WARKAH SAYU AYAH TUA


Surat Ini ditulis oleh seorang bapa yang menamakan dirinya sebagai " Ayah Tua" saja bagi menyatakan perasaannya yang selama ini terpendam jauh di sudut hatinya.Menurut beliau,bukanlah tujuannya untuk memohon simpati dari sesiapa atau merayu kepada anak-anaknya yang pada masa ini sudah hidup aman bahagia di samping keluarga masing-masing… .. Beliau merasa sangat bersyukur keran telah memberikannya kesempatan untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa bagi membesarkan anak-anaknya dengan cukup sempurna sehingga masing-masing boleh berdikari dan dapat hidup sebagai manusia sejati.Tujuan beliau menulis surat ini menurutnya hanya sekadar memenuhi masa terluang yang banyak terdapat di tempat beliau berada sekarang.Mari kita ikuti luahan rasa beliau sepenuhnya…..

Anak-anakku,

Ayah sudah tua sekarang.Kesihatan ayah tidak lagi menentu.Adakalanya ayah merasa tidak berselera hendak makan, pening kepala atau seram sejuk seluruh tubuh..Tenaga yang ada pada ayah sudah terlalu merosot sehingga kadang-kadang ayah hanya mampu menarik kain selimut saja untuk menutup tubuh ayah yang kering ini dengan tulang serangka yang kelihatan. Ayah bersyukur berada disini kerana beberapa sebab. Pertama ayah merasa amat di hargai kerana ayah dilayan sebagai manusia yang mempunyai perasaan seperti orang lain.Bukan saja makanan dan pakaian ayah diambil tahu dengan cukup sempurna, malah mereka juga selalu bertanya sama ada ayah sudah mandi atau pun belum. Mereka cukup mengambil berat jika ayah mendapat sakit walaupun sedikit. Kedua, di tempat ini ayah tidak pernah merasa kesunyian lagi. Ramai orang yang siap sedia berkongsi pengalaman dan mengenang kembali nostalgia yang pernah kami masing-masing lalui ketika muda-muda dulu. Sambil menonton TV, kami sering berbual mesra dengan hilai ketawa yang berpanjangan. Ayah bersyukur kepada Allah kerana menggerakkan hati kamu berdua menghantarkan ayah ke sini. Tindakan kamu membuat keputusan begini sungguh ayah kagumi dan tidak pernah terlintas langsung dalam pemikiran ayah sebelum ini. Ayah harap dengan tindakan kamu ini memudah dan menyenangkan kehidupan kamu berdua untuk mendapatkan kebahagiaan rumah tangga dengan cucu-cucu ayah yang disayangi. Kamu berdua tidak perlu lagi mengambil tahu hal ayah disini kerana apa yang ayah kehendaki semuanya sudah disediakan dengan lengkap. Gunakanlah wang yang kamu dapati hasil titik peluh kamu sendiri itu untuk membiayai isteri dan anak-anak kamu supaya mereka dapat hidup sempurna sebagaimana yang pernah ayah lakukan terhadap kamu berdua.Ayah merasa cukup senang bila mengetahui kamu berdua sudah mempunyai rumah sendiri, berpendapatan tetap dan sudah pun mempunyai isteri setia di samping kamu berserta anak-anak ( Yakni cucu ayah ) yang sedang membesar setiap hari.

