Hukum Minuman Dimasuki Semut



Orang kata, air yang dimasuki semut ni jika diminum bersama-sama semut tersebut, orang yang meminum'nya juga akan menjadi bodoh seperti semut. Tapi semut tu bodoh ke? Semut lebih bijak dari serangga lain sebenarnya. Apapun jom la kita tanya ustaz yang lebih mengetahui apa hukum minuman yang dimasuki semut dari pandangan Islam.

Soalan:
Bangkai semut yang masuk dalam minuman, apa hukumnya meminum air tersebut?

Jawapan:
Semut adalah binatang yang tidak mengalir darahnya. Bangkai semut adalah najis yang dimaafkan. Namun, masuk semut pada minuman itu, hukumnya ada 2 keadaan:

1) Semut masuk dalam keadaan sudah mati
Semut itu sudah menjadi bangkai tetapi jika masuk atas ikhtiar manusia, seperti memasukkan gula yang ada bangkai semut, maka air itu najis, tidak boleh diminum. Kalau masuk bukan ikhtiar manusia, contoh seperti ditiup angin selagi tidak mengubah sifat air, maka boleh diminum dengan syarat membuang dulu bangkai semut itu.

2) Semut masuk dalam keadaan hidup
Jika semut itu mati sendiri di dalam air, atas sebab ikhtiar manusia, maka air itu najis dan tidak boleh diminum. Ini boleh berlaku kerana air itu ditapis atau memasukkan gula yang ada semut, atau memasukkan air yang di dalam cawan mengandungi semut. Jika bukan dengan ikhtiar manusia, seperti ia masuk dengan sendirinya atau ditiup angin, maka tidak najis dan boleh diminum dengan syarat bangkai semut itu dibuang dahulu.

Wallahua'lam




Cerita Teladan


Di suatu masa dahulu, terdapat seorang alim ulamak yang tersohor kerana ilmu dan amalannya. Beliau adalah seorang penghafal Al-Quran dan juga penghafal beribu - ribu hadith sahih semenjak kecil lagi. Dan semenjak kecil lagi,beliau telah di hantar oleh kedua ibu dan bapanya untuk menuntut di Mekkah dan Madinah selama berpuluh tahun lamanya. Bapanya juga adalah seorang alim ulamak yang pernah mengembangkan agama Islam sampai ke negara selatan Siam.

Mengikut ceritanya, bapanya adalah orang pertama di zaman moden ini yang bukan daripada warga Arab Saudi diberi penghargaan mengimamkan solat fardhu di Masjidil Haram, Mekkah. Nak dijadikan cerita, pada suatu masa, alim ulamak tersebut telah jatuh sakit lalu tidak dapat untuk mengimamkan solat fardhu di suraunya.

Maka tiba - tiba datanglah seorang yang berpakaian buruk (seolah - olah kelihatan tidak siuman) sejurus sebelum solat fardhu di laksanakan. Alim ulamak tersebut telah meminta supaya orang yang berpakaian buruk tersebut untuk menggantikannya menjadi imam! Setelah solat fardhu selesai, maka orang yang berpakaian buruk tersebut telah memohon untuk mengundur diri.

Kelihatan senyuman terukir pada wajah murid – murid alim ulamak tersebut kerana semasa sembahyang fardhu tadi, orang yang berpakaian koyak tersebut tidak membaca surah fatihah dan surah yang lain dengan tajwid yang betul.

Mereka tidak biasa dengan keadaan sebegitu kerana guru mereka, yaitu alim ulamak tersebut, adalah seorang yang fasih dalam berbahasa arab serta mempunyai bacaan tajwid yang sungguh baik sekali (maklumlah seorang al-hafiz dan sudah berpuluh tahun belajar di Mekkah).

Maka alim ulamak tersebut telah bersalaman dan berpelukan dengan orang yang berpakaian buruk tersebut sebelum orang yang berpakaian buruk meninggalkan surau. Setelah itu, alim ulamak memanggil keseluruh muridnya berkumpul di hadapannya lalu beliau telah bercerita :

Pernah berlaku di suatu kampung di timur tengah dimana terdapat seorang pengembala kibas yang sangat alim, sangat suka merendahkan diri dan suka menolong penduduk kampung sekiranya di minta pertolongan. Cuma yang peliknya, ternakan kibasnya yang di kurung di dalam sebuah kandang yang serdehana besar itu tidak pernah luak walau banyak mana sekalipun orang datang untuk membeli kibas daripadanya.. Belilah sampai seratus ekor sekalipun, setelah kibas-kibas tersebut di bawa keluar daripada kandang, yang tinggal di dalam kandang tetap kelihatan sama banyak bilangannya seperti sebelum seratus ekor di bawa keluar daripada kandang!

Maka seluruh alim ulamak penduduk kampung telah beranggapan bahawa pengembala kibas tersebut adalah seorang aulia' Allah dan mereka telah bermuafakat untuk pergi berjumpa dengan pengembala kibas tersebut dan memohon supaya dia mengimamkan solat dimasjid kerana mereka mahu mengambil berkat menjadi makmum kepada pengembala kibas tersebut.

Hasrat mereka telah di persetujui oleh pengembala kibas. Sembahyang pun di laksanakan di masjid, dan pengembala kibas telah menjadi imam. Malangnya, semasa membaca surah fatihah dan surah berikutnya, bacaan beliau tidak sempurna tajwidnya. Maka setelah selesai sembahyang, seluruh penduduk kampung telah pulang kerumah masing - masing sambil ketawa terbahak - bahak kerana mereka berfikiran bahawa tanggapan mereka terhadap pengembala kibas sebelum ini sebagai aulia' Allah telah jauh meleset.

Pada malam tersebut, seluruh alim ulamak penduduk kampung telah bermimpi, dan mereka mendapat mimpi yang sama. Datang seorang lelaki yang tinggi dan kacak di dalam mimpi mereka dan lelaki tersebut telah mengatakan bahawa seumur hidup mereka bersembahyang, itulah baru kali pertamanya sembahyang mereka telah diterima Tuhan! Subhanallah!

Keesokan harinya, kesemua alim ulamak penduduk kampung berkumpul dimasjid untuk menunaikan sembahyang subuh dan setelah selesai sembahyang subuh mereka terus menuju ke kandang pengembala kibas. Malangnya, pengembala kibas telah tiada, kandang dan kibasnyapun telah tiada. Bekas kandangpun tiada, seolah – olah kandang kibas tidak pernah wujud!

Setelah selesai menceritakan kisah pengembala kibas, maka kebanyakan anak muridnya telah menangis kerana mereka tahu mereka telah membuat kesalahan kerana telah mendahalui Allah dengan merendahkan amalan makhluk Allah yang lain, sedangkan mereka sendiri tidak tahu akan kedudukan mereka di sisi Allah.

Allah Ta'ala telah berfirman yang bermaksud :

"Janganlah engkau semua melagak - lagakkan dirimu sebagai orang suci. Allah adalah lebih mengetahui kepada siapa yang sebenarnya bertaqwa."
(SurahAn-Najm : 32)

"Janganlah engkau memalingkan muka dari para manusia sebab kesombongan dan janganlah berjalan di bumi dengan takabbur, sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada setiap orang yang sombong dan membanggakan diri."
(Surah Luqman 18)




10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa

Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia.
Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.

Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.

1.Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

2.Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

3.Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.

Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.

Firman Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).

4.Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.

Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.

5.Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.

Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.

Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: ?Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah??

Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa?? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.

6.Melakukan apa yang disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.

Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.

Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).

Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.

7.Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.

Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).

Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

8.Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.

Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

9.Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

10.Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.

Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).

Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.

Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.

Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan..Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.




Orang Yang Paling...

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.



Siapa? Mengapa? Dimana? Bagaimana?

By Dr.Araz

Siapa? Mengapa? Dimana?Bagaimana?… kita SENYUM.

Siapa: Kita la… / Mengapa: Suka, gembira, hormat, setuju (+ve) /Di mana: Bila2 masa yang perlu dan sesuai. / Bagaimana: Mimik muka yang di bahagian bibir @ mulut melengkung keatas sedikit @ banyak (terpulang).

Antara khasiat senyum:

[Psikologi] Mengurangkan stress / membuatkan kita lebih rileks @ santai /menambah seri wajah.

[Kesihatan] Mengelak daripada sakit jantung / infeksi paru-paru / senaman / penyakit cepat @ mudah sembuh / mengurangkan rasa sakit.

(Hadith Riwayat Imam Trumudzi, Ibn Hibban & Al-Baihaqi):
"Tersenyum ketika bertemu saudara adalah ibadah."

(Hadith Riwayat Ad-Dailamy):
"Sesungguhnya Allah membenci orang-orang yang bermuka masam dihadapan saudara-saudaranya."

Rasulullah pernah berkata;
"Sesungguhnya pintu-pintu kebaikan itu banyak: tasbih, tahmid, takbir, tahlil (dzikir), amar ma'ruf nahyi munkar, menyingkirkan penghalang (duri, batu) dari jalan, menolong orang, sampai senyum kepada saudara pun adalah sedekah."

Jom senyum…





Peluang...

Setelah anda mempunyai peluang
1. Gunakan peluang yang ada sebaik mungkin
2. Jadikan peluang yang ada sebagai satu kelebihan bukan kekurangan
3. Jangan sia-siakan peluang yang ada… tak semua orang berpeluang
4. Jangan sesekali menggunakan peluang yang ada untuk keburukan
5. Bersyukur apabila mempunyai peluang
6. Mohon kepada yang Esa supaya peluang yang dikurniakan dapat digunakan untuk kebaikan diri sendiri dan juga orag lain.
7. Tawakal kepada Allah.

