My business ; 'Jelita Tudungs'



Okay, about my future business. Aku memang dah plan dari dulu nak bukak kedai tudung, ataupun just jual tudung melalui online pun bagus juga. Business ni biarlah buat kecik kecik dulu, lama lama nanti berkembang makin maju la kan. Orang kata, bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian hehe. Dari segi modal, guna dulu mana yang perlu dan berpatutan. Buat apa yang ada dahulu. InsyaaAllah, dipermudahkan segala urusan ini.

Dari segi jenis tudung, aku nak jual tudung bawal yang pelbagai dari segi corak, but most important is, biarlah memenuhi tuntutan syariat Islam iaitu yang berkonsepkan labuh menutupi dada. Dari segi material pula, aku ambil dari pelbagai jenis iaitu ; shimmering, shimmering crepe, chiffon and so on. Nama jualan ini aku namakan sebagai " Jelita Tudungs". So. Bagi yang penggemar tudung bawal bidang 50/60, datang shopping di Jelita Tudungs okay!




Jari jemari runcing menaip, 
Shamila Idayu

Assignment ; Editing in Photoshop



Okay harini nak post entry pasal assignment CFT 1063 yang salah satunya perlu dimasukkan ke dalam blog iaitu mengenai editing in Photoshop. Setakat ni dah belajar serba sedikit macam mana nak buat itu ini semua, tapi still tak boleh nak catch up lagiiii T_T 

Okay first yang aku belajar adalah ; Multiply

Multiply ; Menggabung antara dua gambar. Gambar pertama adalah gambar rama-rama, dan gambar yang kedua adalah gambar harimau.


Stamp Clone ; Menghilangkan objek dalam gambar ataupun boleh menggabungkan objek menjadi lebih dari satu dalam gambar tersebut. 




Type ; Assignment yang ketiga adalah 'type', yang boleh menggabungkan gambar yang pertama dengan perkataan di dalam gambar tersebut. 



Perspektif ; Okay yang terakhir adalah 'perspektif', dimana perlu membentuk imej di dalam gambar tersebut menjadi serupa, di samping perlu menitikberatkan mengenai posisi perspektif objek di dalam gambar tersebut.


Sebenarnya masih banyak lagi kekurangan dalam gambar ni, dan masih perlu diperbaiki. Itu saja, semoga assignment diterima :) 





Jari jemari runcing menaip, 
Shamila Idayu

Special post ; Hobby

Hi.


Okay post entry kali ni nak cerita pasai hobby aku sendiri. Pertama sekali ; aku memang jenis minat travel & hiking. Memang kaki tak reti duduk diam lagi lagi kalau dah start cuti semester or anything else yang aku rasa ; ‘okay jom pergi situ!’ Sebab bagi aku benda tu menenangkan. Kalau kebanyakkan pompuan lain jenis minat shopping pakai barang branded itu ini, tapi lain pula aku yang memang suka ‘memanjat’ ni. Ya, tak dinafikan travel situ sini beli barang itu ini tak best, siapa cakap tak best? Benda tu pun menenangkan juga apa, kan? Haha. Tapi, nak beli itu ini tu la yang kena belanja duit yang banyak. Siapa tak suka beli barang yang memang dah lama kita nak lagi lagi kalau travel ke sana ke mari untuk bawa balik sebagai kenang-kenangan. Tapi bagi aku, nak travel kemana saja pun memang kena pandai devide mana yang penting atau tak. Ada juga yang jenis suka travel tapi tak keluarkan banyak bajet pun, so aku adalah antara yang termasuk dalam golongan tu. Haha. Duit tu buat simpan beli apa yang perlu saja, senang.


Okay, hiking. Yes, aku rasa aku dah jumpa hobi terbaru aku sejak akhir akhir ni. Tak kisah la bukit mana pun yang ada kat rumah memang jenis kaki tak reti duduk diam. Rasa adaaaa je point nak ‘memanjat’ kalau setiap kali cuti semester. Bagi aku antara keluar shopping dengan hiking, aku prefer memanjat lagi hahaha. Sebab bagi aku memanjat ni boleh keluarkan peluh, menyihatkan tetapi shopping? Makin stress ada sebab balik balik tengok duit dah makin berkurang! Haha. So, aktiviti untuk cuti midterm ni memang dah plan macam macam dengan member sekolah untuk teruskan aktiviti hiking ni. Dalam ramai ramai geng, aku dengan member sorang lagi tu je jenis kaki tak gheti dok diam nak memanjat je kerjanya. So aku cakap kat dia; okay kalau kita berdua pun jadi ni. Takyah dah nak pikir pikir orang lain, kerja pun senang. Jadi midterm ni, aku plan nak ke Bukit Broga dan Bukit Tabur sekaligus. Sebenarnya dah berubah arah, awalnya nak ke Gunung Baling dengan Gunung Jerai dekat Kedah. Tapi sebabkan ada dengar yang Gunung Baling tak boleh naik dan ditutup sementara untuk para hikers sebab kebakaran haritu, so kitaorang decide tukar plan untuk gerak ke Kuala Lumpur. Ada rezeki lebih, mahu ke Gunung Nuang juga. Sebab aku ada dengar Bukit Tabur ni macam challenging sikit, sebab ada banyak rock climbing. Tapiiiii… Rasa macam plan ni kena hold dulu sebab aku akan ke Thailand midterm ni, insyaaAllah jika diizinkan.Rasa kecewa tetap ada, tapi nak buat macam mana ada benda yang aku kena settle dulu dekat sana. Tak tahu pula tarikhnya bertembung dua mende ni, aduh. Itupun kalau memang betul jadi lah ke sana.