Anak-anakku,

Ayah menulis surat ini bukan tujuan untuk mengungkitkan kembali apa yang telah ayah lakukan terhadap kamu berdua semasa kecil dulu. Ayah anggap itu semua adalah tanggungjawab ayah sebagi seorang bapa terhadap anak-anaknya. Biarlah ayah mengenangkan kembali detik-detik susah payah ayah menyara hidup kamu berdua bekerja sebagai seorang nelayan yang bergantung hidup sepenuhnya pada lautan. Pada masa itu kebanyakkan masa ayah habiskan di tengah-tengah lautan luas dengan panas terik di waktu siang dan sejuk menggigil di waktu malam. Ayah tidak hiraukan itu semua kerana ayah sentiasa memikirkan kamu berdua dan ibumu yang sentiasa menunggu kepulangan ayah membawa hasil tangkapan. Adakalanya ayah pulang dengan riang gembira kerana memperolehi hasil yang agak lumayan, tetapi biasanya ayah hanya pualng dengan hampa sehingga kadang-kadang tangan kosong saja. Ayah merasa sungguh gembira bila Berjaya menghantar kamu berdua ke sekolah. Ayah berazam di dalam hati akan terus berusaha membiayai persekolahan kamu sehingga kamu berdua mendapat kejayaan cermerlang. Alhamdulillah nampaknya usaha jerih payah ayah itu tidak sia-sia kerana walaupun ada kalanya ayah terpaksa berhutang, namun kamu berdua akhirnya Berjaya juga menghabiskan persekolahan walaupun tidak setinggi mana. Ayah dan ibumu kadang-kadang terpaksa memerah otak untuk mendapatkan wang apabila kamu berdua memerlukannya untuk membeli buku-buku atau pun membayar yuran sekolah. Ada kalanya kami terpaksa berhutang dengan jiran-jiran atau mengambil wang pendahuluan dari peraih dengan janji-janji bahawa hutang itu akan dipotong apabila ayah Berjaya membawa pulang ikan dari laut nanti. Walaupun sering kali hasil tangkapan ayah tidak Berjaya melunaskan hutang tersebut,namun ayah tidak pernah gelabah atau merasa kesal. Sebaliknya ayah merasa cukup terhibur apabila melihat kamu berdua pulang dari sekolah.Ibumu siap sedia dengan hidangan yang termampu dan kita berempat sentiasa menghadapi makanan penuh rasa gembira dengan hilai ketawa yang tidak berhenti. Itulah kebahagiaan ayah. Itulah kesenangan ayah dan itulah juga harapan ayah. Ayah merasa kebahagiaan sudah dapat dicapai apabila anak-anak ayah dapat menikmati hidup dengan sempurna dan dapat pula merasa sebagaimana yang dinikmati oleh orang lain walaupun tidak cukup sempurna. Kamu berdua tentu tidak pernah tahu bahawa setiap malam apabila masuk tidur, kami selalu menghabiskan sebahagian malam dengan berbincang dari mana kami hendak mendapatkan wang bukan saja untuk keperluan makanan, pakaian, atau lain-lain perbelanjaan rumah, malah kami juga tidak pernah lupa membincangkan keperluan persekolahan kamu. Pernah beberapa malam kami tidak tidur walaupun sedetik kerana mengalami jalan buntu dari mana hendak mendapatkan wang. Ibumu tidak ada walau Seurat '' janggut udang'' sekali pun barang kemas untuk digadai dan ayah pula tidak berani lagi hendak mengorek lubang baru berhutang kerana banyak lubang lama masih belum ditimbus lagi !

Esoknya ayah turun ke laut dengan harapan tinggi menggunung semoga Allah memberikan rezeki yang mencukupi bagi menghadapi kebuntuan yang sering kali melanda kehidupan kita.Ada kalanya ayah berjaya, tetapi seringkali pula ayah pulang dengan hampa. Sejak kamu berdua bekerja dan mempunyai pendapatan tetap, ayah dan ibumu merasa sungguh bersyukur kepada Allah. Walaupun kamu tidak pernah menghulurkan wang walau sedikit pun kepada kami, tetapi ayah tidak pernah merasa kesal dan meminta. Ayah tidak mengharapkan itu semua kerana ayah percaya tugas ayah sebagai bapa telah dapat disempurnakan dengan jayanya. Apa lagi kebahagiaan seorang ayah dan ibu selain daripada melihat anak-anak mereka Berjaya? Kamu berdua kemudiannya Selamat mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihan masing-masing dan sejak itu ayah dan ibumu sentiasa berdoa kepada Allah agar rumahtangga kamu berdua akan mendapat kebahagiaan sejati.Apabila ibumu meninggal dunia tidak lama selepas itu ayah merasa dunia ini gelap gelita kerana orang yang selama ini menjadi teman setia ayah yang sedia bersusah payah bersama ayah telah pergi dulu meninggalkan ayah terkapai-kapai seorang diri. Ayah merasa orang yang menjadi "Belahan Hati" ayah telah hilang lenyap secara tiba-tiba. Ayah meras terlalu kesunyian dan menganggap tidak guna lagi ayah hidup dalam keadaan begini. Walaubagaimanapun hati ayah terhibur juga apabila mengenangkan bahawa ayah masih lagi mempunyai dua orang anak lelaki yang kini sudah pun mempunyai keluarga sendiri. Ayah tidak pernah mengharapkan budi ayah itu dibalas dan ayah tidak bergantung harap kepada kamu berdua untuk menanggung ayah pula kerana itu semua bukan tujuan setiap ibubapa yang membesarkan anak-anak mereka. Sungguhpun ayah tinggal seorang diri saja tanpa ibumu di rumah kita yang nampaknya semakin using, namun ayah tidak pernah merasa bimbang. Apabila kamu berdua jarang-jarang sekali pulang ke rumah melihat ayah yang keseorangan ini, ayah tetap berpendapat bahawa kamu berdua mungkin terlalu sibuk dengan urusan masing-masing sehingga tidak ada masa terluang untuk mengunjungi ayah. Oleh itu apabila ayah mendapat sakit, sekali sekala ayah hanya menanggungnya sendiri secara susah payah. Ternyata sejak ibumu sudah tiada, kesihatan ayah semakin merosot sekali dan tidak berdaya lagi untuk ayah turun ke laut seperti biasa. Oleh itu, ada kalanya ayah mengambil keputusan berpuasa saja apabila mendapati tidak ada lagi barang-barang yang boleh dimasak untuk dijadikan makanan. Ayah tidak pernah menceritakan ini semua kepada kamu kerana ayah tidak mahu kamu berdua bersusah hati dan menjadi satu bebanan pula. Apabila pada suatu hari kira-kira 3 bulan yang lalu tiba-tiba Lan ( anak sulung ) pulang ke rumah ayah dengan sebuah kereta, ayah merasa cukup gembira kerana sudah hampir satu tahun kamu berdua tidak pulang melihat ayah. Lan dengan ringkas menyuruh ayah siap berkemas dengan apa-apa yang perlu kerana katanya ayah akan dibawa berpindah ke tempat lain. Hati ayah melonjak kegembiraan kerana percaya ayah akan dibawa tinggal bersama dengan cucu-cucu ayah yang disayangi. Tapi apakah yang sebenarnya berlaku ? Ayah dibawa ke suatu tempat yang pada pintu gerbangnya bertulis " RUMAH KENANGAN WARGA EMAS" . Walaupun ayah tidak pernah menduga perkara begini akan berlaku pada diri ayah, namun akhirnya ayah percaya sepenuhnya pada takdir Allah. Mungkin nasib ayah sudah tersurat bahawa ayah akan menghabiskan penghujung hayat ayah di rumah ini jauh dari anak cucu yang dikasihi.