Dari Umar bin Khattab r.a berkata, bahwa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, 'Sekiranya kalian benar-benar bertawakal kepada Allah SWT dengan tawakal yang sebenar-benarnya, sungguh kalian akan diberi rizki (oleh Allah SWT), sebagaimana seekor burung diberi rizki; dimana ia pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar, dan pulang di sore hari dalam keadaan kenyang.
(HR. Ahmad, Turmudzi dan Ibnu Majah).


Pilihan Terbaik




Hadith :

Dari Abu Hurairah r.a katanya:

"Pada malam terjadinya israk dan mikraj di Baitul Maqdis, baginda dihidangkan dua gelas minuman, masing-masing berisi arak dan susu. Setelah baginda meneliti kedua gelas itu, maka baginda mengambil gelas berisi susu.

Berkata Jibrail:

"Segala puji bagi Allah yang membimbing anda memilih yang suci. Seandainya anda memilih arak, nescaya sesatlah umatmu."


(Muslim)




Huraian

Susu dan arak adalah simbolik kepada dua nikmat yang berbeza. Satunya bersifat nikmat sementara dan satu lagi bersifat nikmat yang kekal (berkhasiat pada tubuh manusia).

Sebagaimana yang ditekankan oleh ajaran Islam, arak adalah haram kerana ia memabukkan sekalipun padanya terdapat beberapa kebaikan yang lain tetapi yang nyata keburukannya telah mengatasi kebaikan.

Arak mampu membuatkan manusia hilang pertimbangan dan mengheret kepada berlakunya beberapa perkara buruk seperti maksiat, pembunuhan dan sebagainya. Oleh itu orang-orang Islam ditegah sama sekali meminum arak.

Sebaliknya pada minuman susu, ia menjadi minuman yang bukan sahaja tidak memabukkan bahkan boleh mengubati penyakit. Madu dan susu merupakan minuman kegemaran Rasulullah saw. Ia juga merupakan minuman yang istimewa di dalam syurga di hari akhirat kelak di samping arak di mana umat Islam yang tinggal di dalamnya dihidangkan dengan berbagai jenis makan dan minuman yang lazat, tidak memudaratkan malah belum pernah dirasai oleh manusia ketika di dunia.

Sesungguhnya keseronokan yang dinikmati di dunia itu bersifat sementara dan sedikit berbanding dengan nikmat di akhirat yang indah dan kekal abadi.


Seorang pemuda yang berhati teguh lagi cerdas

bila kehilangan sabarnya

ia tidak kehilangan permintaan maafnya........


RUMAHTANGGA YANG TANPA KEMARAHAN, TANPA PERGADUHAN DAN TANPA KELUH KESAH...........

Seorang wanita mengadu kepada ayahnya sambil menangis:

" Wahai ayahku, antara aku dan suamiku ada masalah kelmarin. Dia marah kerana sebuah ucapan yang keluar dari mulutku. Ketika aku mengetahui kemarahannya, aku menyesali apa yang aku perbuat dan aku meminta maaf kepadanya. Dia tidak mahu berbicara denganku dan memalingkan wajahnya dariku. Kemudian aku terus berada di hadapannya hingga ia tertawa dan kembali menerimaku. Sebelumnya aku sangat takut kepada Tuhanku bila Dia menghukumku atas saat-saat dimana aku telah membuat darahnya membara ketika dia marah."


Ayahnya berkata kepadanya :

" Wahai anakku sayang, demi Tuhan yang diriku berada dalam genggaman kekuasaanNya, sekiranya engkau mati sebelum suamimu memaafkanmu , tentulah aku pun tidak redha kepadamu. Tahukah engkau bahawa siapa pun wanita bila suaminya marah kepadanya, maka dia adalah wanita yang terkutuk, sebagaimana tersebut di dalam kitab Zabur, Taurat, Injil, dan Al-Quran, dan diperkeraskan penderitaannya dalam sakaratul maut, serta dipersempitkan kuburnya. Maka berbahagialah wanita yang diredhai oleh suaminya."


Seorang wanita yang soleh akan menjaga agar selalu dicintai oleh suaminya sehingga tidak mengotori keharmonian keluarga mereka.


Seorang suami telah memberi nasihat kepada isterinya :


Maafkanlah kesalahanku nescaya engkau kekalkan cintaku kepadamu dan janganlah engkau berbicara saat kemarahanku sedang memuncak

Jangan sekali-kali kau kipasi kemarahanku seperti engkau memukul rebana kerana sesungguhnya engkau tidak mengetahui bagaimana sikap orang yang tidak terkendali

Jangan engkau banyak mengeluh kerana ia akan mengikis cinta dan hatiku ini akan berubah menolakmu kerana tabiat hati itu tidak tetap. Sesungguhnya kulihat cinta dalam hati ini bila berpadu dengan rasa benci dalam waktu yang singkat rasa cinta itu akan hilang.



Positif Dan Negatif Malu







Sifat Malu Mendatangkan Kebaikan


Hadith :

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Sifat malu itu akan menghasilkan kebaikan"


Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Huraian

1. Sifat malu adalah suatu sifat yang terpuji.Sesiapa yang memilikinya akan terlepas daripada segala kejahatan kerana dengan adanya sifat malu kita tidak akan melakukan segala keburukan.

2. Sifat malu juga akan meninggikan darjat keimanan orang yang memilikinya.

Hadith :

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a:

" Suatu ketika Rasulullah SAW terserempak dengan seorang Ansar (lelaki) yang sedang menegur saudara lelakinya kerana ia sangat pemalu.

Ketika itu juga rasulullah SAW bersabda:

" Biarlah dia kerana malu adalah sebahagian daripada iman."


(al-Bukhari)

Huraian

Dari sudut syarak malu adalah menahan diri dari melakukan sesuatu yang mengakibatkan sesuatu yang negatif bukan malu tersipu-sipu yang tidak kena pada tempatnya. Sifat malu tersipu-sipu dan merendah diri ini adalah al-jahalu.


Contoh malu tersipu-sipu hingga takut menjawab soalan guru di kelas adalah contoh al-jahalu.
Sikap ini disebabkan kurangnya keyakinan diri dan lemah peribadi.
Tetapi al-haya' (malu) adalah disebabkan sifat percaya diri dan kuat keperibadian lantaran
kuatnya iman dalam menolak segala sesuatu yang negatif.


Maka sifat malu itu sendiri adalah sebahagian daripada iman dan terpuji. Sifat malu menjadikan seseorang jauh daripada perbuatan hina dan maksiat sebaliknya meletakkan dirinya dalam
keadaan kesempurnaan kerana selalu melakukan hal-hal yang positif.
Dia akan berkata bahawa:
" Sesungguhnya aku adalah lebih tinggi daripada perbuatan terkutuk itu dan aku lebih mulia
daripada perbuatan tercela itu.".

Dengan perkataan lain seseorang yang tidak mempunyai sifat malu, dia bukanlah hidup sebenarnya, tetapi sudah mati atau hampir mati imannya.











Segenggam Garam


Suatu pagi, seorang anak muda yang dirundung malang bertemu seorang tua yang bijaksana.

Langkah anak muda itu longlai dan air mukanya kelihatan pucat tidak bermaya serta seperti orang yang tidak bahagia. Tanpa membuang masa, anak muda itu menceritakan semua masalahnya. Impiannya tidak tercapai dan gagal dalam kehidupan dan percintaan sambil Pak Tua yang bijak itu mendengarnya dengan teliti dan saksama.

Dia kemudian mengambil segenggam garam dan meminta anak muda itu mengambil segelas air. Dia menabur garam itu ke dalam gelas sebelum mengacaunya dengan sudu.

"Cuba, minum ini dan katakan bagaimana rasanya...", ujar Pak Tua itu.
"Masin sampai pahit, pahit sekali," jawab anak muda itu sambil meludah ke sisinya sedangkan Pak Tua itu tersenyum melihat telatah tamunya.

Kemudian, dia mengajak tetamunya itu untuk berjalan ke tepi telaga di dalam hutan berhampiran tempat tinggalnya. Mereka berjalan beriringan dan akhirnya sampai ke tepi perigi yang tenang itu.

Pak Tua itu menabur segenggam garam ke perigi itu dan menggunakan sepotong kayu untuk mengacau dan mencipta riak air yang mengusik ketenangan telaga itu.

"Cuba ambil air dari telaga ini, dan minumlah". Sebaik anak muda
itu selesai meneguk air, Pak Tua berkata: "Bagaimana rasanya?"
"Segar." sahut tamunya.

"Apakah kamu rasa masin garam di dalam air itu?", tanya Pak Tua lagi.
"Tidak," jawab si anak muda.

Pak Tua menepuk punggung anak itu lalu mengajaknya duduk berhadapan, bersimpuh di tepi telaga itu.

"Anak muda, dengarlah. Pahitnya kehidupan adalah umpama segenggam garam, tak lebih dan tak kurang. Jumlah dan rasa pahit itu sama dan memang akan tetap sama. Tapi, kepahitan yang kita rasakan sangat tergantung dari wadah atau tempat yang kita miliki. Kepahitan itu akan diasaskan daripada perasaan tempat kita meletakkan segalanya. Itu semua akan tergantung pada hati kita.

"Jadi, saat kamu rasakan kepahitan dan kegagalan dalam hidup, hanya ada satu hal yang boleh kamu lakukan. Lapangkanlah dadamu menerima semuanya. Luaskanlah hatimu untuk menampung setiap kepahitan itu. Luaskan wadah pergaulanmu supaya kamu mempunyai persekitaran hidup yang luas. Kamu akan banyak belajar daripadanya," katanya.

