|
PERINGATAN DIRI
"Iman, Kamu Cuti hari Ini..?"
Elakkan Sifat Takbur
Nelayan Mukmin Dan Nelayan Kafir

Tanda-tanda terkena sihir
adalah satu perbuatan
hasad dengki dan sabotaj
melibatkan bantuan jin
dimana seseorang tersebut
meminta bantuan daripada dukun
ataupun pun meminta secara terus
dengan syaitan untuk melaksanakan
hajat buruk mereka.
Jenis-jenis sihir adalah :-
-Sihir Rumahtangga/Perceraian
-Sihir Pengasih/Guna-guna
-Sihir Tipuan Pandangan/Silap Mata
-Sihir Gila
-Sihir Santau
-Sihir Kelesuan Badan
-Sihir Penyakit Anggota Badan
-Sihir Penghalang Pernikahan
Tanda-tanda Terkena Sihir
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8) Sakit dada bila waktu asar ke atas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh di atas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat di rumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.
| |
Mata siapa yang tidak pernah menangis
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu,hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.
Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"
Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"
"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"
"Ayah, bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"
Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"
Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"
"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.
Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.
Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.
Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya
loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya, pintu rumah itu dibuka.
Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut.
Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun denganperlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.
"Pada Jumaatminggu lepas saya mengambil keputusanuntuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian, saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".
"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"
"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar- benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin
menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" Itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".
"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya, kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".
"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia,yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini
akan berada selama-lamanya di dalam neraka"
Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!
Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.
Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar
dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya.
Seorang anak yang seumpama malaikat.
Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang
Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!
TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!
Wassallam
Sumber : http://al-ikhwanbsb.blogspot.com/
Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy", berasal dari anak kala jengking.
Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Maka Malaikat Jibril pun bertanya, "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari 5 orang, iaitu:
Pertama,
orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua,
orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.
Ketiga,
orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat,
orang yang suka bercakap tentang hal dunia di dalam masjid.
Kelima,
orang yang suka minum arak."
Wanita : 10 Jenis Siksaan Menunggumu
"Saya dan Fatimah telah pergi ke rumah Rasulullah s.a.w.
Apabila kami masuk ke rumah baginda maka kami melihat Rasulullah s.a.w sedang menangis, maka saya bertanya kepada Rasulullah:
'Ya Rasulullah Mengapa Rasulullah menangis?"
1. Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya dan otak di kepalanya mendidih.
2. Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan dari punggungnya dan minyak dituangkan ke dalam kerongkongnya.
3. Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya dari arah punggungnya dan air kayu zakum dituangkan ke dalam kerongkongnya.
4. Orang perempuan yang digantung dan diikat dua kakinya beserta dua tangannya sampai ubun-ubunnya dan di belit dengan beberapa ular dan kala jengking.
5. Orang perempuan yang makan badannya sendiri dan di bawahnya terdapat api yang menyala-nyala.
6. Orang perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting daripada neraka.
7. Orang perempuan yang berwajah hitam dan dia makan usus-ususnya sendiri.
8. Orang perempuan yang tuli, buta, dan bisu di dalam peti daripada neraka sedang darahnya mengalir dari lubang bahagian badannya seperti hidungnya, telinga, dan mulut. Badannya pula berbau busuk sebab penyakit kulit dan penyakit lepra.
9. Orang perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai, mereka mendapat seksaan sejuta macam seksaan.
10. Orang perempuan yang berbentuk anjing dan beberapa ekor ular dan kala jenking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui dibuburnya dan para malaikat memukuli kepalanya dengan palu mereka dari neraka.
Sebaik saja Fatimah r.a mendengar kata-kata ayahnya itu maka Fatimah pun berkata :
"Wahai ayahku, ceritakanlah padaku apakah amal-amal yang telah dilakukan oleh wanita-wanita tersebut.
Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Wahai anakku Fatimah, adapun Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya, kerana dia tidak mahu menutupi (melindungi) rambutnya daripada dilihat oleh lelaki lain. Iaitu tidak mahu menutup auratnya.
Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya adalah kerana dia suka menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya.
Rasulullah s.a.w. telah bersabda :
"Sesaorang wanita yang menyakiti suaminya dengan kata-katanya maka Allah SWT akan melebarkan lidahnya di hari kiamat nanti selebar 70 zira dan akan mengikat di belakang lehernya. Seseorang perempuan yang menyeksa suaminya dengan kata-katanya maka Allah SWT melaknatinya maka para malaikat juga melaknatinya."
Dari Utsman r.a. berkata:
"Seseorang perempuan yang mengatakan kepada suaminya dengan berkata "Aku belum pernah melihat kebaikanmu" Maka Allah SWT akan menghapuskan amal kebaikannya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa pada siang hari dan mengerjakan solat pada malam hari.
Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya, adalah kerana dia menyusui anak orang lain tanpa mendapat izin suaminya.
Orang perempuan yang diikat dengan kakinya adalah kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya terlebih dahulu dan tidak mandi hadas besar. Yakni mereka yang tidak mandi bagi membersihkan diri setelah kedatangan haid dan nifas.
Orang perempuan makan badannya sendiri adalah kerana berhias untuk dilihat oleh lelaki lain dan mereka yang suka membicarakan aib orang lain.
Orang perempuan yang memotong-motong badannya sendiri dengan gunting dari neraka adalah kerana dia memasyurkan dirinya dikalangan orang ramai, dengan bermaksud supaya orang melihat akan perhiasannya. Dan setiap orang yang melihatnya akan tertarik kepadanya sebab perhiasan yang dia pakai.
Orang perempuan yang diikat kedua-dua kaki dan tangannya sehingga sampai kepada ubun-ubunnya dan dibelit dengan beberapa ular dan kala jengking adalah kerana dia itu boleh bersolat, puasa, tetapi tidak mahu mengambil wuduk dan ia tidak mahu mengerjakan solat dan tidak mahu juga mandi junub.
Orang perempuan kepalanya seperti kepala babi, dan badannya seperti keldai, adalah kerana dia suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.
Orang perempuan yang berbentuk seperti anjng adalah kerana dia itu ahli fitnah dan suka marah kepada suaminya
Abdullah bin Umar berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa:
"Kalaulah semua yang adadi bumi ini berupa emas dan perak, kemudian dibawa oleh seorang perempuan ke rumah suaminya, maka satu hari dengan bangganya dia berkata: 'Awak ini siapa, semua harta yang ada di sini adalah milik aku, engkau tidak mempunyai harta apa-apa pun' . Maka sesungguhnya Allah SWT akan menghapuskan semua amal baiknya walaupun amal itu banyak".
Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Seseorang perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, sesungguhnya dia dikutuk oleh segala yang disinari matahari dan bulan sehingga dia kembali ke rumah suaminya"
Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Apabila seseorang perempuan itu keluar dari rumahnya dengan memperhiaskan dirinya dan memakai wangi-wangian yang harum dan si suami pula membenarkannya, maka sesungguhnya Allah SWT akan membangunkan kepadanya setiap langkah isterinya itu satu rumah dalam neraka"
Thalhah bin Abdullah berkata bahawa dia mendengar Rasulullah bersabda:
"Apabila seseorang perempuan itu sentiasa ber masam muka terhadap suaminya dan menyebabkan suaminya itu susah hati maka sesungguhnya Allah swt memurkainya sehingga dia tidak lagi boleh tertawa di hadapan suaminya atau pun menggembirakan suaminya itu".
Hadith
10
SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!
Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP .
Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'
Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.
Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.
Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka
itu dari kalangan orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '
Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.
Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237
Untuk renungan dan amalan bersama ....
Berpesan-pesan untuk kebaikan...
