati.
Maafkan diri yang hina ini.
Entah bila tertidur dalam juraian air mata basi.






 Jari jemari runcing menaip,
Cik Hawa.






Menggamit kerinduan.




Entah mengapa saat ini, aku jadi teringat segala-galanya. Aku rindu EyqaAfiqah. Aku rindu EyraFazira yang dah berabad tahun tidak ketemu. Aku rindu No Ha. Aku rindu DaliniNorozilan. Pokoknya aku rindu kesemua sahabat gila gilaku. Dan daya ingatan aku malam ini begitu hebat. Jangan tanya kenapa dan mengapa. Jujur aku bilang, aku teramat rindu. Aku jauh di sini, berada di sempadan lain yang menjadi tempok pemisah untuk aku ketemu dengan kalian. Memang ya jika disebabkan hal itu. Tapi kalian juga saban hari semakin sibuk atau mungkinkah semakin jauh denganku juga? Moga tidak. Berharap semoga dapat jumpa kesemua sahabatku sebelum melangkah ke alam semester kedua.


Point kedua. Hari itu hari Jumaat. Penghulu segala hari. Ku kira sudah sebulan berlalu. Detik 1256 am. Engkau menegurku di laman sesawang melalui ruangan inbox. Sungguh benar aku amat terkejut lantas tidak terfikir dek fikiran untuk membalasnya kembali. Kaku di situ. Mata tertancap pada skrin di hadapan mata. Segala urat saraf mulai kejang begitu juga dengan mulut yang berperanan untuk berdiam diri. Saat itu aku terlopong dan kukira segala serangga kecil bila bila masa sahaja akan menerobos rakus sehingga tersesat ke dalam rongga tengkukku dan mungkin menemui jalan keluarnya melalui rongga hidungku pula. Aku tidak berfikir panjang, lantas menaip sepantas, selaju mungkin. Maka dengan itu kemesraan mula terjalin. Bergurau senda bagaikan tiada hari esok. Ahhh. Begitu hebatnya penangan rindu asmara yang ku rasakan ingin mengeluarkan kembali sisa sisa makanan kelmarin apabila mengeluarkan kata kata sebegini rupa.


Tahukah kamu mengapa aku mengeluarkan tindakan refleks sedemikian? Kerana suatu masa dahulu aku pernah meminatimu, dan mungkin juga menginginkanmu dalam diam diam begini. Ahh cukup. Sampai di sini sahaja untuk coretan kali ini kerana ku rasakan entry sebelum2 ini terlalu banyak mengenai dirimu. Assalamualaikum.










Rezeki.




Alhamdulillah. Masih diberi peluang untuk menikmati kehidupan di bumi Allah ni. Hari ni saya bangun awal. Entry ni mencatat sejarah kerana belum pernah lagi sepanjang hidup ini menjadi sang blogger untuk mengupdate entry seusai Subuh. Istimewa mungkin. Minggu lepas, saya join satu pertandingan mencipta blog anjuran Kelab Komputer sekolah. Sebenarnya teragak agak. Mungkin masih ramai lagi blogger yang lebih hebat dari diri ini. Tapi apa yang mengejutkan, apabila saya diumumkan naib johan dalam pertandingan mencipta blog tersebut semasa assembly hari Ahad lepas. Blog ni la yang jadi wakilnya. Betul betul tak sangka, blog buruk ni masih diterima. Terima kasih. Tidak mengapa walaupun berada di tempat kedua, yang penting dapat sijil dan pendrive yang kebetulannya memang amat amat memerlukan kehadirannya sejak akhir akhir ini. Setiap kali pergi ke kantin, mesti singgah tengok harga pendrive yang dijual dekat Cyber Cafe. Baru ni harga pendrive 16 gb turun dengan harga hanya RM 40 sahaja. Tapi bila dah dapat yang free punya, jadi rasa takyah beli la kot. Pakai je yang mana ada. 

Terus terang, saya ingat belog Yusri yang menang contest ni. Tapi tak apa. Belog yang menang dalam contest tersebut semua hebat hebat, semua comel comel.