Pak Tua itu terus memberikan nasihat dengan berkata: "Hatimu adalah wadah itu. Perasaanmu adalah tempat itu. Kalbumu tempat kamu menampung segalanya. Jadi, jangan jadikan hatimu itu seperti gelas, buatlah laksana telaga yang mampu merendam setiap kepahitan dan merubahnya menjadi kesegaran dan kebahagiaan."

Lalu, kedua-duanya pulang. Mereka sama-sama belajar pada hari itu. Pak Tua, si orang bijak itu, kembali menyimpan 'segenggam garam' untuk anak muda yang lain, yang sering datang padanya membawa keresahan jiwa.




Nama Baik

Alkisah pada suatu ketika dahulu, Angin, Air dan Nama Baik berjalan bersama-sama.

Angin, datang terburu-buru seperti orang yang sedang marah. Selalu melompat di sini dan menendang debu di sana. Air berjalan dalam bentuk seorang puteri. Ia selalu membawa kendi ditangannya, menitiskan beberapa air di atas tanah sekitarnya. Nama Baik hadir dalam bentuk seorang pemuda yang tampan dengan sikap-sikap yang baik, namun sedikit pemalu.

Mereka saling menyukai, meskipun sangat berbeza di antara satu sama lain. Ketika mereka harus berpisah, mereka bertanya, "Bila kita dapat bertemu untuk berjalan bersama lagi?"

Angin menjawab, "Engkau boleh menemui aku di puncak gunung-gunung atau melompat-lompat di sekitar kakimu. Meniup debu ke mana kamu pergi."

Air berkata, "Aku juga akan selalu ada disekitarmu. Kamu boleh pergi ke laut atau ke sungai, bahkan ke dapur, untuk menemuiku."

Nama Baik tidak mengatakan apa-apa.

Angin dan Air bertanya,"Nama Baik, bila dan dimana kita akan bertemu lagi?"

Nama Baik menjawab, "Kamu tidak akan bertemu aku lagi di mana pun. Sesiapapun yang telah kehilangan aku sekali , takkan pernah dapat memperolehi aku lagi."


Moral:

Kita perlu sentiasa menjaga maruah dan nama baik diri kita dan keluarga. Kerana jika sekali kita kehilangannya, amat sukar untuk kita memperolehinya sekali lagi.



Peribadi Ringkas Rasulullah

Peribadi Ringkas Rasulullah

By suyas


Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
Tanggal lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah)
Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
Nama bapak: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf
Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)



USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
. Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapak Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
· Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapak saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN
. (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun). · Bersama bapak saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
· Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah saja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapak saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapak saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kawin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
· Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah. · Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
§ Khadijah Binti Khuwailid
§ Saudah Binti Zam'ah
§ 'Aisyah Binti Abu Bakar (putri Sayyidina Abu Bakar)
§ Hafsah binti 'Umar (putri Sayyidina 'Umar bin Al-Khattab)
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
§ Zainab Binti Jahsy
§ Maimunah Binti Harith
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra'

Sumber Badan Dakwah Amar Makruf Nahi Mungkar




Tazkirah: Doa Belajar


Doa asas yang patut diamalkan setiap kali sebelum memulakan pembelajaran:

Allahummaftah alaina hikmataka, wansyur alaina min hazha ini rahmatika, ya arhamarrahimin

Ya Allah bukakanlah ke atas kami hikmat-hikmatMu, dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Seelok-eloknya baca dulu surah al-Fatihah kemudaian diikuti doa ini.





BAYI KECIL ITU BERKATA-KATA


Hari itu, seperti kebiasaan Mashitah menjalankan rutinnya. Rambut anak gadis Firaun disisir rapi. Perlahan-lahan dan lemah lembut perlakuannya selayak seorang penyisir rambut istana. Sudah bertahun-tahun Mashitah bekerja di istana Firaun. Cuma bezanya kini, hati Mashitah sudah diisi cahaya. Sinar iman dan hidayah sudah menyelubungi jiwanya. Kudratnya saja yang bekerja di istana Firaun, tetapi hati dan akidahnya terikat dengan ajaran Musa as.

"Allah!"kalimah itu terkeluar dari mulut Mashitah sebaik saja sikat yang dipegang terjatuh. Anak gadis Firaun turut mendengar kalimah itu. Serasa pernah didengar tetapi dia tidak ingat di mana. Mashitah lantas menekup mulutnya. Hatinya berdebar tidak keruan. Bagaimana dia boleh terlepas cakap. Selama ini rahsia dia memeluk Islam dipendam sebaik mungkin. Semua tahu, Firaun memang akan menzalimi dan menjatuhkan hukuman kepada sesiapa yang menerima ajaran Musa ketika itu.

"Mashitah, boleh kau ulang semula kalimah tadi?"Puteri Firaun meminta kepastian.

"Tiada apa-apa tuan puteri," Mashitah menjawab ringkas. Segera disisirnya rambut puteri itu. Selesai saja tugasnya, Mashitah terus bergegas pergi. Langkahnya diekori dengan pandangan curiga puteri Firaun.

"Nantilah, akanku laporkan pada ayahanda Firaun,"desis puteri itu.

Sememangnya tidak lama untuk menanti. Esoknya, berita pengislaman Mashitah sudah sampai ke telinga Firaun. Kemarahan Firaun kali ini benar-benar tercabar. Masakan dia begitu cuai sehingga pembantu istananya sendiri tega belot kepadanya yang mengaku sebagai tuhan. Agenda jahat Firaun terus berkuasa. Dikerahnya pengawal memasak air panas di dalam sebuah kawah besar. Jika benar Mashitah mengengkarinya, hukuman berat pasti menantinya.

Lantas Mashitah dan keluarganya ditangkap. Suami dan dua orang anaknya termasuk seorang yang masih bayi dijadikan tawanan. Firaun bertanya dengan bongkak.

"Mashitah, siapakah tuhanmu?"

Mashitah menjawab "Tuhanku adalah Allah SWT".

Sejurus itu, pengawal menolak suaminya ke dalam air panas. Tersentap hati Mashitah melihat suaminya yang meronta di rebus hidup-hidup. Firaun bertanya lagi soalan yang sama namun Mashitah masih memberi jawapan yang sama. Kali ini, anaknya yang sulung pula ditolak ke dalam kawah. Tersayat hatinya melihat darah daging sendiri lebur di dalam air menggelegak.

Kali ketiga, Firaun bertanya lagi soalan yang sama. Pengawal pula sudah siap mengangkat bayinya yang masih merah itu untuk dicampak ke dalam kawah. Kala itu, naluri keibuan Mashitah benar-benar teruji. Tidak sampai hatinya mengenang anak kecil itu menanggung penderitaan direbus hidup-hidup. Dengan air mata yang berlinang, hati Mashitah mula berbelah bahagi.

"Tidak mungkin aku mengaku Firaun sebagai Tuhan, dan bagaimana pula aku tega membiarkan tubuh bayiku dimamah air panas, Ya Allah, kuatkan imanku," Mashitah merintih sedih.

Di saat-saat getir itu, Allah menunjukkan kebesarannya. Bayi kecil Mashitah pun berkata-kata. "Ibu, usah bimbang, usah takut, kita berada di jalan benar. Syurga sedang menanti kita."

Suara bayi kecil itu meruntun hati Mashitah. Demi Allah, imannya kian bertambah tatkala melihat kebesaran Tuhan. Mashitah merebut bayi kecil itu dari tangan pengawal. Lantas dia terjun bersama bayinya ke dalam air menggelegak. Hanya Allah mengetahui, betapa besar pengorbanan Mashitah. Demi mempertahankan iman, bukan saja tubuhnya, malahan orang-orang kesayangannya turut terkorban. Syahidlah keluarga Mashitah dan terbukalah pintu syurga buat mereka. Diriwayatkan juga dalam perjalanan Israk Mikraj, Rasulullah tercium bau yang sangat harum. Tidak pernah tercium bau semerbak itu dalam hidupnya.

"Bau apakah ini?"tanya baginda.

"Inilah bau dari kubur Mashitah, salah seorang penghuni syurga yang tinggi darjatnya," jelas Malaikat Jibril.





Betapa Miskinnya Kita



Suatu hari, ayah dari keluarga yang sangat sejahtera membawa anaknya melawat ke sebuah negara yang sebahagian besar penduduknya hidup dari hasil pertanian, dengan niat untuk menunjukkan bagaimana kehidupan orang-orang yang miskin kepada anaknya.

Mereka menghabiskan waktu seharian di sebuah tanah pertanian milik keluarga yang kelihatan sangat miskin. Apabila pulang dari perjalanan tersebut, sang ayah bertanya kepada anaknya.

"Bagaimana perjalanan tadi?"

"Sungguh luar biasa, Pa."

"Kamu lihatkan bagaimana kehidupan mereka yang miskin?"tanya sang ayah.

"Iya, Pa" jawabnya.

"Jadi, apa yang dapat kamu pelajari dari perjalanan ini?"tanya ayahnya lagi.

Si anak menjawab, "Saya melihat kenyataan bahawa kita mempunyai seekor haiwan peliharaan sedangkan mereka memiliki empat ekor.

Kita miliki sebuah kolam yang panjangnya hanya sampai ke tengah-tengah taman, sedangkan mereka memiliki sungai kecil yang tak terhingga panjangnya.

Kita memasang lampu taman yang dibeli dari luar negeri dan mereka memiliki bintang-bintang di langit untuk menerangi taman mereka.

Beranda rumah kita begitu lebar mencapai halaman depan dan milik mereka seluas horizon.

Kita tinggal dan hidup di tanah yang sempit sedangkan mereka mempunyai tanah sejauh mata memandang.

Kita memiliki pelayan yang melayani setiap keperluan kita tetapi mereka melayani diri mereka sendiri.