DOA IKAN NUN
============
'LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN'
Menghayati
Hadith :
Rasulullah s.a.w
telah bersabda yang maksudnya:
"Bacalah al-Quran
dan
menangislah,
dan
jika tidak boleh menangis
buat-buatlah menangis"
(at-Tabrani)
Huraian
Ini dapat dicapai melalui pembacaan (tadabur) al-Quran, mengerjakan sembahyang, dan merenung (tafakur) tentang kejadian makhluk Allah
di muka bumi ini.
Huraian
1. Perasaan khusyuk, takwa dan kehambaan kepada Allah S.W.T hendaklah dipupuk
di dalam jiwa setiap individu Muslim. Ini dapat dicapai melalui pembacaan (tadabur)
al-Quran, mengerjakan sembahyang, dan merenung (tafakur) tentang kejadian makhluk Allah di muka bumi ini.
2. Orang yang alim dan mempunyai sifat mukmin yang sebenarnya adalah mereka yang akan tersentuh hatinya sebaik sahaja membaca atau mendengar ayat-ayat Allah dibaca. Begitu juga mereka akan terharu dan merasai keagungan Allah Yang Maha Besar apabila terpandangkan ciptaan-Nya yang begitu cantik dan mengagumkan.
3. Segalanya ini adalah tanda-tanda kemanisan dan kelazatan iman yang sebenarnya
dan hanya dapat dirasai oleh hati-hati yang hidup iaitu hati yang sentiasa digilap dengan nur keimanan serta jauh daripada dosa dan maksiat. Inilah mukmin sejati
di mana mata, hati dan seluruh anggotanya dikawal oleh akal yang mendapat hidayah
daripada Allah. Ia tidak mati tapi sentiasa menghayati sebagaimana yang dianugerahkan kepada para rasul, wali dan salafussoleh yang mencintai Allah.
Solat Qasar
Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya' kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.
Hukum Qasar:
Harus berdasarkan kepada dalil berikut:
1. Al-Quran surah al-Nisa' ayat 101 yang bermaksud:
"Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…"
2. Al-Sunnah yang bermaksud:
'Ya'la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al-Khattab, "Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?"
Lalu beliau menjawab, "Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah-Nya"
(Riwayat al-Nasa'i dan Abu Daud)
Jarak Dibenarkan Qasar:
Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.
Syarat Solat Qasar:
1. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara'.
2. Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer/56 batu).
3. Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
4. Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
5. Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.
Kejujuran Seorang Saudagar Permata
Satu barang perhiasan permata yang hendak dibeli harganya empat ratus dirham. Saudara kepada Yunus menunjukkan suatu barang yang sebetulnya harga dua ratus dirham. Barang tersebut dibeli oleh badwi tadi tanpa diminta mengurangkan harganya tadi.
Ditengah jalan, dia terserempak dengan Yunus bin Ubaid. Yunus bin Ubaid lalu bertanya kepada si badwi yang membawa barang perhiasan yang dibeli dari kedainya tadi. Sememangnya dia mengenali barang tersebut adalah dari kedainya. Saudagar Yunus bertanya kepada badwi itu, "Berapakah harga barang ini kamu beli?"
Badwi itu menjawab, "Empat ratus dirham."
"Tetapi harga sebenarnya cuma dua ratus dirham sahaja. Mari ke kedai saya supaya saya dapat kembalikan wang selebihnya kepada saudara." Kata saudagar Yunus lagi.
"Biarlah, ia tidak perlu. Aku telah merasa senang dan beruntung dengan harga yang empat ratus dirham itu, sebab di kampungku harga barang ini paling murah lima ratus dirham."
Tetapi saudagar Yunus itu tidak mahu melepaskan badwi itu pergi. Didesaknya juga agar badwi tersebut balik ke kedainya dan bila tiba dikembalikan wang baki kepada badwi itu. Setelah badwi itu beredar, berkatalah saudagar Yunus kepada saudaranya, "Apakah kamu tidak merasa malu dan takut kepada Allah atas perbuatanmu menjual barang tadi dengan dua kali ganda?" Marah saudagar Yunus lagi.
"Tetapi dia sendiri yang mahu membelinya dengan harga empat ratus dirham." Saudaranya cuba mempertahankan bahawa dia dipihak yang benar.
