Jom letak link blog korang kat sini



Sekeping nota bisu.




Mulut sahaja menidakkan, tetapi sebentuk warna merah yang dipanggil hati ini begitu dahsyatnya menempelak aku, ibarat mahu memuntahkan kembali sisa sisa yang rancak menipu. Tak tertanggung hingga hampir tersungkur sekali lagi saat embun menitis di gerigi. Mereka mudah-mudah melabel aku sebagai wanita kuat seakan tidak punya apa apa yang kusut. Sedangkan jiwa sendiri ibarat mahu lumpuh menunggu tempoh untuk mati.

Yang menghulur kekuatan luar biasa membantu diri bertatih semula sehingga jarum jam masih lagi berdetik saat ini, terima kasih. Masih cuba berikan senyuman yang terpaling manis pada jiwa jiwa yang mati. Moga baik baik saja dalam jagaan Allah Yang Maha Esa


"Lalu kuberikan nota bisu pada jiwa yang tak tertoleh"





Jari jemari runcing menaip;
Cik Hawa.



Kisah penipu.



Jangan tertipu dengan penipu. Mereka hanya bijak bercucuk tanam tebu di tepian bibir. Masakan mahu menjaga hati nan satu itu? Sudahlah berpura dalam bayang sendiri. Keluar, dan jenguk seketika diri sendiri. Apa aku perbuat ini diterima pada Sang Pencipta diri ini?


Sungguh hebat rasa ini. Sudah berbulan kamu beri, namun rasanya masih kekal utuh. Tidak berganjak dari habuk debu sedikitpun. Tidak terusik oleh angin sedikitpun. Walhal kamu sudah bebas dari segala, yang selayaknya sudah terbang melangit tinggi. Sedang aku zahirnya masih meronta. Tercungap cungap dengan nafas yang sama. 



kau fikir, dengan riang aku bisa tutup segala bicara

kau fikir, dengan lembut aku bisa tutup segala cela
oh, gampang sekali.
kalau begitu, terdiam aku.


jika dibicara mengenai soal hati, jujur kain putih aku beri.



sebab itu aku benci penipu.

Hanya kerana,


kau takkan tahu, dan takkan pernah cuba untuk tahu.

Ya, kau. Manusia berjiwa mati.






Jari jemari runcing menaip,
Cik Hawa.




Related Posts with Thumbnails

Anniversary Cik Myla ♥

Daisypath Anniversary tickers