Kita membeli makanan yang akan kita makan,tetapi mereka menanam sendiri.

Kita mempunyai dinding indah yang melindungi diri kita dan mereka memiliki teman-teman untuk menjaga kehidupan mereka."

Dengan cerita tersebut, sang ayah tidak dapat berkata apa-apa.

Kemudian si anak menambah,

"Terima kasih, Pa, akhirnya saya tahu betapa miskinnya diri kita."


Kemaafan dan Terima Kasih

Ini adalah sebuah kisah tentang dua orang sahabat karib yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. Di tengah perjalanan, mereka bertengkar, dan salah seorang menampar temannya. Orang yang kena tampar, berasa sakit hati, tapi tanpa berkata apa-apa pun, dia menulis di atas pasir : HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENAMPAR PIPIKU.

Mereka terus berjalan, sampai menemui sebuah oasis, di mana mereka membuat keputusan untuk mandi. Orang yang pipinya kena tampar dan terluka hatinya, cuba berenang namun nyaris tenggelam dan lemas, tetapi berjaya diselamatkan oleh sahabatnya. Ketika dia mulai sedar dari lemas dan rasa takut sudah hilang, dia menulis di atas sebuah batu : HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENYELAMATKAN NYAWAKU.

Orang yang menolong dan menampar sahabatnya, bertanya, "Kenapa setelah saya melukai hatimu, kamu menulisnya di atas pasir, dan sekarang kamu menulis di batu ?"

Temannya sambil tersenyum menjawab, "Ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang menghembus dan menghapus tulisan tersebut. Dan bila sesuatu yang luar biasa terjadi, kita harus memahatnya di atas batu hati kita, agar tidak hilang ditiup angin."


Moral:

Dalam hidup ini sering timbul berbeza pendapat dan konflik kerana sudut pandangan yang berbeza. Oleh sebab itu, cubalah untuk saling memaafkan dan lupakan masalah lalu. Belajarlah menulis di atas pasir




Adik


Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah. Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk memandang lantai. "Baik, kalau tak mengaku, dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata,

"Saya yang ambil!" Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut: "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?" Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata, "Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!". Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!" "Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak. "Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu. "Ayah, saya tak mahu ke sekolah lagi!" Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis. "Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!" "Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak. "Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti." Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Diatas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat..... "Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak." Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa : "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!" "Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?" Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!" Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?" Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik. Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata." Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak." Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. "Emak, tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik." "Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka." Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan."Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. "Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."Apalagi...aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik. "Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik. "Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk. "Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya. Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada.
Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?" Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...." katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati. "Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila." Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.





Hati Seorang Ayah


Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya.

Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya : "Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok ?"

Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.

Si ayah menjawab : "Sebab aku lelaki."

Anak perempuan itu berkata sendirian : "Saya tidak mengerti".

Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan.

Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan : "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki."

Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan.

Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya : "Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit ?"

Ibunya menjawab : "Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian."

Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga masih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok?

Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu seolah- olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.

"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."

"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting- tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya."

"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya".

"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih- payahnya."

"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya".

"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya.

Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi."

"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya."

"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga ( seri / penyokong ), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."

Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.

"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah."


Moral:

Bila ayah anda masih hidup jangan sia-siakan kesempatan untuk membuat hatinya gembira. Bila ayah anda telah tiada, jangan putuskan tali siratulrahim yang telah dirintisnya dan doakanlah agar Tuhan selalu menjaganya dengan sebaik-baiknya.



Si budak penjual kuih


Hari itu selepas seminggu beraya dikampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk,saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

"Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalng dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar bekereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin Abang perlukan kuih saya untuk adik-adik Abang, ibu atau ayah Abang" katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian dihati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit Abang tadi pada pengemis tu? Duit tu Abang bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!


Moral :

Satu perjalananan seorang kanak-kanak yang begitu taat kepada perintah Allah s.w.t.
Semoga menjadi renungan bersama




Panggilan terakhir seorang guru..


Cik Alia Kartina. Bagiku sebaris nama itu amat unik…dan nama yang unik inilah yang telah menjadi penyambung kepada lakaran sejarah kehidupanku. Namun sayangnya aku tidak mengerti akan percaturan yang di aturkan oleh Ilahi.
Sehingga kini, sebaris nama masih bermukim di hati ini dan biarlah ia kekal bersemadi di situ.

Kupandang ke kanan, ke kiri, ke depan, dan kebelakang. Set!! Dengan penuh perasaan kepura-puraan, aku menyelitkan buku-buku di tangan ku itu ke dalam beg sandang yang kubawa itu. Bukannya apa, kad perpustakaan yang dibekalkan oleh pihak sekolah kepadaku hilang. Sampai sekarang aku masih belum membuat kad perpustakaan yang baru. Dan sesungguhnya ianya telah memberi kesan yang amat mendalam kepadaku yang amat tergila-gilakan buku sains fiksyen dan juga beberapa jenis buah novel. Aku amat tertarik pada buku yang memaparkan pelbagai warna yang cantik dan berwarna-warni. Perhatianku akan tertumpu sepenuhnya pada buku, malahan jika aku sudah mendapat sesebuah buku, makan minumku sudah tidak kuhiraukan lagi.

‘Kamu…yang pegang beg sandang warna hitam, berdiri di situ!!!’
Zappp!!! Aku tersentak. Akukah itu? Perlahan aku pusingkan badanku. Kulihat seorang perempuan asing menuju ke arahku. Dan terus kian menghampiriku. Dan aku pula hanya menunggu saat dan waktunya.

‘Kamu mencuri buku perpustakaan ye…’
Perempuan itu berbisik keras ke arahku. Hanya cukup untuk didengari oleh kami berdua sahaja.
Sekali lagi…aku…huh kelu lidah untuk kuberbicara. Kali pertama aku ‘tertangkap’. Dalam usaha aku menyusun petah bicara, otakku masih mampu bergerak memikirkan siapakah gerangan perempuan ini. Ataupun lebih tepat, wanita ini sudah ada yang punyakah? Cis, dalam diam aku masih mampu bergurau walaupun diriku sudah berada di dalam mulut buaya saat ini.

‘Cikgu tanya, kamu mencuri buku perpustakaankah?’
‘Errr..sebenarnya cikgu, saya…saya…sebenarnya…errr….’
‘Sebenarnya…sebenarya…apa?’
Oo cikgu baru rupanya. Terkejut aku apabila dia berbisik keras menagih jawapan daripadaku.
‘Siapa nama awak?’
‘Nama saya Tengku Alia Zafrina Tengku Hamid, cikgu.’ Dalam getarnya aku masih mampu menjawab.
‘Terus terang saya katakana saya nampak apa yang awak buat tadi. Kali ini, cikgu lepaskan awak. Jangan sampai cikgu tangkap kamu lagi buat kali kedua. Bye Tengku Alia Zafrina Tengku Hamid.’

Aku ditinggalkan terpinga-pinga. Biar betul cikgu ni? Baiknya dia. Tapi aku benci cikgu tu. Inilah kali pertama nama aku disebut dengan penuh. Bencinya!!! Huh…betul-betul benci!

Itulah pertemuan yang pertama aku dengan cikgu baru itu. kami berjumpa kerana aku membuat perangai. Kali pertama aku merasakan serba salah. Dalam diam, aku meletakkan kembali buku itu ke tempat asalnya.

Malam itu, seperti biasa aku ‘online’ . Aku ‘chatting’ bersama rakan lamaku. Sehingga lewat malam. Banyak perkara yang kami borakkan. Itupun sebab telah lama kami tidak ‘bersua’ di alam siber ini. Jam 4.30 pagi, aku menutup suis komputer. Selepas itu, aku berjalan terus menuju ke arah katil kesayanganku.

Nah itu dia! Natijahnya aku terima pada pagi itu juga. Aku ditahan kerana lewat sampai di sekolah pada pagi itu. Yang hairannya, boleh pulak aku seorang sahaja yang lewat. Memang dah nasib agaknya.

‘Alia, jom saya bawa awak jumpa cikgu yang bertugas hari ni. Ini adalah arahan dia.’

Dan aku mengeluh lagi. tanpa bersoal jawab, aku mengekori pengawas yang bertugas pada pagi itu. Ha, cikgu ini lagi!! aduh! Sudah jatuh ditimpa tangga…

‘Awak lagi, Tengku Alia Zafrina Tengku Hamid? Kenapa lewat pagi ini? Ni kali kedua saya tangkap kesalahan awak. Apa alasan awak?’
‘Saya..saya..eerrr..’
‘Errr…errr…itulah jawapan awak ye Tengku Alia Zafrina Tengku Hamid? Sebagai hukuman, cikgu nak awak kemaskan meja cikgu masa rehat nanti. Bolehkan Tengku Alia Zafrina Tengku Hamid?’
Bencinya aku! Cikgu itu berterusan memanggilku dengan nama penuhku.
‘Boleh tak cikgu jangan sebut nama penuh saya? Masuk ni kali ketiga dah cikgu sebut nama penuh saya’ aku membentak keras.

Sesaaat…
Dua saat…

Suasana menjadi sepi. Aku dapat lihat air mukanya yang berubah. Aku terlalu keraskah…namun seketika selepas itu…
‘Kenapa? Tak bolehke saya sebut nama penuh awak? Ala baru 3 kali. Manala tahu, ini kali terakhir saya panggil nama penuh awak dan tidak ada orang yang memanggil nama penuh awakkan? Jadi biarla saya yang panggil, biar saya jadi yang teristimewa sikit. Baru awak ingat dekat saya. Okla…dah lewat ni, pergila masuk ke kelas. Maafkan cikgu ye… cepat-cepat masuk kelas’

Aku pantas bergegas meninggalkan ruang bilik guru itu. Aku sudah terlewat benar untuk menhadiri kelas ekonomi. Habisla, nanti kena marah oleh Miss Tan. Aduh, habisla. Hari itu berlalu dengan lambat sekali aku rasakan. Dan seperti yang diarahkan, aku membersihkan tempat Cikgu Alia. Selepas itu, aku meneruskan waktu pembelajaranku.