Kata saudagar Yunus lagi, "Ya, tetapi di atas belakang kita terpikul satu amanah untuk memperlakukan saudara kita seperti memperlakukan terhadap diri kita sendiri."
Jika kisah ini dapat dijadikan tauladan bagi peniaga-peniaga kita yang beriman, amatlah tepat. Kerana ini menunjukkan peribadi seorang peniaga yang jujur dan amanah di jalan mencari rezeki yang halal. Jika semuanya berjalan dengan aman dan tenteram kerana tidak ada penipuan dalam perniagaan.
Dalam hal ini Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesungguhnya Allah itu penetap harga, yang menahan, yang melepas dan memberi rezeki dan sesungguhnya aku harap bertemu Allah di dalam keadaan tidak seorang pun dari kamu menuntut aku lantaran menzalimi di jiwa atau diharga." (Diriwayat lima imam kecuali imam Nasa'i)
Wallahu'alam.

Hukum Minuman Dimasuki Semut
Orang kata, air yang dimasuki semut ni jika diminum bersama-sama semut tersebut, orang yang meminum'nya juga akan menjadi bodoh seperti semut. Tapi semut tu bodoh ke? Semut lebih bijak dari serangga lain sebenarnya. Apapun jom la kita tanya ustaz yang lebih mengetahui apa hukum minuman yang dimasuki semut dari pandangan Islam.
Soalan:
Bangkai semut yang masuk dalam minuman, apa hukumnya meminum air tersebut?
Jawapan:
Semut adalah binatang yang tidak mengalir darahnya. Bangkai semut adalah najis yang dimaafkan. Namun, masuk semut pada minuman itu, hukumnya ada 2 keadaan:
1) Semut masuk dalam keadaan sudah mati
Semut itu sudah menjadi bangkai tetapi jika masuk atas ikhtiar manusia, seperti memasukkan gula yang ada bangkai semut, maka air itu najis, tidak boleh diminum. Kalau masuk bukan ikhtiar manusia, contoh seperti ditiup angin selagi tidak mengubah sifat air, maka boleh diminum dengan syarat membuang dulu bangkai semut itu.
2) Semut masuk dalam keadaan hidup
Jika semut itu mati sendiri di dalam air, atas sebab ikhtiar manusia, maka air itu najis dan tidak boleh diminum. Ini boleh berlaku kerana air itu ditapis atau memasukkan gula yang ada semut, atau memasukkan air yang di dalam cawan mengandungi semut. Jika bukan dengan ikhtiar manusia, seperti ia masuk dengan sendirinya atau ditiup angin, maka tidak najis dan boleh diminum dengan syarat bangkai semut itu dibuang dahulu.
Wallahua'lam
10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa
Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.
1.Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.
Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.
2.Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.
Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.
3.Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.
Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.
Firman Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).
4.Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.
Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.
Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.
5.Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.
Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.
Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: ?Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah??
Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa?? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.
6.Melakukan apa yang disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.
Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.
Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).
Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.
7.Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.
Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).
Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.
8.Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.
Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.
9.Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.
10.Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.
Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).
Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.
Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan..Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.
Orang Yang Paling...
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Siapakah orang yang kaya?
Siapakah orang yang miskin?
Siapakah orang yang rugi?
Siapakah orang yang paling cantik?
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Siapa? Mengapa? Dimana? Bagaimana?
Siapa? Mengapa? Dimana?Bagaimana?… kita SENYUM.Siapa: Kita la… / Mengapa: Suka, gembira, hormat, setuju (+ve) /Di mana: Bila2 masa yang perlu dan sesuai. / Bagaimana: Mimik muka yang di bahagian bibir @ mulut melengkung keatas sedikit @ banyak (terpulang).
Antara khasiat senyum:
[Psikologi] Mengurangkan stress / membuatkan kita lebih rileks @ santai /menambah seri wajah.
[Kesihatan] Mengelak daripada sakit jantung / infeksi paru-paru / senaman / penyakit cepat @ mudah sembuh / mengurangkan rasa sakit.