1st winner- Incredible Senorita


Dan inilah hadiahnya. Oh ya, mana datangnya Cadburry hazelnut ni? Okay ni semua hadiah daripada sang blogger jugak.. dari Pyqa! Siap letak bling bling lagi kat atas cadburry tu. Kita dapat sebab tolong decorate dia punya belog. Wahai cik adik yang manis dan comel, saya buat dengan seikhlas hati saya dan kebetulan hari tu memang free, bukan mengharapkan sebarang ganjaran. Tapi dah dapat ni.. inilah dikatakan rezeki. Rezeki jangan ditolak, right? Hahahaha. Terima kasih, Pyqa comel! 

♥ Uhubbukifillah 

Selamat hari lahir. Moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan moga berada di bawah lindungan Allah SWT hendaknya. Amin.

PERINGATAN DIRI



Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..


"Iman, Kamu Cuti hari Ini..?"



Iman :Assalamualaikum.

Diri : Waalaikumussalam. Oh,Encik Iman! Saya rasa dah dua tiga minggu kamu tak datang ke pejabat. Kamu cuti ke?

Iman :Apa pulak cuti bos. Saya kan diberikan cuti.

Diri :Oh ye,lupa. Itu la, saya ingatkan segala urusan akan lebih terurus dan keuntungan syarikat akan bertambah lepas ambil En.Nafsu bekerja. Tapi jadi kelam-kabut lak. Lepas terdengar ustaz kat tv berceramah hari itu, saya teringatkan kamu.

Iman :Jadi, saya boleh kembali bekerja la bos? Saya boleh ambik balik jawatan saya dari En.Nafsu?

Diri :Eh,tak boleh,tak boleh,tak boleh! Saya sayang sangat nak pecat En.Nafsu. Walaupun saya terpaksa bayar gaji yang tinggi, tapi dia berjaya menghiburkan saya. (sambil tersenyum..)

Iman :Kalau macam tu, lebih baik saya berundur. (dengan nada sedih)

Diri :Eh,jangan! Tolonglah saya. Saya tak boleh kehilangan kamu. (sambil merayu)

Iman :Tapi bos, kami tak mungkin boleh bersama dalam satu syarikat. Perbezaan antara kami sangat besar. Saya tengok En.Nafsu tu macam anti sangat je dengan saya.

Diri :Aduh, rasa serba salah la pulak saya.(keliru)

Iman :Macam ni la bos. Bos boleh pilih satu je. Bos perlu bermujahadah untuk pecat En.Nafsu, bos.

Diri :Saya tahu. Jauh dalam lubuk hati saya, saya amat memerlukan kamu, En. Iman. Rasa iri hati saya tengok syarikat sebelah ustaz kat sebelah. Mereka boleh maju sebab ada orang macam kamu. Baiklah, saya kena pecat juga En.Nafsu, tak kiralah apa yang berlaku, En.Iman. Saya mahu kamu tubuhkan balik jabatan solat, puasa, zikir, al-qur'an dan apa-apa yang patut.

Iman :Alhamdulillah, syukur sangat. Nampaknya bos dah buat keputusan yang bijak lagi bernas. Kalau bos teruskan prestasi cemerlang ni, saya yakin bos akan dinaikkan pangkat oleh ceo (Allah S.W.T) sebagai muttaqin.


Pengajaran:

Kitalah bos kepada diri sendiri. Dan kitalah yang menguruskan semua tentang diri, makan, minum, pakaian, pelajaran dan pekerjaan. Apa yang penting adalah bagaimana kita menguruskan iman kita (macam planner). Oleh itu, lakukanlah keputusan terbaik dan pilihlah agenda dan aktiviti yang dapat menyuburkan iman. Malahan, jangan sesekali ditendang keluar amalan soleh dan jangan melambai-lambai palit dosa masuk ke dalam diri.


Sumber: Majalah Solusi Isu No.13 (2009)

Cara Betul Memberi Salam



Satu hari tu dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi citer tentang sunnah Rasulallah s.a.w.
Antaranya tentang bab memberi salam.

Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh"

Beri salam - assalamualaikum"
Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Apabila kita berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada ZIZAH ye" contoh lerr...
Bukannya : "Kirim salam kat ZIZAH ye"

Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!

lagi satu... bila bagi salam kena la pendek, "assalamualaikum"...
Bukannya "assalamualaikummmmm"...

Sumber dari email...

Elakkan Sifat Takbur


"Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat walau seberat zarah dari perasaan takbur atau sombong."

(Riwayat Muslim)

Ini diperkuatkan lagi dengan firman Allah SWT yang bermaksud:
"Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hamba-Ku, mereka akan masuk Jahanam sebagai makhluk yang hina-dina."


(Al-mukmin:60)


Berikut adalah tips untuk mengelakkan sifat takbur....

1. Apabila kita berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita. Hal ini kerana kanak-kanak itu belum diberati dosa, sedangkan kita sudah berlarut-larut hampir setiap langkah berbuat dosa.

2. Apabila kita berhadapan dengan orang tua, anggaplah orang tua itu lebih mulia, kerana ia lebih lama beribadah berbanding kita.

3. Ketika kita bertemu dgn orang alim, anggaplah beliau lebih mulia dari kita kerana banyak ilmu-ilmu yang tidak kita ketahui, tetapi beliau mengetahuinya.

4. Jikalau kita melihat orang yang jahil, anggaplah dia lebih mulia daripada kita, kerana dia berbuat sesuatu kesalahan atau dosa kerana kejahilannya sedang kita berbuat dosa dalam keadaan kita mengetahui bahawa itu adalah berdosa.

5. Sekiranya kita bertemu orang jahat, janganlah beranggapan kita mulia atau lebih baik daripadanya, tetapi katakanlah bahawa orang jahat itu mungkin di masa tuanya ia bertaubat, memohon ampun dari perbuatannya. Sedangkan kita sendiri belum tahu bagaimana akhirnya.

6. Sebaiknya apabila kita berjumpa dengan orang kafir, katakanlah dalam hati, bahawa si kafir itu belum tentu kafir selamanya, mungkin akan datang keinsafan padanya, dia memeluk Islam dan semua dosanya di dalam kekafiran dulu diampuni Tuhan, sedangkan kita ini sejak lahir sudah Islam, tetapi dosa terus dikerjakan juga dan balasan pahala belum tentu lagi.



Nelayan Mukmin Dan Nelayan Kafir


Pada zaman dulu, ada dua orang nelayan. Seorang mukmin dan seorang lagi kafir.

Pada suatu hari, kedua-duanya turun ke laut untuk menangkap ikan. Semasa menebar jala, nelayan kafir menyebut nama tuhan berhalanya. Hasil tangkapannya amat banyak.

Berlainan pula dengan nelayan mukmin. Apabila menebar jalanya, si-mukmin itu menyebut nama Allah. Hasilnya tidak ada seekor pun ikan yang tersangkut pada jaringnya.

Hingga ke lewat senja, nelayan mukmin tidak berjaya mendapat sebarang ikan manakala si-kafir itu kembali dengan membawa ikan yang sangat banyak.

Meskipun pulang dengan tangan kosong, namun nelayan mukmin itu tetap bersabar serta redha
dengan apa yang Allah takdirkan.

Si-kafir yang membawa berbakul-bakul ikan pulang dengan rasa bangga dan bongkak.

Malaikat yang melihat keadaan nelayan mukmin ini berasa simpati lalu mengadu kepada Allah.

Allah swt memperlihatkan kepada malaikat tempat yang disediakan olehNya untuk nelayan mukmin itu; iaitu sebuah syurga.

Berkata malaikat :
"Demi Allah, sesungguhnya tidak memberi erti apa-apa pun penderitaan di dunia ini jika dia mendapat tempat di syurga Allah."

Setelah itu Allah memperlihatkan tempat yang disediakan untuk nelayan kafir.

Berkata malaikat:
"Alangkah malangnya nasib si-kafir. Sesungguhnya tidak berguna langsung apa yang dia dapat di dunia dulu sedangkan tempat kembalinya adalah neraka jahannam."