Perutku sudah berbunyi, lantaran aku tidak sempat untuk membeli makanan pada waktu rehat. Aku bergegas keluar dari bilik darjah. Aku ingin segera pulang ke rumah.

Tanpa aku sedari, sewaktu melintas jalan…

‘Alia…tepi cepat, kereta tu!!! Cepat! Alia!!’
Aku terpaku. Aku menoleh ke arah suara itu. benarkah dia yang memanggilku dengan panggilan itu. Aku melihat dia yang menjerit-jerit. Akhirnya… akhirnya dia memanggil namaku dengan panggilan yang pendek. Namun itu semua hanya untuk seketika…hanya seketika. Pandanganku mula kelam…
Saat aku membuka mataku…aku melihat umi dan abah setia berada di sampingku. Aku mula mengingati kembali apa yang terjadi…

‘Umi, ada tak cikgu adik datang? Perempuan? Yang cantik manis itu?’

Umi tidak menjawab pertanyaanku. Air matanya mengalir tanpa dipinta.Dan segalanya terjawab…segala-galanya, sehingga aku tidak punya ruang untuk bertanya lagi…tidak lagi..

Rupa-rupanya Cikgu Alia merempuh ke arah aku, kerana aku masih tidak berganjak sewaktu dia memberi amaran padaku. Dan rupanya, dia yang menyelamatkan aku…sedangkan dia sendiri…Arghhh..sukarnya untuk kuperkatakan. Kata umi, Cikgu Alia baru sahaja selesai dikebumikan. Rupanya Cikgu Alia hanya menunggu waktunya sahaja. Dia mengalami penyaki jantung berlubang. Dan mata ini adalah pemberiannya. Aku disahkan buta kerana serpihan kaca yang memasuki ke kornea mataku. Cikgu…apa yang telah kau lakukan ini. Aku bersalah padamu cikgu. Maafkan aku. Mata ini…atau lebih tepat matamu ini adalah pemberian yang tidak terhingga. Terima kasih cikgu.



‘Kenapa? Tak bolehke saya sebut nama penuh awak? Ala baru 3 kali. Manala tahu, ini kali terakhir saya panggil nama penuh awak dan tidak ada orang yang memanggil nama penuh awakkan? Jadi biarla saya yang panggil, biar saya jadi yang teristimewa sikit. Baru awak ingat dekat saya. Okla…dah lewat ni, pergila masuk ke kelas. Maafkan cikgu ye… cepat-cepat masuk kelas’

Aku bersalah padamu cikgu..aku bersalah padamu. Sungguh, aku yang bersalah. Benarlah katamu itu cikgu…itu adalah panggilan yang pertama dan yang terakhir. Benar – benar yang terakhir. Sehingga kau tidak memberi peluang kepadaku untuk berterima kasih kepadaku.


‘Tengku Alia Zafrina Tengku Hamid. Sila masuk. Sekarang giliran awak untuk ditemuduga.’ Aku tersenyum.
Sudah lama aku tidak mendengar orang memanggil nama penuhku. Tengku Alia Zafrina Tengku Hamid. Itu adalah peristiwa 5 tahun yang lalu. Terima kasih cikgu. Jika tidak keranamu, aku tidak mungkin berdiri di sini…kerana matamu ini…kerana pengorbananmu ini, aku mampu berdiri di sini.

Dengan lafaz bismillah…aku melangkah masuk ke bilik temuduga. Cikgu, semoga aku berjaya…



Antara Pengorbanan Cinta dan Ilmu Agama


Perkenalan kami bermula dengan aku begitu tertarik dengan agama yang ada pada diri Aisyah. Imbang PenuhPertemuan pertama kami begitu mengujakan. Pertama kali dalam hidupku berjumpa dengan gadis yang begitu pemalu dan menjaga pandangan matanya. Ya, dalam tersenyum pada ketika itu juga aku teringat pada lirik lagu Kasih-Kekasih In-team ‘Wanita Hiasan Dunia, Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah’.

Lamunanku terhenti bila Ustaz Zack masuk ke bilik kuliahku untuk madah Qiraat Ilmi. Sejak detik itu aku sering memerhatikannya perwatakan gadis solehah yang menjadi idaman hatiku sekian lama. Aku cuba merisik khabar berita bertanya samaada bunga idamanku sudah berpunya kumbangnya atau belum. Ternyata setelah dirisik, aku masih berpeluang untuk menjadi kumbangnya.

Namun aku tidak berani untuk mendekati dirinya, bukan kerana takut. Tapi kerana segan dengan kekurangan diriku. Siapalah aku kalu dibandingkan dengannya. Dia belajar disekolah Arab tersohor di sebelah Utara. Sedangkan aku hanya seorang pemuda yang baru nak bertatih belajar agama. Ya benar aku juga belajar di sekolah agama, tapi itu dulu 4 tahun lepas. Sudahlah madah-madah arab seperti di Sekolah Arab aku tidak belajar, Bahasa Arab Tinggi aku pun hanya mendapat 8E. Pastinya aku berasa cukup kerdil untuk mengenalinya.

Terus aku pendamkan saja niat baikku untuk menjadikannya suri dihati. Alhamdulliah takdir Allah telah menetukan segalannya. Aku mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir semesterku. Keputusan itu memberi sedikit kekuatan untukku mengenalinya. Aku mengunakan sahabatku sebagai orang tengah untuk menyampaikan hasrat hatiku. Ternyata cintaku berbalas. Cuma katanya aku boleh mengenalinya setelah mendapat izin dari orang tuanya. Ya Allah cukup besar kurnianmu ini. Seorang gadis yang taat dan patuh pada Tuhan dan kedua Ibubapanya.

Setelah mendapat restu daripada ibubapaku, aku bersedia untuk bertentang mata dengan ibubapanya. Aku masih ingat ketika itu Jam tepat pukul 10.30 pagi. Sebelum berangkat aku menunaikan solat hajat 2 rakaat memohon agar dipermudahkan pertemuan ini. Dengan penuh pengharapan aku berdoa pada tuhan yang memberi cinta ini padaku. Andai benar ada jodoh antara kami, maka satukanlah hati kami menjadi satu. Andai tiada jodoh antara kami aku mohon agar kau selesaikan perkara ini dengan baik.

Alhamdulillah, aku berasa sedikit tenang akan luahan rasa pada tuhanku yang maha satu. Aku ditemani oleh temanku yang juga seusia denganku. Dia begitu memahami dilemaku. Mungkin kerana kami sama-sama sudah berusia. Perjalananku ke rumah Aisyah sedikit bermasalah kerana alamatnya sedikit sukarku fahami. Namun setelah sejam akhirnya kami tiba disambut oleh Abi (panggilan Aisyah pada Ayahnya). Abi seorang ramah dan baik hati. Keadaan itu membuatkanku sedikit tenang. Apa yang menarik tentang Abi, dia mempunyai Fikrah Islam walaupun profesiannya bukanlah dibidang agama. Aku cukup kagum. Dan dari situ aku sedar bahawa sahsiah Aisyah bertitik tolak dari biah keluarganya yang memberikan tarbiah yang mantap tentang agama. Benar sabda nabi kita.

Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah semulajadi. IbuBapalah yang menjadikannya Yahudi atau Kristian atau Majusi.
(Riwayat Muslim, Bab Qadar No 2658)

Perbualanku kami berkisar soal hasratku terhadap Aisyah. Abi memberitahu dia faham akan hasrat baikku. Dan katanya ini sunnah. Namun nasihatnnya, aku perlu sedar kerana sunnah ini sedikit sukar untuk dilaksanakan berbanding sunnah-sunnah yang lain kerana terlalu banyak dugaan yang akan kunjung tiba dan memerlukan hati yang cukup sabar. Diakhir perbualan kami, Abi merestui hubungan ini dan menunggu perbincanganku dengan keluargaku tentang perkara ini.

Akhirnya setelah beberapa ketika ayah dan ibuku datang untuk merisik Aisyah. Aku menyatakan hasratku pada ibuku yang kami ingin kawin awal. Aku takut kalau pertunagan kami diikat lama-lama akan menganggu tumpuanku pada Al-Quran. Lagilah pula umurku sudah lewat untuk menghafaz Quran. Untuk mendapatkan Tasmi’ Quranku setiap hari, aku memerlukan masa hampir 5 jam untuk sehelai Quran. Cukup-cukup berat. Kadang-kadang aku menangis sendirian mengenangkan sukarnya untukku menghafaz Quran. Mujurlah ada teman-temanku yang sudah Hafiz sebelum ini memberi semangat padaku bahawa semua ini dugaan biasa bagi seorang yang akan diberikan amanat untuk menjaga Kalam Allah. Pastinya Allah akan memberi dugaan yang berat bagi menguji sejauh mana komitmenku untuk menghafaz Quran.

Ibu diam seketika. Ibu merenung jauh ke dalam mataku. Perlahan air matanya mengalir sayu. Kenapa ibu? Tanyaku. Dengan nada sebak ibu bersuara. “Ibu takut semua itu akan menganggu pengajianmu, Namun insyaallah ibu akan usahakan”. Aku terus mencium tangan ibu. Maafkan abang ibu, abang cuma harap ibu mengerti yang abang takut perkara buruk terjadi kalau abang kawin lewat.