(Hadith Riwayat Imam Trumudzi, Ibn Hibban & Al-Baihaqi):
"Tersenyum ketika bertemu saudara adalah ibadah."
(Hadith Riwayat Ad-Dailamy):
"Sesungguhnya Allah membenci orang-orang yang bermuka masam dihadapan saudara-saudaranya."
Rasulullah pernah berkata;
"Sesungguhnya pintu-pintu kebaikan itu banyak: tasbih, tahmid, takbir, tahlil (dzikir), amar ma'ruf nahyi munkar, menyingkirkan penghalang (duri, batu) dari jalan, menolong orang, sampai senyum kepada saudara pun adalah sedekah."
Jom senyum…
Peluang...
1. Gunakan peluang yang ada sebaik mungkin
2. Jadikan peluang yang ada sebagai satu kelebihan bukan kekurangan
3. Jangan sia-siakan peluang yang ada… tak semua orang berpeluang
4. Jangan sesekali menggunakan peluang yang ada untuk keburukan
5. Bersyukur apabila mempunyai peluang
6. Mohon kepada yang Esa supaya peluang yang dikurniakan dapat digunakan untuk kebaikan diri sendiri dan juga orag lain.
7. Tawakal kepada Allah.
Dari Umar bin Khattab r.a berkata, bahwa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, 'Sekiranya kalian benar-benar bertawakal kepada Allah SWT dengan tawakal yang sebenar-benarnya, sungguh kalian akan diberi rizki (oleh Allah SWT), sebagaimana seekor burung diberi rizki; dimana ia pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar, dan pulang di sore hari dalam keadaan kenyang.
(HR. Ahmad, Turmudzi dan Ibnu Majah).
Pilihan Terbaik
Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya:
"Pada malam terjadinya israk dan mikraj di Baitul Maqdis, baginda dihidangkan dua gelas minuman, masing-masing berisi arak dan susu. Setelah baginda meneliti kedua gelas itu, maka baginda mengambil gelas berisi susu.
Berkata Jibrail:
"Segala puji bagi Allah yang membimbing anda memilih yang suci. Seandainya anda memilih arak, nescaya sesatlah umatmu."
(Muslim)
Huraian
Susu dan arak adalah simbolik kepada dua nikmat yang berbeza. Satunya bersifat nikmat sementara dan satu lagi bersifat nikmat yang kekal (berkhasiat pada tubuh manusia).
Sebagaimana yang ditekankan oleh ajaran Islam, arak adalah haram kerana ia memabukkan sekalipun padanya terdapat beberapa kebaikan yang lain tetapi yang nyata keburukannya telah mengatasi kebaikan.
Arak mampu membuatkan manusia hilang pertimbangan dan mengheret kepada berlakunya beberapa perkara buruk seperti maksiat, pembunuhan dan sebagainya. Oleh itu orang-orang Islam ditegah sama sekali meminum arak.
Sebaliknya pada minuman susu, ia menjadi minuman yang bukan sahaja tidak memabukkan bahkan boleh mengubati penyakit. Madu dan susu merupakan minuman kegemaran Rasulullah saw. Ia juga merupakan minuman yang istimewa di dalam syurga di hari akhirat kelak di samping arak di mana umat Islam yang tinggal di dalamnya dihidangkan dengan berbagai jenis makan dan minuman yang lazat, tidak memudaratkan malah belum pernah dirasai oleh manusia ketika di dunia.
Sesungguhnya keseronokan yang dinikmati di dunia itu bersifat sementara dan sedikit berbanding dengan nikmat di akhirat yang indah dan kekal abadi.
Seorang pemuda yang berhati teguh lagi cerdas
bila kehilangan sabarnya
ia tidak kehilangan permintaan maafnya........
RUMAHTANGGA YANG TANPA KEMARAHAN, TANPA PERGADUHAN DAN TANPA KELUH KESAH...........