Anak-anakku Lan dan Li ,

Ayah berterima kasih banyak-banyak kerana kamu berdua telah mengambil keputusan menghantar ayah ke rumah ini. Dengan tindakan begini ayah percaya tentu masaalah kamu berdua akan dapat diselesaikan dengan baik. Kamu tidak perlu lagi mengambil tahu urusan ayah dan ianya tidak lagi menjadi beban yang kamu tanggung. Ayah doakan supaya kamu dapat memelihara anak-anak kamu dengan baik dan berharap mereka pula nanti tidak akan berbuat begini kepada kamu. Ayah akhiri surat ini dengan kata-kata yang pernah ayah dengar dari seorang kawan :-

" SEORANG IBU ATAU AYAH AKAN MENJAGA 10 ORANG ANAKNYA DENGAN SEMPURNA : TETAPI 10 ORANG ANAK BELUM TENTU AKAN DAPAT BERBUAT DEMIKIAN KEPADA SEORANG AYAH ATAU IBUNYA ………….." .

Wallahu'alam.




Upacara Di Padang Mahsyar





Upacara Di Padang Mahsyar Di padang mashyar nanti bendera-bendera dipasang oleh pemimpin-pemimpin kebenaran dan di bawahnya terdapat barisan-barisan pengikutnya. Bendera itu dipasang dan dikibarkan oleh :-

(1) LIWAUS SHIDQI (Bendera Kebenaran) dikibarkan oleh Saidina Abu Bakar as-Sidiq r.a. bagi semua orang yang benar dan jujur akan berada di bawah bendera tersebut.

(2) BENDERA FUWAHA' untuk saidina mu'adz bin jabal r.a. bagi semua orang yang alim fiqih akan berada dan berbaris di bawah bendera panji-panji ini.

(3) BENDERA ZUHUD untuk Abu Dzarr r.a. bagi semua manusia yang menjiwai dan membudi daya dengan zuhud akan berada
di bawah bendera ini.

(4) BENDERA DERMAWAN untuk Saidina Osman bin Affan r.a. bagi para dermawan akan berada di bawahnya.

(5) BENDERA SYUHADA untuk saidina ali r.a. bagi setiap orang yang mati syahid sama berbaris di bawah bendera ini.

(6) BENDERA QURRA' untuk ubayya bin ka'ab r.a. bagi para qari' sama berbaris di bawah bendera panji-panji ini .