Malam itu udara berlalu dengan cukup dingin. Ya mungkin kerana esok adalah hari ulang tahun kelahiran Rasullah S.A.W. Malam itu aku sekali lagi aku merafak sembah pada raja segala raja. Aku menghina diri, merayu dan memohon agar dipermudahkan segala kebutuhan hatiku kala ini. Hanya engkau yang maha mengetahui dan tahu apa yang paling sesuai untukku.

Pagi itu sang mentari segar memancarkan sinarnya. Nyata keberkatan hari kelahiran baginda masih terasa walaupun sekian lama baginda telah meninggalkkan kita. Setelah bersalam dengan keluargaku, aku berangkat ke asrama. Bagiku lebih selesa kalau aku menunggu jawapan keluarga Aisyah disampai teman-temanku. Kurang sedikit debaran hatiku jika diselangi dengan senda gurau teman-temanku.

Tiba aku di asrama kira-kira jam 8.30 pagi. Suasana asrama lengang, hanya ada sekitar 5 hingga 7 orang saja dari teman-temanku. Semua sedang tidur. “Ah mungkin mereka letih menghafaz Quran semalam untuk tasmi’ kami esok hari.” getus hati kecilku. Aku mempersiapkan diriku untuk ke masjid. Daripada aku bersama mereka syahid (dalam erti kata tidur) lebih baik aku menghafal Quranku masjid.

Aku memulakan hafalanku di awal juzuk 8. Ada lagi 3 juzuk muqarrar yang perlu aku habiskan dalam masa 6 minggu lagi. Untuk semester ini aku perlu menghabiskan hafalanku sebanyak 5 juzuk selama 14 minggu. Malaupun 14 minggu merupakan masa yang lama, namun semester ini kami berhadapan dengan banyak cuti umum dan menjejaskan tasmi’ Quran kami. Kalau dihitung-hitung tak sampai pun 10 minggu hari kuliah kami semester ini. Aisyah pula kalau tidak silapku berada diawal surah Al-A’raf, setengah juzuk dihadapanku.

Suasana di masjid itu cukup selesa untuk ku menghafaz Quran dengan dindingnya lohong dan tidak berpintu, memudahkan orang ramai untuk singgah dan menunaikan tanggungjawab 5 waktu mereka. Masjid inilah juga yang menjadi nadi utama kuliah Tahfizku. Masjid ini telah melahirkan ratusan hafiz sejak 20 tahun dahulu. Mungkin kerana keberkatan Al-quran yang sering dibaca disini menjadikan ia salah satu masjid yang cukup imarah setiap waktu dan masjid ini juga hampir setiap malam mempunyai kuliah-kuliah agama yang memaut hati setiap pencinta ilmu disini.

Aku memulakan hafalanku dengan istigfar atas dosa-dosaku, selawat keatas junjungan besarku dan surah Al-Fatihah. Masa berlalu dengan begitu pantas, setelah 2 jam aku memerah otakku untuk menghafal semuka Al-Quran aku keletihan dan berehat sekejap. Tiba-tiba telifon bimbitku berbunyi dengan lagu Mengemis Kasih The Zikr, lagu yang amat-amatku minati.

Tuhan dulu pernah aku menangis simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah
Semalam sudah sampai ke penghujungnya
Kisah seribu dukaku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi ku ulangi kembali
Gerak dosa yang menghiris hati
Tuhan dosaku mengunung tinggi
Tapi rahmatmu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmatku di bumi
Tuhan walau taubat sering ku mungkir
Namun pengampunnamu tak pernah bertepi
Bila selangkah ku rapat padamu
Seribu langkah kau rapat padaku
Allah…………

Rupanya mesej dari kakakku. Kak sudah selesai jumpa keluarga Aisyah, Abang duduk kat mana tu? Mak dan abah nak jumpa. Alhamdulillah, terus aku membalas mesej itu. Abang ada kat masjid ni, mari lah. Penantian penuh debaran, aku tidak sangka semua ini berlalu dengan begitu cepat. Namun aku masih tertanya-tanya adakah rancanganku untuk kawin awal dipersetujui oleh mereka. Semua itu cukup menekankan fikiranku. Sukar bagiku untuk meneruskan hafalan dalam keadaan begini. Aku menapakkan kakiku ke belakang masjid untuk minum air sejuk di Water Cooler. Aku meneguk perlahan-lahan air sejuk itu sehingga habis. Moga-moga air sejuk ini dapat menenangkan sedikit kegusaran hatiku ketika ini.

Tiba-tiba aku terdengar jeritan kecil dari seorang kanak-kanak “Ayah Cik”. Aku terus berpaling. Itu pasti panggilan dari anak bongsu kakakku Diyana yang berusia 6 tahun. Sudah sampai rupannya mereka. Diyana melambai-lambai dari kereta Nazaria kakakku, dan aku dapat melihat kereta Waja abangku mengikuti dibelakang bersama ibu-bapaku. Ini kali pertama bagi abangku melawatku setelah hampir 9 bulan aku menuntut ilmu disini.

Mereka meletakkan kereta disebuah pondok dibahagian belakang masjid. Dalam perasaan yang penuh debaran aku berlari-lari anak menemui keluargaku. Aku mencium tangan kedua ibu bapaku. Semua adik-beradikku tersenyum melihat telatahku. “Bereh blako doh, alik dia setuju. Cumonyo nak nikoh awal tu tak brapo bulih lagi la. Bukan gapo takut ganggu ngaji. Ayah dia mitok perabis 30juzuk dulu. Abis awal kawin awal. Tapi ayah dia kata boleh runding lagi” kata ayahku dengan nada memujuk dalan loghat pantai timur. Aku redha dengan dengan keputusan itu walaupun ada sedikit tentangan dalam hati kecilku.

Allahhuakbar… Allahuakbar. Laungan azan Zohor itu menamatkkan perbulan kami. Dengan perlahan ibu kesayanganku mencelah. “Gi la smaye dulu, pahni nak kelik jauh pulok”. Kami solat zohor secara berjemaah dengan anak mukim yang lain. Diimamkan oleh imam yang satu untuk menyembah tuhan yang satu. Selesai wirid dan doa dari imam, aku melihat ayah menuju kesuatu sudut untuk menunaikkan solat sunat . Diakhir solatnya aku melihat ayah begitu tekun dan terkumit-kumit membaca sesuatu. Jarang aku melihat ayah begitu kusyuk berdoa. Mungkin ada sesuatu yang ingin dia kongsi bersama Allah yang maha mengetahui.

Aku melihat dari jauh ibu sedang membimbit bag kain sembahyangnya menuju ke kereta. Abangku sudah ada didalam kereta sambil menghidupkan enjin. Abangku dahulunya seorang akautan yang berjaya, namun mengambil keputusan untuk berhenti kerja setelah tidak mampu lagi hidup dalam suasana rasuah dan penuh dengan riba. Dia kini seorang guru yang bahagia dengan tugas-tugasnya. Tiada lagi tekanan dari bosnya untuk mengaudit projek Rm10 juta menjadi Rm20 juta, yang ada kini bagaimana untuk menghasilkan lebih ramai pelajar yang dapat cemerlang dalam SPM disamping mempunyai sahsiah yang tinggi. Aku yakin dia tidak akan menyesal dengan takdir ini walaupun suatu ketika dahulu dia antara 10 pelajar terbaik SPM MRSM Pengkalan Chepa Kelantan dan pernah ditawarkan melanjutkan pelajaran di Oxford Universiti. Kerana yang pasti, setiap percaturan Allah pasti ada kesudahan yang baik.

Sebelum bertolak balik ibuku memberi kata-kata semangat kepadaku. “Abe ngaji sungguh la, mak nak sangat tengok abe jadi Hafiz. Abe sore jah harape ma, adik-beradik lain tak leh dah” kata ibu. Kata-kata itulah yang sering aku dengar sejak kecil dan ialah yang menjadi azimat bagi diriku hingga hari ini. Aku mengucup tangan ibubapaku sebelum mereka berangkat pulang. Aku sempat melihat urat-urat yang sudah banyak muncul dijari ayahku. Keringatnya cukup membuatku terharu. Dia adalah seorang ayah yang cukup hebat dan sering memberiku semangat untuk untuk berjaya dulu,kini dan insyallah selamanya.

Malam itu, selepas solat isyak. Aku meneruskan rutin hafalanku sehingga pukul 11.30 malam. Sudah terlalu letih rasanya. Aku menuju ke paip air masjid untuk memperbaharui wudukku bagi menghilangkan rasa mengantuk. Selepas itu aku menunaikan solat hajat dan taubat dua rakaat sebelum tidur. Moga-moga Allah mengampunkan kekhilafan yang banyakku lakukan hari ini.

Namun entah kenapa malam ini sukar benar aku melelapkan mata. Mungkin kerana SMS daripada ayah Aisyah selepas magrib tadi.
Assalamualaikum, pakcik harap kamu dapat menerima keputusan yang dibuat. Walauapapun, pakcik sudah menganggap kamu sebahagian dari keluarga ini. Banyak puasa… Moga Allah merahmati kamu.

Aku mengerti, mungkin ada hikmat dari semua ini. Tapi entah mengapa aku rasa cukup lemah, mampukah aku menahan rinduku padanya. Adakah kami dapat mengelakkan diri kami dari maksiat. Aku buntu. Kami sekelas dan setiap hari aku akan melihat wajahnya. Dan terkadang aku takut akan timbul fitnah yang besar. Kata orang bertunang ni banyak dugaan… Aku bukan hendak menafikan hadist rasul yang dinyatakan oleh ayah Aisyah.