MORAL & IKTIBAR

* Kediaman mukmin adalah di syurga manakala kediaman kafir adalah di neraka.

* Dunia adalah syurga orang kafir.

* Kekayaan dan kemewahan di dunia tidak semestinya berkekalan di akhirat.

* Kesusahan orang mukmin di dunia tidak seberapa jika dibandingkan dengan kenikmatan yang disediakan di syurga.

* Kesenangan orang kafir di dunia tak berbaloi jika dibandingkan dengan azab seksa yang disediakan di neraka.

* Kesenangan atau kesusahan seseorang bukan menjadi kayu ukur bagi keredhaan Allah; yang menjadi penentu ialah keimanan terhadapNya.

* Kesusahan di dunia bukan bermakna Allah tidak menyukai seseorang.

* Begitu juga kemewahan yang Allah berikan kepada seseorang bukan bermakna Allah meredhainya.

* Redha di atas takdir Ilahi adalah sifat mukmin sejati.

* Jangan berputus asa, kecewa atau sedih apabila melihat orang kafir senang dan mewah dalam kehidupan di dunia.

* Keimanan seseorang adalah lebih mahal daripada dunia dan isinya.

Apalah maknanya kemewahan jika tidak mensyukuri dan beriman dengan Allah swt.


Tanda-tanda terkena sihir





Sihir
adalah satu perbuatan
hasad dengki dan sabotaj
melibatkan bantuan jin
dimana seseorang tersebut
meminta bantuan daripada dukun
ataupun pun meminta secara terus
dengan syaitan untuk melaksanakan
hajat buruk mereka.






Jenis-jenis sihir adalah :-


-Sihir Rumahtangga/Perceraian

-Sihir Pengasih/Guna-guna

-Sihir Tipuan Pandangan/Silap Mata

-Sihir Gila

-Sihir Santau

-Sihir Kelesuan Badan

-Sihir Penyakit Anggota Badan

-Sihir Penghalang Pernikahan


Tanda-tanda Terkena Sihir


1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.

2) Badan terasa berat dan malas.

3) Sukar mendapat jodoh.

4) Badan terasa bisa-bisa.

5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.

6) Sukar tidur malam.

7) Sakit pinggang tanpa sebab.

8) Sakit dada bila waktu asar ke atas.

9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.

10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.


11) Bermimpi di tempat tinggi.


12) Bermimpi di tempat yang kotor.


13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.


14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.


15) Bayi kerap menangis.


16) Bunyi guli jatuh di atas syiling.


17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.


18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.


19) Malas beribadat.


20) Nyanyuk ketika usia lanjut.


21) Panas baran.


22) Sikap berubah secara mendadak.


23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.


24) Suka melakukan tabiat buruk.


25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.


26) Kerap keguguran.


27) Gagal melakukan hubungan kelamin.


28) Mengantuk bila dengar al-quran.


29) Bermimpi seram yang menakutkan.


30) Darah haid turun lebih 15 hari.


31) Batuk yang berpanjangan.


32) Selalu ditindih ketika tidur.


33) Kuat berangan.


34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.


35) Nafsu seksual yang melampau.


36) Selalu melihat kelibat di rumah.


37) Terasa diri selalu diperhatikan.


38) Mandul.


39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.


40) Melihat jin secara terus.


41) Sakit mental atau gila.





Sumber : http://rawatsihir.blogspot.com/


Mata siapa yang tidak pernah menangis


Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu,hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah, bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya
loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya, pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut.

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun denganperlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaatminggu lepas saya mengambil keputusanuntuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian, saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar- benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin
menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" Itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya, kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia,yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini
akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar
dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya.
Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang

Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!




TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!




Wassallam



Sumber : http://al-ikhwanbsb.blogspot.com/






Kala Jengking Neraka


Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy", berasal dari anak kala jengking.

Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Maka Malaikat Jibril pun bertanya, "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"

Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari 5 orang, iaitu:

Pertama,
orang yang meninggalkan sembahyang.

Kedua,
orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.