Seorang wanita mengadu kepada ayahnya sambil menangis:
" Wahai ayahku, antara aku dan suamiku ada masalah kelmarin. Dia marah kerana sebuah ucapan yang keluar dari mulutku. Ketika aku mengetahui kemarahannya, aku menyesali apa yang aku perbuat dan aku meminta maaf kepadanya. Dia tidak mahu berbicara denganku dan memalingkan wajahnya dariku. Kemudian aku terus berada di hadapannya hingga ia tertawa dan kembali menerimaku. Sebelumnya aku sangat takut kepada Tuhanku bila Dia menghukumku atas saat-saat dimana aku telah membuat darahnya membara ketika dia marah."
Ayahnya berkata kepadanya :
" Wahai anakku sayang, demi Tuhan yang diriku berada dalam genggaman kekuasaanNya, sekiranya engkau mati sebelum suamimu memaafkanmu , tentulah aku pun tidak redha kepadamu. Tahukah engkau bahawa siapa pun wanita bila suaminya marah kepadanya, maka dia adalah wanita yang terkutuk, sebagaimana tersebut di dalam kitab Zabur, Taurat, Injil, dan Al-Quran, dan diperkeraskan penderitaannya dalam sakaratul maut, serta dipersempitkan kuburnya. Maka berbahagialah wanita yang diredhai oleh suaminya."
Seorang wanita yang soleh akan menjaga agar selalu dicintai oleh suaminya sehingga tidak mengotori keharmonian keluarga mereka.
Seorang suami telah memberi nasihat kepada isterinya :
Maafkanlah kesalahanku nescaya engkau kekalkan cintaku kepadamu dan janganlah engkau berbicara saat kemarahanku sedang memuncak
Jangan sekali-kali kau kipasi kemarahanku seperti engkau memukul rebana kerana sesungguhnya engkau tidak mengetahui bagaimana sikap orang yang tidak terkendali
Jangan engkau banyak mengeluh kerana ia akan mengikis cinta dan hatiku ini akan berubah menolakmu kerana tabiat hati itu tidak tetap. Sesungguhnya kulihat cinta dalam hati ini bila berpadu dengan rasa benci dalam waktu yang singkat rasa cinta itu akan hilang.
Positif Dan Negatif Malu
Hadith :
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Sifat malu itu akan menghasilkan kebaikan"
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Huraian
1. Sifat malu adalah suatu sifat yang terpuji.Sesiapa yang memilikinya akan terlepas daripada segala kejahatan kerana dengan adanya sifat malu kita tidak akan melakukan segala keburukan.
2. Sifat malu juga akan meninggikan darjat keimanan orang yang memilikinya.
Hadith :
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a:
" Suatu ketika Rasulullah SAW terserempak dengan seorang Ansar (lelaki) yang sedang menegur saudara lelakinya kerana ia sangat pemalu.
Ketika itu juga rasulullah SAW bersabda:
" Biarlah dia kerana malu adalah sebahagian daripada iman."
(al-Bukhari)
Huraian
Contoh malu tersipu-sipu hingga takut menjawab soalan guru di kelas adalah contoh al-jahalu.
Sikap ini disebabkan kurangnya keyakinan diri dan lemah peribadi.
Tetapi al-haya' (malu) adalah disebabkan sifat percaya diri dan kuat keperibadian lantaran
kuatnya iman dalam menolak segala sesuatu yang negatif.
Maka sifat malu itu sendiri adalah sebahagian daripada iman dan terpuji. Sifat malu menjadikan seseorang jauh daripada perbuatan hina dan maksiat sebaliknya meletakkan dirinya dalam
keadaan kesempurnaan kerana selalu melakukan hal-hal yang positif.
Dia akan berkata bahawa:
" Sesungguhnya aku adalah lebih tinggi daripada perbuatan terkutuk itu dan aku lebih mulia
daripada perbuatan tercela itu.".
Dengan perkataan lain seseorang yang tidak mempunyai sifat malu, dia bukanlah hidup sebenarnya, tetapi sudah mati atau hampir mati imannya.