Wahai para pemuda! Sesiapa yang berkemampuan hendaklah dia berkahwin, kerana ia akan menutup pandangan dan menjaga kehormatan. Sesiapa yang tidak berkemampuan hendaklah dia berpuasa, kerana berpuasa adalah pendindingnya.

(Riwayat Bukhari Dalam Bab Nikah)

Aku akui akan kebenaranya. Namun yang aku pertikaikan akan kemampaun diriku untuk berpuasa selari dengan tuntutan syara’. Puasa yang dimaksudkan oleh hadist itu adalah menjaga mata, mulut dan perbuatan dari perbuatan mungkar. Dan yang paling menjadi masalah bagiku adalah menjaga mata. Kolej kediamankan ditengah Bandar. Dikelinggi oleh seribu satu maksiat yang penuh berleluasa.

Mana mungkin dalam keadaan begitu aku mampu menundukkan pandanganku setiap saat. Perlu juga seketika aku perlu melihat arah jalan yang perlu aku susuri untuk kesuatu tempat dan disamping perlunya untuk aku melihat maksiat ketika itu. Ya mungkin ada hadist yang mengatakan pandangan pertama tidak berdosa. Namun masih ada kesannya. Mungkin untuk pertama kalinya nafsuku tidak terangsang. Tapi bagaiamana jika kerap kali dan berulang kali.

Yang nyata hubungan mata ada kaitan dengan organ nafsu. Seperti mana firman Allah dalam Surah An-Nur. Ayat 30-31

“Katakan(wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada melihat yang haram) dan memelihara kehormatan mereka.
Benar bila seseorang itu berpuasa, dia akan letih dan tiada tenaga. Dan akan menyebabkan libidonya menurun. Namun keberkesanan ini bersyarat jika kita menjaga pandangan dan mengelakkan sebarang rangsangan. Namun andai mata tidak jaga seperti ayat Quran diatas, puasanya kurang dapat berkesan kerana libido boleh meningkat bila melihat sesuatu yangku sebutkan tadi.

Jesteru benarlah kalam Allah. Allah yang merupakan jurutera agung mencipta manusia. Dia mengetahui bahawa ada sambungan wayar yang besar menyambungkan dua organ ini. Dan persekitaranku amat-amat tidak mengizinkan. Aku bukan belajar di pasentran yang keadaanya terasing antara pelajar putra dan putri. Dalam masa yang sama suasana di pengajian pondok kurang maksiatnya berbanding di persekitaranku ketika ini. Dan keadaan itu akan memudahkan seseorang yang ingin bernikah namun tidak mampu untuk mengamalkan hadist tadi.

Namun aku redha, mungkin ini hasutan syaitan yang ada disekelilingku. Jarang benar fikiranku melayang sejauh ini. Astagfirullahhalazim… Aku mencapai Manzil yang sentiasa aku sisipkan pada Quranku. Antara kelebihan Manzil. Ia dapat menghindari hasutan syaitan yang menghantui kotak pemikiran kita. Ia hanya mengandungi ayat-ayat Quran sahaja. Fungsi dan ayat yang digunakan hampir sama dengan ayat-ayat Rukyah.

Keesokan pagi, selepas waktu tasmi’ Quranku. Aku menuju ke pentas pidato yang berada ditengah-tengah bangunan kolejku. Aku selaku pengerusi kelab Pidato Kojelku pastinya perlu pertama hadir disitu. Pagi itu ada sahabatku dari kelab pidato akan menyampaikan pidatonya sebagai markah Kokurikulum kami semester dua. Dari jauh aku melihat sudah ramai yang hadir. Dan dicelah-celah ramainya muslimim dan muslimat ketika itu, aku dapat melihat Aisyah sedang memberi kata-kata semangat buat teman baiknya yang akan berpidato pagi ini.

Dalam keadaan kesuraman cahaya matahari ketika itu, aku dapat melihat pantulan sinar cahaya dari jari Aisyah yang mulus. Alhamdulillah, Aisyah sudah memakai cincin yang dihadiahkan oleh ibuku sebagai tanda hubungan kami. Namun aku cukup gusar sebenarnya. Aku takut akan timbul fitnah pada kami berdua. Sudahlah sekelas, bercampur pulak tu… Pastinya ramai yang akan mengerumi Aisyah pagi ini bertanyakan cincin dijarinya.

Selepas pidato pagi itu, aku terus menuju ke kelas bersama-sama temanku. Tibanya di kelas, kami menempati tempat duduk yang sedia ada. Sambil menunggu pensyarah, aku merujuk tajuk perbahasan madah Tauhid hari ini, berkisar tentang Fahaman Muktazilah. Disamping itu juga, ada sahabatku yang mengambil peluang untuk melancarkan hafalan baru untuk dihafaz malam ini.

Assalamualaikum… dari jauh kedengaran salam yang agak tegas dari Syeikh Mohd Nasir sambil menapak laju kedalam kelasku. Beliau merupakan salah seorang pensyarah yang amat aku hormati. Belajar di Mesir selama 16 tahun. Ijazah Usulluddin dari Al-Azhar dan Diploma Darul Ifta’. Dari luar dia seorang guru yang agak garang tapi bila aku dekatinya, rupanya dia seorang guru yang penyayang dan sangat baik hati. Hari itu jadual kelasku berakhir seperti biasa tampa ada apa-apa perubahan pada jadual waktu.

Dua minggu selepas itu, aku masih lagi tinggal satu maqra’ Juzu’ 8 untuk dihabiskan. Alhamdulillah hafalanku sudah semakin laju jika dibandingkan dengan dulu. Pagi itu aku masuk ke kelas diringgi oelh senyuman daripada teman-temankku. “Demo tok oyat kawe dih, demo ada Ayat-Ayat Cinta loni” sergah teman baikku. “gape dia ni” jawabku. “Tuh acu tengok gak belakang tu, Aisyah pakai purdah dah tu. Takkan demo tok tau , demo ke che abang dia” Jawab kawankku. Aku hanya mampu tersenyum melihat Aisyah ketika itu. Sangat ayu, itu saja ungkapan yang bisa aku ungkapkan. . .
Hingga hari ini, kuliahku masih berbaki 4 minggu. Seterusnya aku akan menepuhi minggu ulangkaji dan 3 minggu peperiksaan. Cepat sungguh masa berlalu. Aku dan Aisyah cuba untuk membataskan hubungan kami sedaya mungkin agar cinta ini sentiasa dipayungi oleh rahmat dan kasih dari Allah S.W.T. Hingga ke hari ini kami tidak pernah berbual walau sepatah perkataanpun secara

Kalau kami bertembung di kawasan kolej kami, aku dan Aisyah akan sama-sama mengelak mencari jalan yang lain. Kalau ada perkara penting, berkaitan masa depan dan pelajaran sahaja kami akan berSMS dan telifon. Itupun keadaannya masih terbatas. Aisyah pandai mengawal perbualan itu agar tidak LAGHA (lalai) katanya. Perkataan yang selalu dia ingatkan padaku. Mungkin kerana menjaga Lagha itu, hingga hari ini aku masih belum mengenalinya secara menyeluruh. Hatta hari lahir Aisyahpun aku masih belum tahu. Begitulah Aisyah dan AKU. Namun aku mengerti, dia hanya mahukan cinta kami berputik mekar selepas ikatan yang sah. Baru best katanya.

Dalam masa yang sama aku juga sering mentarbiah Aisyah akan kebaikan kahwin muda bagi pasangan yang ingin menjaga agama. Alhamdullillh setelah aku berikan rujukan dari nas Quran dan Hadist yang sahih, dia akhirnya mengerti dan memahami hasrat hatiku bukan atas nafsu semata. Namun atas dasar cintakan sedikit nikmat iman yang telah Allah titipkan pada hati kami agar tidak hancur berkecai atas titis maksiat yang didugakan pada hati kami.Perbincangan kami tentang kawin awal ini semakin kerap hingga tampa aku sedari lusa adalah peperiksaan keduaku semester ini iaitu Tauhid. Peperiksaan pertamaku adalah Syafawi Quran dan Qiraat Imam Nafi’ dan Warsy.

Kami tekadkan hati kami bahawa kami benar-benar sudah bersedia dari sudut rohani dan jasmani untuk menempuhi alam perkahwinan disamping mendahulukan pengajian kami. Malam itu, Aisyah membuat keputusan untuk berbincang akan hasrat kami untuk kawin awal pada akhir semester ini. Aku cadangkan sebelum dia berbincang dengan ayahnya malam ini. Kami sama-sama tunaikan solat hajat dua rakaat agar dipermudahkan permintaan kami.

Malam itu, selepas Isya’. Hamzi mengajak aku mengajar kitab tauhid dirumahnya. Kurang faham katanya. Aku bersetuju sambil aku mengajak Zul bersama-sama menelaah pelajaran malam itu. Kami tiba di rumah Hamzi sekitar jam 10.30 malam selepas keluar makan terlebih dahulu. Aku menunaikan solat hajatku sedikit lewat malam itu walaupun telah diingatkan oleh Aisyah selepas Isya’ lagi.
Sedang asyik aku menerangkan nota tauhid, tiba-tiba telifon bimbitku berbunyi memecahkan kesunyian malam itu. Satu SMS dari Aisyah.
Aisyah dah bincang dengan ayah, katanya ok. Cuma untuk lebih lanjut kita bincang esok saja sebab dah malam ini. Nanti ganggu stady pilak.

Mungkin kerana khusyuk mengulangkaji malam itu. Aku biarkkan saja persoalan itu membaluti hatiku sehingga pagi esok. Pagi itu, aku bangun sebelum subuh. Mungkin kerana aku tidak tidur lena kerana memikirkkan persoalan yang sangat besar dalam hidupku ini. Selepas solat dhuha pagi itu di rumah Hamzi. Aku menelifon Aisyah untuk mendapatkkan kepastian perbincangan semalam.