Ketiga,
orang yang derhaka kepada ibubapanya.

Keempat,
orang yang suka bercakap tentang hal dunia di dalam masjid.

Kelima,
orang yang suka minum arak."






Wanita : 10 Jenis Siksaan Menunggumu




Berkata Ali r.a :
"Saya dan Fatimah telah pergi ke rumah Rasulullah s.a.w.
Apabila kami masuk ke rumah baginda maka kami melihat Rasulullah s.a.w sedang menangis, maka saya bertanya kepada Rasulullah:
'Ya Rasulullah Mengapa Rasulullah menangis?"


Rasulullah bersabda: "Aku melihat 10 jenis seksaan bagi wanita
antaranya:


1. Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya dan otak di kepalanya mendidih.

2. Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan dari punggungnya dan minyak dituangkan ke dalam kerongkongnya.

3. Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya dari arah punggungnya dan air kayu zakum dituangkan ke dalam kerongkongnya.

4. Orang perempuan yang digantung dan diikat dua kakinya beserta dua tangannya sampai ubun-ubunnya dan di belit dengan beberapa ular dan kala jengking.

5. Orang perempuan yang makan badannya sendiri dan di bawahnya terdapat api yang menyala-nyala.

6. Orang perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting daripada neraka.

7. Orang perempuan yang berwajah hitam dan dia makan usus-ususnya sendiri.

8. Orang perempuan yang tuli, buta, dan bisu di dalam peti daripada neraka sedang darahnya mengalir dari lubang bahagian badannya seperti hidungnya, telinga, dan mulut. Badannya pula berbau busuk sebab penyakit kulit dan penyakit lepra.

9. Orang perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai, mereka mendapat seksaan sejuta macam seksaan.

10. Orang perempuan yang berbentuk anjing dan beberapa ekor ular dan kala jenking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui dibuburnya dan para malaikat memukuli kepalanya dengan palu mereka dari neraka.


Sebaik saja Fatimah r.a mendengar kata-kata ayahnya itu maka Fatimah pun berkata :
"Wahai ayahku, ceritakanlah padaku apakah amal-amal yang telah dilakukan oleh wanita-wanita tersebut.


Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Wahai anakku Fatimah, adapun Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya, kerana dia tidak mahu menutupi (melindungi) rambutnya daripada dilihat oleh lelaki lain. Iaitu tidak mahu menutup auratnya.


Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya adalah kerana dia suka menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda :
"Sesaorang wanita yang menyakiti suaminya dengan kata-katanya maka Allah SWT akan melebarkan lidahnya di hari kiamat nanti selebar 70 zira dan akan mengikat di belakang lehernya. Seseorang perempuan yang menyeksa suaminya dengan kata-katanya maka Allah SWT melaknatinya maka para malaikat juga melaknatinya."

Dari Utsman r.a. berkata:
"Seseorang perempuan yang mengatakan kepada suaminya dengan berkata "Aku belum pernah melihat kebaikanmu" Maka Allah SWT akan menghapuskan amal kebaikannya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa pada siang hari dan mengerjakan solat pada malam hari.

Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya, adalah kerana dia menyusui anak orang lain tanpa mendapat izin suaminya.

Orang perempuan yang diikat dengan kakinya adalah kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya terlebih dahulu dan tidak mandi hadas besar. Yakni mereka yang tidak mandi bagi membersihkan diri setelah kedatangan haid dan nifas.

Orang perempuan makan badannya sendiri adalah kerana berhias untuk dilihat oleh lelaki lain dan mereka yang suka membicarakan aib orang lain.

Orang perempuan yang memotong-motong badannya sendiri dengan gunting dari neraka adalah kerana dia memasyurkan dirinya dikalangan orang ramai, dengan bermaksud supaya orang melihat akan perhiasannya. Dan setiap orang yang melihatnya akan tertarik kepadanya sebab perhiasan yang dia pakai.

Orang perempuan yang diikat kedua-dua kaki dan tangannya sehingga sampai kepada ubun-ubunnya dan dibelit dengan beberapa ular dan kala jengking adalah kerana dia itu boleh bersolat, puasa, tetapi tidak mahu mengambil wuduk dan ia tidak mahu mengerjakan solat dan tidak mahu juga mandi junub.