(7) BENDERA MU'ADZIN untuk Bilal r.a. bagi para mu'adzin akan berada pada barisan di bawah bendera ini. Bendera orang-orang yang dibunuh dengan aniaya untuk saidina Husain r.a. Bagi orang-orang yang dibunuh dengan aniaya akan berada di bawah bendera ini.


ORANG-ORANG YANG DAPAT BERTEDUH DI PADANG MAHSYAR

Di waktu panas yang maha sangat di padang Mahsyar di hari kiamat, tentulah para manusia menjadi bingung dan menggelabah ingin mencari tempat perlindungan. Dan pada hari itulah manusia berkata : "Ke mana tempat lari?". Dalam Al-Quran disingkapkan dengan tegas dan jelas sekali perihal keadaan itu sebagaimana Firman Allah s.w.t.

"Pada hari itu manusia berkata: "Kemana tempat lari?" Sekali-kali tidak! Tidak ada tempat berlindung!" (Al-Qiyamah : 10-11)

tetapi dengan kehendak Allah s.w.t akan terdapat beberapa naungan, tetapi tidak semua manusia dapat berteduh di bawahnya, itu merupakan rahmat Allah s.w.t dan naungannya.

Rasulullah bersabda :
"Tujuh orang bakal Allah naungi dengan rahmatNya pada hari yang tiada naungan selain naunganNya ialah :-

(1) Penguasaan pemimpin yang adil.

(2) Seorang remaja yang mengawali keremajaannya dengan beribadah kepada Allah.

(3) Seorang lelaki yang hatinya dipertautkan dengan masjid-masjid.

(4) Dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, yakni yang keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah.

(5) Seorang lelaki yang ketika dirayu oleh wanita bangsawan lagi rupawan, lalu ia menjawab: "Sesungguhnya akau takut kepada Allah".

(6) Seorang yang mengeluarkan sedekah dan disembunyikan, sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya itu.

(7) Seorang yang berzikir kepada Allah Ta'ala di tempat yang sunyi,hingga kedua matanya mencucurkan air mata." (Iman Bukhari & Muslim)


JENIS-JENIS HUKUMAN DAN SEKSAAN DI NERAKA

Betapa hebatnya hukuman dan seksaan yang akan ditimpa kepada manusia-manusia yang penuh dosa dan kesalahan, durhaka dan kemaksiatan, serta segala pelanggaran-pelanggaran dan kejahatan yang mereka lakukan di dunia (selama hidup). Di akhiratlah mereka menjalani hukuman berupa seksa yang sangat pedih. Seksaan yang mereka deritai dalam neraka itu
bermacam-macam sekali, sebagaimana yang difrmankan Allah seperti berikut :-

(1) Firman Allah s.w.t : "Dalam neraka Jahannam, lalu dibakar dengannya dahi mereka, lambung dan punggung mereka." (At-Taubah:35)

(2) Firman Allah : "Ketika belenggu dan rantai dipasang di leher mereka, supaya mereka diseret, kedalam air yang sangat panas, kemudian mereka dibakar dalam api."(Al-Mukmin71-72)

(3) Firman Allah : "Peganglah dia kemudian seretlah dia ketengah-tengah neraka. Kemudian tuangkanlah di atas kepalanya seksaan (dari) air yang amat panas. Rasakanlah, sesungguhnya kamu orang yang perkasa lagi mulia." (Ad-Dukhan: 47-49)

(4) Firman Allah bermaksud : "Peganglah dia lalu belenggulah tangannya kelehernya. Kemudian masukkanlah dia ke dalam api neraka yang menyala-nyala. Kemudian belitlah dia dengan rantai yang panjangnya tujuh puluh hasta." (Al Haaqqah : 30-32)

(5) Termasuk seksaan neraka ialah orang kafir." Firman Allah : "Maka orang kafir akan dibuatkan untuk mereka pakaian dari api neraka, disiramkan air yang sedang mendidih ke atas kepala-kepala mereka. Dengan air itu dihancur luluhkan segala apa yang ada di dalam perut mereka dan juga kulit-kulit mereka. Dan cambuk-cambuk dari besi. Setiap kali mereka hendak keluar dari neraka lantaran kesengsaraan mereka, maka mereka dikembalikan kedalamnya, (serta dikatakan kepada mereka): "Rasailah azab yang membakar..



**RAHSIA PERSONALITI DARI BULAN KELAHIRAN ISLAM**

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi (kena cencored) jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang (kena cencored) atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya'aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.
Related Posts with Thumbnails

Anniversary Cik Myla ♥

Daisypath Anniversary tickers