“Erm Aisyah, macam ner semalam. Boleh habaq cikit.” Jelasku. “Erm macam ni, Ayah Aisyah faham dan bagi. Cuma dia nak Mat faham bahawa tugas rumah tangga ni berat. Bila dah kawin, kena jaga Aisyah lagi. Kena fikir untuk beli rumah dan kereta. Lagi kena fikir kerja. Jadi macam ner sekarang. Mat rasa dah sediake untuk tanggung Aisyah. Lagipun, bila dah kawin memang menjadi tugas suami untuk jaga isteri. Betulkan?.

Aku tergamam. Ringkas, kemas dan padat. Itu saja situasi yang bisa aku gambarkan. Semangatku yang sebelum ini berkobar-kobar untuk kawin luruh bagai ditiup angin kencang menerbang semua daun-daun pokok yang berputik hijau didahannya. Aku buntu. Mana mungkin aku bisa menyediakkan semua keperluan itu disaat aku masih lagi belajar. Semua keperluan itu membutuhkanku untuk berkerja.

Aku bukan tidak mahu berkerja. Malah aku sudah mempunyai Diploma dalam bidang kejuruteraan dan mengapai keputusan yang agak cemerlang dengan CGPA 3.56. Aku juga pernah dipanggil bekerja oleh kerajaan kerana aku merupakan pemegang biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam. (JPA). Namum aku menolak semua itu kerana aku begitu mencintai ilmu agama. Empat tahun aku menunggu untuk memasuki bidang agama. Bukan satu jangka yang singkat. Banyak pahit maung yang ku harungi untuk mengapai ilmu agama disamping kesibukan kuliah kejuruteraanku ketika itu.

Aku masih ingat selama 3 tahun itu, ibuku menyimpan segunung harapan agar aku menjadi seorang ustaz. Jadual hidupku cukup padat ketika itu. Siangnya aku mengikuti kuliah kejuruteraan sehingga pukul 4 petang. Selepas itu aku berkejaran pula ke Nilampuri untuk mengikuti kelas Bahasa Arab dan ilmu agama di Arabic Language Colsultancy (ALC) sehingga pukul 7 malam setiap hari. Jangka masa dari asramaku ke ALC adalah sekitar setengah jam. Hari jumaat dan sabtuku juga agak padat. Kuliah agamaku di ALC bermula sekitar 3 petang. Aku perlu berulang-alik dari rumahku di Machang untuk ke ALC dan mengambil masa sejam perjalanan. Dan malam sabtu pula aku mengikuti kuliah dari Tuan Guru Dr. Abdul Basit Bin Tuan Guru Abdul Rahman membincangkan kitab Fiqh Manhaji.

Aku tidak kisah semua kesukaran dan kepenatan yang aku harungi, asalkan aku bisa mengecap manisnya ilmu mengenal Allah yang amatku cintai. Adalah amat mustahil bagiku untuk aku mengorbankan cintaku pada ilmu Allah, hanya kerana rasa cintaku yang hanya memberikan manfaat pada diriku sahaja. Sedangkan cintaku pada ilmu Allah, manfaatnya pada seluruh umat Islam.

Rezeki Allah itu ada dimana sahaja. Pada zahirnya mungkin aku tidak mempunyai sumber pendapatan dan tidak bekerja. Tapi sebenarnya yang nyata, aku sudah bekerja. Bekerja dengan majikan yang paling kaya raya di seluruh alam semesta. Aku sangat yakin dengan tali Allah yang dihulurkan pada setiap umat yang mengharapkan belas ihsan dari tuhan yang memiliki sifat Rahman dan Rahim. Dan ayat ini menjadi bukti penyaksian kasih sayang dan rezeki yang Allah pasti curahkan pada hambanya yang miskin tapi ingin berkahwin.

” Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) diantara kamu, dan orang soleh daripada hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, kerana Allah amat luas (rahmat dan limpah kurnianya). (An-Nur:32)

Dan juga aku masih teringat kepada hadist dari rasullallah tentang anjuran perkahwinan ini…

Sahal bin Saad r.a berkata:
Seorang perempuan datang menemui Nabi s.a.w dan menyatakan bahawa dia menyerahkan urusan dirinya kepada Allah dan Rasul-Nya. Nabi bersabda: Aku tidak mempunyai keperluan terhadap perempuan. Seorang lelaki berkata: Kahwinkanlah aku denganya. Rasullallah menjawab. Berikan padanya pakaian. Lelaki itu menjawab: Aku tidak memilikinya. Rasullullah bertanya lagi: Berikan padanya walau sebentuk cincin besi. Beliau memberitahu bahawa dia juga tidak mempunyai sebentuk cincin besi. Lantas nabi bersabda: Adakah kamu mempunyai Al-Quran? Jawab lelaki itu ini dan ini. Rasullallah bersabda: Aku kahwinkan engkau dengan perempuan ini dengan mas kawinya al-Quran yang ada pada engkau.
(Rujukan Kitab Fiqh Manhaji) (Riwayat Bukhari no 4741)

Jelas banyak kelebihan yang telah Allah danRasulnya berikan kepada mereka yang beramal dengan Al-Quran. Dan hadist ini pula menceritakan kelebihan kepada mereka yang disibukkan dengan Al-Quran.

Diriwayatkan daripada Abu Said Al-Khudri r.a. Daripada Nabi s.a.w. Baginda bersabda, Allah berfirman:

“Sesiapa disibukkan dengan dengan mengkaji Al-Quran(merangkumi membaca, menghafal dan mengkaji ilmu agama) dan menyebut nama-Ku, sehingga tidak sempat meminta kepada-Ku, maka Aku berikan kepadanya sebaik-baik pemberian yang Aku berikan kepada orang-orang yang meminta. Dan keutamaan kalam Allah s.w.t atas perkataan yang lain adalah seperti keutamaan Allah s.w.t atas makluknya.”

(Riwayat Tarmidzi – Hasan)

Disamping itu juga Allah s.w.t tidak akan pernah mensia-siakan ibu-bapa yang mendorong dan menanggung anak-anak mereka untuk menjadi hafiz dan mahir dengan ilmu-ilmu agama.

Daripada Mu’adz bin Anas r.a bahawa Rasullallah s.a.w bersabda:

“Sesiapa yang membaca Al-Quran dan mengamalkan isinya, Allah memakaikan pada kedua orang tuanya dihari kiamat suatu mahkota yang sinarnya lebih bagus daripada sinar matahari di rumah-rumah didunia. Maka bagaimana tanggapanmu terhadap orang yang mengamalkan ini.”

(Riwayat Abu Daud)

Begitulah Allah s.w.t yang penuh dengan sifat pemurah dan cinta pada hambanya yang soleh. Ternyata dana yang dilaburkan oleh ibu-bapa buat anak-anak ini langsung tidak sia-sia. Malah menjadi dana pahala bagi mereka hingga ke akhirat kelak. Dengan pengorbanan yang sedikit, Allah membalasnya dengan balasan yang amat-amat berbaloi berbanding dengan apa yang ada dibumi ketika ini. Tidak ada yang lebih berharga di akhirat kelak selain pahala dari anak-anak yang soleh dan solehah didunia ini. Seperti mana hadist yang kita sedia maklum. Bila mati seseorang anak adam, maka terputuslah semua amalanya kecuali 3 perkara. Antaranya Ilmu yang bermanafaat, sedekah jariah dan anak yang soleh dan solehah.

Ketiga-tiga peluang ini sebenarnya boleh digapai oleh sesiapa sahaja diatas didunia ini. Bermula dengan bersedekah dengan menanggung anaknnya menjadi anak yang soleh dan solehah lantas menjadi anak yang berilmu. Terus anak yang berilmu ini akan mengembangkan ilmunya dengan mengajarkan ilmu yang diasaskan oleh ibu-bapanya sejak kecil kepada anak-anak muridnya . Disamping juga dia sering berdoa atas kebahagian ayah dan ibunya di alam kubur. Semuanya akan berterusan sehingga hari kiamat jika ilmu yang diajarkan itu terus dikembangkan oleh anak muridnya.

Namun, perjalanan hidupku masih jauh, cita-citaku masih jauh menjulang langit. Maafkanku Aisyah. Aku tidak mampu untuk untuk memenuhi semua tuntutan itu. Aku tidak mampu… Dan akhirnya keputusan telah dibuat. Aku juga mengerti akan keputusanmu untuk berpisah denganku. SUKAR UNTUK MENCARI GADIS YANG SANGGUP UNTUK HIDUP SUSAH bersama suami walaupun telah diberikan jaminan oleh ALLAH. Ya aku akui sukar untuk menyakinkkan seseorang dengan janji ALLAH walaupun dari bidang agama sekalipun. Aku sedar aku tidak mampu untuk membahagiakanmu dengan segala kekurangan material yang ada padaku. Aku mendoakan kau bahagia dengan bakal suamimu. Mungkin telah ditakdirkan untukku menyintai PEMBERI CINTA terlebih dahulu dan menyusuri pahit getir mencari ilmu seorang diri. Ya ALLAH Tuhan yang Maha PEMURAH, PERMUDAHKANLAH PERJALANAN KEMBARA ILMUKU, DAN JADIKANLAH AKU HAMBAMU YANG ALIM, HAFIDZ QURAN dan BERAMAL DENGAN ILMU YANG KU PELAJARI. DAN TEMUIKANLAHKU DENGAN CINTA SEJATIKU …… AMIN…

Related Posts with Thumbnails

Anniversary Cik Myla ♥

Daisypath Anniversary tickers