Orang perempuan kepalanya seperti kepala babi, dan badannya seperti keldai, adalah kerana dia suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

Orang perempuan yang berbentuk seperti anjng adalah kerana dia itu ahli fitnah dan suka marah kepada suaminya

Abdullah bin Umar berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa:
"Kalaulah semua yang adadi bumi ini berupa emas dan perak, kemudian dibawa oleh seorang perempuan ke rumah suaminya, maka satu hari dengan bangganya dia berkata: 'Awak ini siapa, semua harta yang ada di sini adalah milik aku, engkau tidak mempunyai harta apa-apa pun' . Maka sesungguhnya Allah SWT akan menghapuskan semua amal baiknya walaupun amal itu banyak".

Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Seseorang perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, sesungguhnya dia dikutuk oleh segala yang disinari matahari dan bulan sehingga dia kembali ke rumah suaminya"

Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Apabila seseorang perempuan itu keluar dari rumahnya dengan memperhiaskan dirinya dan memakai wangi-wangian yang harum dan si suami pula membenarkannya, maka sesungguhnya Allah SWT akan membangunkan kepadanya setiap langkah isterinya itu satu rumah dalam neraka"

Thalhah bin Abdullah berkata bahawa dia mendengar Rasulullah bersabda:
"Apabila seseorang perempuan itu sentiasa ber masam muka terhadap suaminya dan menyebabkan suaminya itu susah hati maka sesungguhnya Allah swt memurkainya sehingga dia tidak lagi boleh tertawa di hadapan suaminya atau pun menggembirakan suaminya itu".



Hadith

Hadith : "Daripada Abu Hurairah r.a. katanya:" Seorang Arab Badwi telah membuang air kecil di dalam masjid, lalu orang ramai pun bangun hendak bertindak ke atasnya. Maka rasulullah s.a.w bersabda (yang maksudnya): "Biarkan dia (hingga selesai ia membuang air kecil) dan siramkan sebaldi atau segayung air ke atas kencingnya itu. Sesungguhnya kamu diperintah untuk memberi kemudahan, bukan untuk mendatangkan kesusahan." Riwayat al-Bukhari




10



SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!


Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP .



Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'



Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.



Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.



Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-


1. Para Nabi

2 Para Ahli Jihad

3. Para Alim Ulama

4. Para Syuhada

5. Para Penghafal Al Quran

6. Imam atau Pemimpin yang Adil

7. Tukang Azan

8. Wanita yang mati kelahiran/beranak

9. Orang mati dibunuh atau dianiaya

10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka
itu dari kalangan orang yang beriman.



Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:


' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '



Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.



Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'



Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237



Untuk renungan dan amalan bersama ....
Berpesan-pesan untuk kebaikan...




DOA IKAN NUN
============

'LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN'















Menghayati





Hadith :
Rasulullah s.a.w
telah bersabda yang maksudnya:
"Bacalah al-Quran
dan
menangislah,
dan
jika tidak boleh menangis
buat-buatlah menangis"

(at-Tabrani)

Huraian


1. Perasaan khusyuk, takwa dan kehambaan kepada Allah S.W.T hendaklah dipupuk di dalam jiwa setiap individu Muslim.
Ini dapat dicapai melalui pembacaan (tadabur) al-Quran, mengerjakan sembahyang, dan merenung (tafakur) tentang kejadian makhluk Allah
di muka bumi ini.


Huraian

1. Perasaan khusyuk, takwa dan kehambaan kepada Allah S.W.T hendaklah dipupuk
di dalam jiwa setiap individu Muslim. Ini dapat dicapai melalui pembacaan (tadabur)
al-Quran, mengerjakan sembahyang, dan merenung (tafakur) tentang kejadian makhluk Allah di muka bumi ini.

