Solat Qasar

Maksud Qasar:
Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya' kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

Hukum Qasar:
Harus berdasarkan kepada dalil berikut:

1. Al-Quran surah al-Nisa' ayat 101 yang bermaksud:
"Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…"

2. Al-Sunnah yang bermaksud:
'Ya'la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al-Khattab, "Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?"
Lalu beliau menjawab, "Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah-Nya"
(Riwayat al-Nasa'i dan Abu Daud)

Jarak Dibenarkan Qasar:
Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

Syarat Solat Qasar:
1. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara'.
2. Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer/56 batu).
3. Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
4. Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
5. Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.



Ibu Bidadari Di Rumahmu.

Seorang bayi bersiap untuk dilahirkan ke dunia. Dia berkata pada dirinya sendiri: " para malaikat mengatakan bahawa esok aku akan dikirimkan ke dunia, tetapi bagaimana aku boleh hidup di sana? Aku begitu kecil dan lemah?"

Tiba terdengar suatu suara: " Jangan bimbang. Aku telah memilih seorang bidadari untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihi kamu di sana."

Bagaimanapun bayi itu merasa bimbang dan takut untuk menghadapi dunia yang amat asing baginya.

"Di sini – surga – apa yang aku lakukan hanyalah menyanyi dan ketawa sepanjang hari. Ini sudah cukup bagi aku untuk berasa bahagia," kata bayi itu dalam nada yang cukup sedih.

" Jangan kamu bimbang. Bidadarimu akan menyanyi, sentiasa tersenyum dan menjagamu sepanjang masa. Dan kamu akan merasa kehangatan cintanya. Dengan semua itu kamu akan lebih bahagia daripada di sini," terdengar sekali lagi suara tadi.

"Tapi bagaimana aku akan mengerti apa yang dibicarakan oleh bidadariku jika aku tidak memahami bahasanya?" tanya bayi itu separuh merintih.

"Bidadarimu akan berbicara kepada mu menggunakan bahasa lembut yang paling indah pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian, dia akan mengajarkan kamu cara berbicara," Berkata suara itu lagi.

Bayi itu masih tidak puas hati, dia terus juga bertanya: "aku mendengar bahawa di dunia banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi aku?"

"Bidadarimu akan memberikan perlindungan dengan sepenuh jiwa raganya," balas suara itu.

"Tetapi aku pasti akan merasa sedih kerana meninggalkan tempat yng begini indah," rintih bayi itu lagi.

Bidadarimu akan menceritakan kepadamu segala-galanya. Dia akan mengajar kamu segala-galanya. Dia akan mengajar kamu segala ilmu yang ada. Jangan bimbang kerana bidadarimu sanggup mengorbankan segalanya untukmu. Padanya, kamu adalah segala-galanya!

Di saat itu suasana menjadi begitu tenang dan perlahan-lahan bayi itu bertanya lagi: "jika aku harus pergi sekarang, bolehkah diberitahu siapakah bidadari itu?
"Kamu akan memanggil bidadari bidadari itu…IBU!"


Moral :

Ingatlah! Curahkan sepenuh kasih sayang kepada ibumu, berdoalah untuknya dan cintailah dia sepanjang hayat.


Nilai Kasih Ibu



Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.

Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

Tolong pergi kedai $4.00

Tolong jaga adik $4.00

Tolong buang sampah $1.00

Tolong kemas bilik $2.00

Tolong siram bunga $3.00

Tolong sapu sampah $3.00

Jumlah : $17.00


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu".

Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada muka surat yang ditulisnya.




Related Posts with Thumbnails

Anniversary Cik Myla ♥

Daisypath Anniversary tickers