Kisah penipu.



Jangan tertipu dengan penipu. Mereka hanya bijak bercucuk tanam tebu di tepian bibir. Masakan mahu menjaga hati nan satu itu? Sudahlah berpura dalam bayang sendiri. Keluar, dan jenguk seketika diri sendiri. Apa aku perbuat ini diterima pada Sang Pencipta diri ini?


Sungguh hebat rasa ini. Sudah berbulan kamu beri, namun rasanya masih kekal utuh. Tidak berganjak dari habuk debu sedikitpun. Tidak terusik oleh angin sedikitpun. Walhal kamu sudah bebas dari segala, yang selayaknya sudah terbang melangit tinggi. Sedang aku zahirnya masih meronta. Tercungap cungap dengan nafas yang sama. 



kau fikir, dengan riang aku bisa tutup segala bicara

kau fikir, dengan lembut aku bisa tutup segala cela
oh, gampang sekali.
kalau begitu, terdiam aku.


jika dibicara mengenai soal hati, jujur kain putih aku beri.



sebab itu aku benci penipu.

Hanya kerana,


kau takkan tahu, dan takkan pernah cuba untuk tahu.

Ya, kau. Manusia berjiwa mati.






Jari jemari runcing menaip,
Cik Hawa.




Puisi dari hati.




Bila aku berusaha sungguh sungguh melupakan sekuat hati,
Saat itu kau menjelma lagi.
Menerjah hadir kembali,
Walau cuma dalam istana kota mimpi.


Terjaga lagi.
Bukan sekali.
Tapi berkali kali.
Cukup bikin hati perit tak tertanggung lagi.


Saat itu hati berbisik sendiri,
Seakan mengerti perasaan hati,
Menjerit merindui sekeping hati yang mereput mati,
Meninggalkan abu yang berlalu pergi.


Memeluk lutut kemas rapi,
Angin malam terus menyelimuti diri,
Tak sehebat hujan membasahi kota bumi,
Tak sekuat titisan air mata tak henti henti.


Merenung kembali cebisan memori.
Kerna dosa diri, kau berlalu pergi.
kerna khilaf diri, kau undur tanpa berpaling lagi.
Dan kerna aku tidak mengerti soal hati,
Semuanya hancur berderai dihanyut ombak sepi.


Aku yang mengejar bayang bayang diri,
Hingga menyakiti hati sendiri.
Biarlah aku begini.
Kerna aku mengerti,
Hukum karma telah diberi,
Tak mampu mengelak menjauh lagi.


Kalau kau bisa berbuat begini,
Mengapa tidak aku, diri sendiri.
Kuatkan hati, tabahkan diri.
Kau pergi mencari cinta yang sejati.
Yang selama ini kau ternanti nanti.
Bukan cinta ini yang keras seperti besi.
Biarlah kau pergi.


Hati berbisik meronta tidak mampu melepaskan pergi,
Tapi aku bukan sesiapa lagi.
Tidak layak mengejar cinta yang kian jauh berlari.
Sungguh aku tak mampu pertahankan lagi.
Dengan rendah diri aku bebaskan kau terbang tinggi.
Biarlah kau pergi.


Allah.. 
Yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.
Bukan aku sengaja mahu lawan takdir yang diberi,
Cuma aku ikhlas merindui,
Pada hambaMu yang takkan kembali berdiri disisi ini lagi.
Biarlah aku sendiri.



Berdoa lagi. 
Tangan didada dekat dengan hati,
Al-Fatihah untuk disana yang tak menanti.
Jaga iman, jaga hati jaga diri.
Maaf segalanya atas apa yang terjadi,
Maaf.. jika namamu masih tersemat rapi di hati.
Maafkan diri yang hina ini.
Entah bila tertidur dalam juraian air mata basi.






 Jari jemari runcing menaip,
Cik Hawa.






Menggamit kerinduan.




Entah mengapa saat ini, aku jadi teringat segala-galanya. Aku rindu EyqaAfiqah. Aku rindu EyraFazira yang dah berabad tahun tidak ketemu. Aku rindu No Ha. Aku rindu DaliniNorozilan. Pokoknya aku rindu kesemua sahabat gila gilaku. Dan daya ingatan aku malam ini begitu hebat. Jangan tanya kenapa dan mengapa. Jujur aku bilang, aku teramat rindu. Aku jauh di sini, berada di sempadan lain yang menjadi tempok pemisah untuk aku ketemu dengan kalian. Memang ya jika disebabkan hal itu. Tapi kalian juga saban hari semakin sibuk atau mungkinkah semakin jauh denganku juga? Moga tidak. Berharap semoga dapat jumpa kesemua sahabatku sebelum melangkah ke alam semester kedua.


Point kedua. Hari itu hari Jumaat. Penghulu segala hari. Ku kira sudah sebulan berlalu. Detik 1256 am. Engkau menegurku di laman sesawang melalui ruangan inbox. Sungguh benar aku amat terkejut lantas tidak terfikir dek fikiran untuk membalasnya kembali. Kaku di situ. Mata tertancap pada skrin di hadapan mata. Segala urat saraf mulai kejang begitu juga dengan mulut yang berperanan untuk berdiam diri. Saat itu aku terlopong dan kukira segala serangga kecil bila bila masa sahaja akan menerobos rakus sehingga tersesat ke dalam rongga tengkukku dan mungkin menemui jalan keluarnya melalui rongga hidungku pula. Aku tidak berfikir panjang, lantas menaip sepantas, selaju mungkin. Maka dengan itu kemesraan mula terjalin. Bergurau senda bagaikan tiada hari esok. Ahhh. Begitu hebatnya penangan rindu asmara yang ku rasakan ingin mengeluarkan kembali sisa sisa makanan kelmarin apabila mengeluarkan kata kata sebegini rupa.


Tahukah kamu mengapa aku mengeluarkan tindakan refleks sedemikian? Kerana suatu masa dahulu aku pernah meminatimu, dan mungkin juga menginginkanmu dalam diam diam begini. Ahh cukup. Sampai di sini sahaja untuk coretan kali ini kerana ku rasakan entry sebelum2 ini terlalu banyak mengenai dirimu. Assalamualaikum.










Related Posts with Thumbnails

Anniversary Cik Myla ♥

Daisypath Anniversary tickers