2. Orang yang alim dan mempunyai sifat mukmin yang sebenarnya adalah mereka yang akan tersentuh hatinya sebaik sahaja membaca atau mendengar ayat-ayat Allah dibaca. Begitu juga mereka akan terharu dan merasai keagungan Allah Yang Maha Besar apabila terpandangkan ciptaan-Nya yang begitu cantik dan mengagumkan.

3. Segalanya ini adalah tanda-tanda kemanisan dan kelazatan iman yang sebenarnya
dan hanya dapat dirasai oleh hati-hati yang hidup iaitu hati yang sentiasa digilap dengan nur keimanan serta jauh daripada dosa dan maksiat. Inilah mukmin sejati
di mana mata, hati dan seluruh anggotanya dikawal oleh akal yang mendapat hidayah
daripada Allah. Ia tidak mati tapi sentiasa menghayati sebagaimana yang dianugerahkan kepada para rasul, wali dan salafussoleh yang mencintai Allah.





Solat Qasar

Maksud Qasar:
Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya' kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

Hukum Qasar:
Harus berdasarkan kepada dalil berikut:

1. Al-Quran surah al-Nisa' ayat 101 yang bermaksud:
"Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…"

2. Al-Sunnah yang bermaksud:
'Ya'la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al-Khattab, "Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?"
Lalu beliau menjawab, "Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah-Nya"
(Riwayat al-Nasa'i dan Abu Daud)

Jarak Dibenarkan Qasar:
Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

Syarat Solat Qasar:
1. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara'.
2. Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer/56 batu).
3. Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
4. Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
5. Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.



Ibu Bidadari Di Rumahmu.

Seorang bayi bersiap untuk dilahirkan ke dunia. Dia berkata pada dirinya sendiri: " para malaikat mengatakan bahawa esok aku akan dikirimkan ke dunia, tetapi bagaimana aku boleh hidup di sana? Aku begitu kecil dan lemah?"

Tiba terdengar suatu suara: " Jangan bimbang. Aku telah memilih seorang bidadari untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihi kamu di sana."

Bagaimanapun bayi itu merasa bimbang dan takut untuk menghadapi dunia yang amat asing baginya.

"Di sini – surga – apa yang aku lakukan hanyalah menyanyi dan ketawa sepanjang hari. Ini sudah cukup bagi aku untuk berasa bahagia," kata bayi itu dalam nada yang cukup sedih.

" Jangan kamu bimbang. Bidadarimu akan menyanyi, sentiasa tersenyum dan menjagamu sepanjang masa. Dan kamu akan merasa kehangatan cintanya. Dengan semua itu kamu akan lebih bahagia daripada di sini," terdengar sekali lagi suara tadi.

"Tapi bagaimana aku akan mengerti apa yang dibicarakan oleh bidadariku jika aku tidak memahami bahasanya?" tanya bayi itu separuh merintih.

"Bidadarimu akan berbicara kepada mu menggunakan bahasa lembut yang paling indah pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian, dia akan mengajarkan kamu cara berbicara," Berkata suara itu lagi.

Bayi itu masih tidak puas hati, dia terus juga bertanya: "aku mendengar bahawa di dunia banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi aku?"

"Bidadarimu akan memberikan perlindungan dengan sepenuh jiwa raganya," balas suara itu.

"Tetapi aku pasti akan merasa sedih kerana meninggalkan tempat yng begini indah," rintih bayi itu lagi.

Bidadarimu akan menceritakan kepadamu segala-galanya. Dia akan mengajar kamu segala-galanya. Dia akan mengajar kamu segala ilmu yang ada. Jangan bimbang kerana bidadarimu sanggup mengorbankan segalanya untukmu. Padanya, kamu adalah segala-galanya!

Di saat itu suasana menjadi begitu tenang dan perlahan-lahan bayi itu bertanya lagi: "jika aku harus pergi sekarang, bolehkah diberitahu siapakah bidadari itu?
"Kamu akan memanggil bidadari bidadari itu…IBU!"


Moral :

Ingatlah! Curahkan sepenuh kasih sayang kepada ibumu, berdoalah untuknya dan cintailah dia sepanjang hayat.


Related Posts with Thumbnails

Anniversary Cik Myla ♥

Daisypath Anniversary tickers