Sekeping nota bisu.




Mulut sahaja menidakkan, tetapi sebentuk warna merah yang dipanggil hati ini begitu dahsyatnya menempelak aku, ibarat mahu memuntahkan kembali sisa sisa yang rancak menipu. Tak tertanggung hingga hampir tersungkur sekali lagi saat embun menitis di gerigi. Mereka mudah-mudah melabel aku sebagai wanita kuat seakan tidak punya apa apa yang kusut. Sedangkan jiwa sendiri ibarat mahu lumpuh menunggu tempoh untuk mati.

Yang menghulur kekuatan luar biasa membantu diri bertatih semula sehingga jarum jam masih lagi berdetik saat ini, terima kasih. Masih cuba berikan senyuman yang terpaling manis pada jiwa jiwa yang mati. Moga baik baik saja dalam jagaan Allah Yang Maha Esa


"Lalu kuberikan nota bisu pada jiwa yang tak tertoleh"





Jari jemari runcing menaip;
Cik Hawa.



Kisah penipu.



Jangan tertipu dengan penipu. Mereka hanya bijak bercucuk tanam tebu di tepian bibir. Masakan mahu menjaga hati nan satu itu? Sudahlah berpura dalam bayang sendiri. Keluar, dan jenguk seketika diri sendiri. Apa aku perbuat ini diterima pada Sang Pencipta diri ini?


Sungguh hebat rasa ini. Sudah berbulan kamu beri, namun rasanya masih kekal utuh. Tidak berganjak dari habuk debu sedikitpun. Tidak terusik oleh angin sedikitpun. Walhal kamu sudah bebas dari segala, yang selayaknya sudah terbang melangit tinggi. Sedang aku zahirnya masih meronta. Tercungap cungap dengan nafas yang sama. 



kau fikir, dengan riang aku bisa tutup segala bicara

kau fikir, dengan lembut aku bisa tutup segala cela
oh, gampang sekali.
kalau begitu, terdiam aku.


jika dibicara mengenai soal hati, jujur kain putih aku beri.



sebab itu aku benci penipu.

Hanya kerana,


kau takkan tahu, dan takkan pernah cuba untuk tahu.

Ya, kau. Manusia berjiwa mati.






Jari jemari runcing menaip,
Cik Hawa.




Puisi dari hati.




Bila aku berusaha sungguh sungguh melupakan sekuat hati,
Saat itu kau menjelma lagi.
Menerjah hadir kembali,
Walau cuma dalam istana kota mimpi.


Terjaga lagi.
Bukan sekali.
Tapi berkali kali.
Cukup bikin hati perit tak tertanggung lagi.


Saat itu hati berbisik sendiri,
Seakan mengerti perasaan hati,
Menjerit merindui sekeping hati yang mereput mati,
Meninggalkan abu yang berlalu pergi.


Memeluk lutut kemas rapi,
Angin malam terus menyelimuti diri,
Tak sehebat hujan membasahi kota bumi,
Tak sekuat titisan air mata tak henti henti.


Merenung kembali cebisan memori.
Kerna dosa diri, kau berlalu pergi.
kerna khilaf diri, kau undur tanpa berpaling lagi.
Dan kerna aku tidak mengerti soal hati,
Semuanya hancur berderai dihanyut ombak sepi.


Aku yang mengejar bayang bayang diri,
Hingga menyakiti hati sendiri.
Biarlah aku begini.
Kerna aku mengerti,
Hukum karma telah diberi,
Tak mampu mengelak menjauh lagi.


Kalau kau bisa berbuat begini,
Mengapa tidak aku, diri sendiri.
Kuatkan hati, tabahkan diri.
Kau pergi mencari cinta yang sejati.
Yang selama ini kau ternanti nanti.
Bukan cinta ini yang keras seperti besi.
Biarlah kau pergi.


Hati berbisik meronta tidak mampu melepaskan pergi,
Tapi aku bukan sesiapa lagi.
Tidak layak mengejar cinta yang kian jauh berlari.
Sungguh aku tak mampu pertahankan lagi.
Dengan rendah diri aku bebaskan kau terbang tinggi.
Biarlah kau pergi.


Allah.. 
Yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.
Bukan aku sengaja mahu lawan takdir yang diberi,
Cuma aku ikhlas merindui,
Pada hambaMu yang takkan kembali berdiri disisi ini lagi.
Biarlah aku sendiri.



Berdoa lagi. 
Tangan didada dekat dengan hati,
Al-Fatihah untuk disana yang tak menanti.
Jaga iman, jaga hati jaga diri.
Maaf segalanya atas apa yang terjadi,
Maaf.. jika namamu masih tersemat rapi di hati.
Maafkan diri yang hina ini.
Entah bila tertidur dalam juraian air mata basi.






 Jari jemari runcing menaip,
Cik Hawa.






Related Posts with Thumbnails

Anniversary Cik Myla ♥

Daisypath Anniversary tickers