Entah mengapa saat ini, aku
jadi teringat segala-galanya. Aku rindu EyqaAfiqah. Aku rindu EyraFazira yang
dah berabad tahun tidak ketemu. Aku rindu No Ha. Aku rindu DaliniNorozilan.
Pokoknya aku rindu kesemua sahabat gila gilaku. Dan daya ingatan aku malam ini
begitu hebat. Jangan tanya kenapa dan mengapa. Jujur aku bilang, aku teramat
rindu. Aku jauh di sini, berada di sempadan lain yang menjadi tempok pemisah
untuk aku ketemu dengan kalian. Memang ya jika disebabkan hal itu. Tapi kalian
juga saban hari semakin sibuk atau mungkinkah semakin jauh denganku juga? Moga
tidak. Berharap semoga dapat jumpa kesemua sahabatku sebelum melangkah ke alam
semester kedua.
Point kedua. Hari itu hari
Jumaat. Penghulu segala hari. Ku kira sudah sebulan berlalu. Detik 1256 am.
Engkau menegurku di laman sesawang melalui ruangan inbox. Sungguh benar aku
amat terkejut lantas tidak terfikir dek fikiran untuk membalasnya kembali. Kaku
di situ. Mata tertancap pada skrin di hadapan mata. Segala urat saraf mulai
kejang begitu juga dengan mulut yang berperanan untuk berdiam diri. Saat itu
aku terlopong dan kukira segala serangga kecil bila bila masa sahaja akan
menerobos rakus sehingga tersesat ke dalam rongga tengkukku dan mungkin menemui
jalan keluarnya melalui rongga hidungku pula. Aku tidak berfikir panjang, lantas
menaip sepantas, selaju mungkin. Maka dengan itu kemesraan mula terjalin.
Bergurau senda bagaikan tiada hari esok. Ahhh. Begitu hebatnya penangan rindu asmara yang ku rasakan
ingin mengeluarkan kembali sisa sisa makanan kelmarin apabila mengeluarkan kata
kata sebegini rupa.
Tahukah kamu mengapa aku
mengeluarkan tindakan refleks sedemikian? Kerana suatu masa dahulu aku pernah
meminatimu, dan mungkin juga menginginkanmu dalam diam diam begini. Ahh cukup.
Sampai di sini sahaja untuk coretan kali ini kerana ku rasakan entry sebelum2
ini terlalu banyak mengenai dirimu. Assalamualaikum.
0 budak Comel:
Post a Comment