Okay yang kedua ; aku suka menulis. Maksud aku kat sini lebih kepada puisi dan novel. Dulu dulu zaman sekolah menengah dah berapa banyak buku aku tulis dan jadikan sebagai novel, dan puisi-puisi pun masih ada aku simpan. Kalau ada masa terluang memang akan menulis puisi. Sebab apa, sebab benda tu menenangkan. Biasanya apa yang aku menulis based on apa yang aku rasa masa tu. Nak marah, pada puisi lah. Nak sedih, pada puisi lah. Hatta nak berketawa sekalipun, pada puisi lah. Akan ada waktu waktu yang tepat untuk menulis. Minat menulis ni memang ma dengan abah support aku dari dulu. Kadang time aku menulis, diaorang akan datang duduk; baca; dan bancuhkan air segelas untuk aku sebagai penyegar mata untuk stay up overnight. Jadi nak tahu apa respon pembaca hasil penulisan karya kita adalah dengan beri pada mak ayah dulu, okay ke tidak buat macam ni macam tu. Jadikan mak ayah kita ataupun family kita sembagai sumber pembaca yang pertama.Lepas tu baru beri pada kawan kawan bagi dia baca karya penulisan kita sendiri. Kadang tu kalau ada silap mereka yang akan betulkan balik. Barulah kepuasan tu ada, nak buat sesuatu biar kepuasan tu ada, itu yang penting bagi seorang penulis. So terkadang kalau balik rumah memang macam tu, akan ada waktu yang aku suka menulis tak kira pada kertas-kertas carik sekalipun. Sampai haritu hampir hampir juga mahu hantar karya sendiri dekat sebuah syarikat penulisan, tapi waktu tak mengizinkan dengan sebab-sebab tertentu. Jadi kita pendam aje lah bakat yang tak seberapa ni, katanya lah kan hiks.

Sometimes aku menulis sesuatu di laman social tidak kira dalam bentuk puisi hatta sebaris ayat sekalipun, so respon mereka ada yang berbunyi; power gila weh ayat engkau, deep.


Okay bagi aku, hendak menulis biarlah berpada-pada. Bukan untuk menyakitkan, tetapi untuk menenangkan. Apabila kita nak sampaikan sesuatu pada orang, biarlah ‘rasa’ tu terus sampai pada orang dengan kata-kata yang baik, bukan menghina apatah lagi mengherdik. Paham ayat elok elok. Kalau point kita asyik nak bash je kerja tapi diri sendiri pun dah kelaut, tak boleh juga, ye idok? Jadi pepandai la menulis sesuatu yang boleh orang ambil; baca; hadam dan buat. Kalau tak boleh untuk orang lain, biarlah dijadikan as a point to be the strongest version of yourself.


Last but not least, yes aku amat minat drawing. Memang dari kecik lagi ma abah dah jinak-jinakkan aku dalam bidang ni. Sebab apa? Sebab abah sendiri memang handal melukis. Portrait ma pakai selendang dulu-dulu pun masih ada lagi aku simpan dekat rumah, padahal draw atas muka depan buku log aje pun. Tapi tetap cantik. Okay aku cerita macam mana sebenarnya diri aku sendiri boleh kesan minat ni. Sebenarnya dulu masa sekolah rendah aku suka melukis apa yang aku suka or anything else yang ada depan mata. Nak dijadikan cerita cikgu dapat kesan bakat yang tak seberapa ni kebetulan pulak time tu dekat tempat aku ada anjurkan pertandingan melukis poster, so cikgu decide masukkan nama aku dalam pertandingan tu. Setiap kali waktu rehat memang tak pegi makan, tak pun kirim je dekat kawan sebab kena practise drawing hari hari. Dan alhamdulillah, aku johan dalam pertandingan tu mewakili daerah pula ke peringkat negeri. Time ni lagi cuak gila, mau nya tak. Baru berjinak-jinak dah kena wakil daerah. Time ni ma abah push suruh buat baik baik, kebetulan pulak jiran sebelah tu memang cikgu seni so hari hari lepas balik sekolah terus gi belajar rumah dia. Sampailah naik ke sekolah menengah. Muka ni aje yang masuk pertandingan tu. Alhamdulillah, everything went well. Kalau tak minat drawing, takda maknanya aku ambil course Degree in Fine Art dekat universiti ni. Rasa macam dah terjatuh cinta haaaa kauuuu feeling habis.So masuk sini memang nak belajar betul betul sebab ni adalah course yang aku betul betul suka dan minat. Wang saku habis beratus-ratus untuk course ni pun aku tak kisah sebab dah memang lumrah datang sini nak belajar. Kalau tak belajar macam mana nak dapatkan ilmu. Kalau tak practise macam mana nak kembangkan hasil karya sendiri. Kalau fikiran masih ditakuk lama macam mana nak jadi diri yang lagi 'luar biasa' dari yang sebelumnya.


Dah.



Aku rasa aku dah terbagitahu rahsia hobby aku ni dekat sini, sebab tu aku letak tajuk entry ni special post punya hihi. InsyaaAllah kalau diizinkan, aku akan menulis lagi pada entry seterusnya, ya. Okay, bye assalamualaikum readers :) 





Jari jemari runcing menaip, 
Shamila Idayu

Related Posts with Thumbnails

Anniversary Cik Myla ♥

Daisypath Anniversary tickers